Khamis, Julai 12, 2012

Kayap aka Shingles


Aku agak risau sejak malam tadi dan sepanjang hari ni, mana tidaknya salah seorang orang yang aku sayang sedang tersiksa dek serangan kayap...
Huhuhu...
So, aku dari malam tadi call tanya2 orang yang pernah aku tau ada kaitan dengan kayap, antaranya Aqie serta buat beberapa pembacaan dari internet...
Then pagi tadi mak call, aku explain lah sedikit sebanyak pasal kayap yang aku tau ni...

Kayap atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Shingles merupakan ruam pada kulit ibarat lecur yang berpunca daripada sejenis virus yang sama menyebabkan cacar air (chicken pox), iaitu Varicella Zoster Virus (VZV) yang tergolong dalam keluarga virus herpes (virus yang main serang2 kulit tu)...


Biasanya selepas terkena cacar air, virus tersebut akan kekal tidak aktif (dormant) dalam satu2 kawasan saraf dalam badan...
Kayap akan menyerang apabila virus tersebut diaktifkan semula dalam saraf selepas beberapa tahun...
Sebab serangan virus kayap ini kembali aktif masih lagi belum jelas, cuma ianya akan menyerang sekali sahaja...
Kayap berpotensi tinggi akan berlaku pada kondisi seperti berusia lebih daripada 60 tahun, terkena cacar air sebelum berusia satu tahun, kadar imunisasi menjadi lemah disebabkan pengambilan ubat atau penyakit...
Apabila seorang dewasa atau kanak2 yang belum pernah terkena cacar air menyentuh secara langsung (direct contact) dengan seseorang yang mempunyai kayap, dia hanya akan mendapat cacar air sahaja bukannya kayap...

Kayap akan menyebabkan seseorang itu mengalami ruam2 yang sangat pedih, luka berair ibarat lecur, dan ruam tersebut akan membuat satu pusingan penuh pada kawasan yang terlibat untuk membuatkan virus tersebut aktif secara penuh...


Individu yang terkena kayap juga akan merasakan sakit perut, lemah badan, sakit2 sendi, sakit kepala, demam panas, serta deria pendengaran, rasa, dan penglihatan akan berkurangan kerana virus kayap tersebut menyerang sistem saraf manusia...
Kayap jika dibiarkan akan menyebabkan kegagalan deria, lumpuh satu badan, serta penyakit2 yang berkaitan dengan fungsi saraf...
Kerana seperti yang aku nyatakan awal2 tadi, virus kayap akan menyerang sistem saraf manusia dan terus mendominasinya jika diaktifkan...


Punca kayap masih lagi belum dipastikan yang sebenarnya, tapi berdasarkan pembacaan yang aku lakukan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pengaktifan semula virus kayap...
Antaranya ialah stress yang melampau, rawatan chemotherapy (aku boleh kata, virus ni thermophilic), serta kehadiran kanser atau AIDS pada seseorang...

Jika terkena kayap, antara cara untuk merawatnya ialah dengan mengelakkan suasana panas (kerap mandi air sejuk), sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian, menyapu ubat2an (krim yang diperbuat daripada pepper), ubat makan daripada doktor (antiviral drugs atau topical anaesthetics), serta beberapa petua ubatan kampung (getah batang keladi, daun gelenggang, daun pokok duit2, dan pelbagai lagi)...
Selain itu, kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin Herpes Zoster untuk mengurangkan risiko diserang kayap...


p/s: sama2lah kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita...to my sweet mom, get well soon mak!


1 ulasan:

Krimmutiarabumi berkata...

salam, cubalah krim mutiara bumi dgn izinNya telah terbukti berkesan untuk kayap. disapu rasa sejuk, hilang/kurang gatal dan rasa pedih dlm 1@2hari sudah mulai kering. Utk mncuba hubungi Hj Man 0134389413. Harga murah je cuma RM 12.00 satu..tk