Isnin, Julai 02, 2012

Apa Kata Hati Yang Sepi


Kebiasaannya selepas break up, suatu perasaan yang sangat dasyat pasti akan datang menyerang yakni serangan yang dinamakan KESEPIAN...
Kerana setelah sekian lama, kita berada dalam satu situasi yang begitu besar daripada diri kita sendiri... 
Namun tiba-tiba kita bertelekup untuk mencuba hadapi kenyataan bahawa kita tidak sudah punyai teman yang digelar sebagai "so-called-soulmate"...


Kesepian terus mencengkam!
Kita terus-terusan menjadi buruan igauan kenangan indah semalam...
Walaupun hakikatnya keputusan untuk tidak lagi berkongsi suka duka hidup dibuat bersama atas dasar mungkin tiada keserasian lagi...
Namun begitu, kembali menjadi sendiri secara mendadak sangat menyiksakan...
Keputusan itu sesungguhnya sangat mementingkan diri sebelah pihak semata-mata kerana ia telah menjadikan kesepian sebagai pembunuh segala kenangan!

Kesepian itu kegelapan, malam yang tiada berkesudahan...
Kehitaman yang tidak mahu pergi, amat menyiksakan kerana ia juga tidak membenarkan diri berteman keindahan walau cuma sekadar dalam mimpi... 
Kerana kesepian adalah percikan ketakutan...
Kesepian itu bukanlah seperti mimpi buruk, terjaga daripada tidur sekali pun tetap tidak akan membawanya pergi...
Kerana kesan kenangan indah silam kerap menghantui membuatkan sepi itu semakin kejam menggigit dalam lena mahupun jaga...
Sepi membuat kenangan lalu bersama sebagai hantu yang memburu...
Seperti "Freddy vs Jason"...
Terlalu sukar untuk diingat, terlalu pahit untuk dilupakan...

Tetapi, bagaimanakah mungkin ada kesakitan jika kenangan itu penuh dengan kebahagiaan???
Mungkin juga betul kata orang bijak pandai, "Orang yang paling kita sayang itulah yang paling mudah untuk membuat kita rasa paling sakit..."
Walau bagaimanapun, sekuat-kuat kesepian dan kesedihan serta kesakitan itu pun kita juga perlu ingat, "Better to have loved and lost than not to have loved at all"...
Kerana tiada kemanisan tanpa kepahitan, tiada kebahagiaan tanpa kepayahan...

Bersabarlah wahai hati yang sepi...
Akan tiba suatu saat nanti, hati itu akan kembali terisi serta kesepian akan pergi untuk selamanya...
Kerana hanya yang berhak sahaja mampu menaklukimu sekaligus mengusir pergi segala sepi itu jauh, jauh darimu...
Will come, the right person at the right place and at the right moment to cure the sadness and the loneliness of yours...



p/s: "The danger of being lonely is that you easily fall for the very first person who shows you that you are not alone."


Tiada ulasan: