Insya Allah, jika diizinkan untuk masih bernafas di muka bumi ini...
Esok maka bermula lah hari puasa yang pertama bagi tahun 1433H bersamaan 2012M...
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan...
Selamat berpuasa bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat...
Semoga Ramadhan ini lebih bermakna daripada sebelumnya, sama2 kita perbaiki diri, perbaiki ibadah, perbaiki sahsiah...
Ramadhan kali ini...
Aku masih di sini, berpijak di atas tapak TPMC...
Jauh daripada keluarga yang dikasihi...
Masih meneruskan perjuangan dan langkah2 yang belum berkesudahan...
Tapi semakin hampir kepada akhirnya untuk stesen ini...
Jika Allah izinkan...
Sekali lagi, umumnya sekitar bulan Julai Ogos seluruh kawasan TPM akan berseri-seri dek pokok2 (yang aku panggil sakura TPM) telah pun berbunga lagi...
Bukan setakat sekitar kolej sahaja, malahan seluruh TPM terutamanya kawasan Resource Centre, Technoflex, dan lain2...
Pagi ini, sedang aku melayan hembusan bayu pagi di tepi tingkap...
Aku dapati hampir semua pokok2 sakura TPM di belakang bilik ku sudah mengeluarkan bunganya...
Maka laju sahaja tangan ini mencapai henpon untuk abadikan gambar...
Bagi sapa2 yang mahu rasa2 ambil gambar ala2 di Jepun atau Korea...
Datanglah TPM sekarang ni...
Hehehe...
Macam baru semalam rasanya, rakan2 batch aku dulu amek gambar di tepi kolam RC...
Kemudian ada yang post dalam myspace kata dorang study di Jepun...
Hahaha...
Macam baru semalam, namun semua tinggal kenangan...
19hb Julai 2012, Happy Anniversary sekali lagi buat aku bersama TPMC...
p/s: "Love is the flower of life, and blossoms unexpectedly and without law, and must be plucked where it is found, and enjoyed for the brief hour of its duration."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan