Khamis, Jun 28, 2012

How Much Is The Price Of A "Sorry"???



Hmmm...
"Sorry Seems To Be The Hardest Word"???
Perkataan "Sorry" dan "Maaf" kini bukan lagi sepayah seperti yang dialunkan oleh Uncle Elton John untuk diucapkan...
"Sorry" atau "Maaf" sekarang ni semakin murah dan seringkali dijadikan modal untuk menunjukkan bahawa kita (yang membuat silap) telah menyesal atas kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan itu...
Walhal, semuanya hanyalah terucap di atas dasar bibir di hujung lidah jek pun...
Drama swasta semata-mata...
Bukan lagi tercetus daripada lubuk hati dan juga kesedaran akal yang menginsafi kekhilafan diri sendiri...


Ungkapan "Maaf" atau "Sorry", jika kita soroti kekuatan perkataan tersebut suatu ketika dulu merupakan satu ungkapan yang pastinya akan mengubah satu dimensi kehidupan insan yang mengucapkannya...
Mengucapkan ucapan "Maaf" atau "Sorry" memerlukan kekuatan emosi, meruntuhkan keegoan diri, serta penuh dengan JANJI atau azam untuk tidak akan lagi melakukan kesilapan yang sama...
Jika ia nya berulang lagi, maka dia (yang membuat silap) memang patut menerima segala apa hukuman kelak atas kesilapan yang dilakukan kerana ia sebenarnya juga telah memungkiri janji secara langsung dan sengaja...
Kerana memohon maaf itu sebenarnya suatu janji...

"Taubat" merupakan ungkapan "Maaf" atau "Sorry" peringkat tertinggi kerana istilah "Taubat" itu hanyalah permohonan ampun dan maaf daripada Dia yang Maha Berhak, iaitu tuhan sekalian alam, Allah SWT...
Jika kita lihat semula, kaitan antara "Taubat", "Maaf" atau "Sorry" atau mana2 perkataan yang sinonim dengannya, kesemuanya mempunyai asas yang sama sebenarnya...
Kesemua ungkapan itu memerlukan ihsan dan budi baik insan yang bakal memaafkan itu, untuk bertindak dan membuat keputusan berdasarkan kemuliaan hati...
Namun orang yang meminta maaf itu, adakah betul-betul memaksudkan "Maaf" atau "Sorry" yang diminta itu, datangnya daripada hati yang ikhlas dan penuh keinsafan??? 
Atau sekadar mainan bibir semata-mata???
An insincere apologize, will just create another "LIE" or another "BROKEN PROMISES"...
Memaafkan memang mudah, namun bila maruah kemaafan itu dirobek2, begitulah juga yang terasa di hati insan yang memberi maaf itu...

So, please...
Use the "Sorry" word and the forgiveness given wisely...
When you ask for it, make sure you also meant it with all your heart and soul...
Jika orang boleh memaafkan kerana kemuliaan hati, mengapa tidak pula kita memintanya juga dengan penuh keikhlasan serta kemuliaan hati???
Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future...
So, never destroy the future with the second chance given...



p/s: "Sincere forgiveness isn't colored with expectations that the other person apologize or change. Don’t worry whether or not they finally understand you. Love them and release them. Life feeds back truth to people in its own way and time."



Tiada ulasan: