Sabtu, Julai 14, 2012

Berbekam, Alternatif Pilihan


Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

Gambar hiasan...Terima kasih kepada tuan empunya gambar...

Assalamualaikum...
Jam sekarang menunjukkan pukul 4.48 pagi dan aku masih lagi segar berjaga...
Aku pun tidak tahu kenapa...
Walhal badan tengah letih sangat2 ni...
Biasalah, baru lepas berbekam sekitar pukul 8.00 malam tadi...
Siapa2 yang belum berbekam lagi tu, aku suggest kan elok lah mencuba...BEST!
Hehehe...

Cerita yang membuat hajat untuk berbekam ni timbul pada awal minggu ni juga...
Masa tu aku p jumpa supervisor FYP ku, Mr Gopal...
Sebenarnya, ada beberapa komplikasi yang melanda projek ku itu...
Kemudian dalam waktu tengah consultation tu, Sir Gopal bertanyakan perihal kesihatan ku...
Aku pun bukalah balik cerita pasal Vertigo ku sebelum ni...
Lepas tu, Sir Gopal yang sememangnya ada basic perubatan explain dengan aku pasal satu lagi jenis sindrom yang hampir sama dengan simptom yang aku rasa...
Namanya Cushing's Syndrome...
Sir kata, dia suspek aku masih lagi belum sehat sepenuhnya sebab dia kata dia nampak mata aku ni lain macam...
Maksudnya, ada menunjukkan simptom yang aku bukan pada kondisi yang sehat...

Oleh itu, Sir perkenal konsep rawatan alternatif pada aku...
Akupuntur, bekam, dan rawatan elektrostatik...
Sir Gopal minta aku untuk buat research dengan lebih detail lagi pasal rawatan2 alternatif tu yang mana mungkin juga boleh dijadikan back up FYP ku nanti...
Huhuhu...
So, lepas daripada jumpa Sir Gopal tu aku google lah semua rawatan alternatif yang berkaitan...
Dalam banyak2 tu, aku tertarik sangat2 dengan BERBEKAM ni...
Selain daripada ianya Sunnah, agak banyak juga penyakit yang dapat dirawati dengan kaedah ini...
Memandangkan aku pun asyik sakit kepala sejak start FYP ni, aku pun pasang hasrat untuk mencuba dapatkan rawatan...
Alhamdulillah, nasib baik jugalah ada insan yang sudi sponsor kos rawatan ku tu...
Hehehe...

Then, aku pun explain perihal bekam ni pada adik2 junior ku...
Nampaknya, Naimah dengan Sabrina berminat...
Manakala Ogy dan Suri plak just berminat untuk tengok jek...
Dijadikan cerita, maka pergilah kami berlima menjejaki Pusat Bekam Aini, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi jam 8.00 malam tadi...
Itupun, aku kena buat appointment dulu dua hari sebelum...
Tapi aku juga ingin berterima kasih buat Nek Ucu kepada Sabrina sebab sudi hantar dan temankan kami sepanjang berada di pusat bekam tersebut...
Cik Zue yang membekam kan kami tu pun sangat baik dan peramah...
Kami pun hepi2 jek, ibarat berbekam tu macam main2...
Padahal dia punya sakit tu, boleh tahan lah juga...
Sakit tu, bagi aku masa mula2 jek masa dia sedut buat bekam angin...
Tapi, just ignore jek lah...
Geli2 tapi best tu plak masa dia cucuk2 jarum untuk start keluarkan darah tu...
Hehehe...

 

Gambar2 hiasan...Terima kasih kepada tuan empunya gambar...


Hasilnya bila dah sudah, akak tu kata aku banyak angin jek...
Terutamanya bahagian pinggang...
Toksik takda banyak sangat, tidak macam Naimah...
Semua cup dia penuh darah pekat bertoksik tu...
Huhuhu...
Oh ya, kami semua buat 10 cup (RM5 per cup)...
Antara kami bertiga yang buat bekam tu, Naimah paling kronik dia punya toksik...
Lepas Naimah, Sab, dan yang comel jek serta sehat plak aku lah...
Hahaha...

Apa2pun, Insya Allah aku harap lepas berbekam ni tahap kesihatan ku bertambah baik...
Begitu juga buat Naimah yang banyak sangat allergic, dan juga Sab...
Masa kak zue tu explain antara penyakit yang biasa dorang tolong bekamkan ialah Gout dan Resdung, aku teringat kat seseorang...
Kalau lah dia mahu datang buat bekam ni, aku rela temankan dia...
Tapi, kesihatan dia keputusan dia...
Aku just mampu text dan explain sikit jek pasal bekam ni dan kaitan dengan penyakit dia tu...
Selebihnya, terpulang pada keputusan dia...

Aku sudah pun menjalani salah satu Sunnah Rasulullah...
Insya Allah, panjang umur nanti ada rezeki aku akan buat follow up bekam plak lagi...
Hehehe...
Bagi yang berminat dengan bekam, try lah google sendiri khasiat bekam ye...
Kesimpulannya, berbekam tu best!


p/s : wiwi, tidurlah! jam 9 nanti kau kena bagi taklimat fasi sehari suntuk plak tuh...aduhhh!


Tiada ulasan: