Isnin, Julai 09, 2012

Wahai Lelaki, Tetapkan Lah Hati



Mengapa sukar untuk membuat pilihan???
Sedangkan sudah terang lagi bersuluh kau boleh melihat jalan hidup engkau akan baik bersama Wanita A, namun hati mu yang penuh ketamakan masih juga mahu mencari kesempurnaan pada Wanita B hinggakan Wanita A termanggu sepi dalam penantian tiada berkesudahan...
Itu baru Wanita A dan Wanita B, belum campur lagi kalau ada pula yang sampai Wanita C, D, E, dan seterusnya...

Wahai lelaki, kaum adam...
Bulat kan lah hati, tekad kan lah pendirian sebagai seorang Imam...
Jika Imam sendiri was2, maka para makmum pun akan terbabas bersama...
Jangan kerana ketamakan mahukan kesempurnaan, engkau sanggup bertindak kejam melukakan hati insan yang selama ini sentiasa ada buat susah senang mu...
Kesempurnaan, keistimewaan itu terletak pada hati kita untuk menilai dan menyayanginya...
Bukannya pada yang memang sedia ada untuk diterima semata, kerana ianya tidak akan kekal selamanya...
Bagaimana kita menyayangi itulah, yang membuatkan ia sempurna dan istimewa di hati...

Hentikan lah menggunkan falsafah poligami sebagai alasan...
Memang benar poligami itu diharuskan dalam agama, tetapi ada syarat2 yang telah ditetapkan...
Yang pasti bukannya untuk dijadikan alasan kepada ketamakan, bukan juga sebagai alasan untuk mengizinkan engkau melukakan hati seorang insan...

Hati wanita, sekali engkau hargai kerana dia seadanya...
Maka dia akan berikan yang terbaik buatmu melebihi daripada apa yang pernah engkau jangkakan...


Tiada istilah "full package" dalam diri seseorang, yang ada hanyalah "how you trigger the package of her to the limit with your love, faith, and trust..."
Hargai lah dia yang di sisi, yang sentiasa menyayangi dan selalu menghargai dirimu seadanya...
Jangan sampai "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran..."


Maka, tetapkan lah hatimu...
Ikutlah kata kasih sayang hati, bukannya getaran ego nafsu perfectionist semata-mata...


p/s: “Listen to the quietest whispers of your mind. They are telling you the choices that will help you the most.”


Tiada ulasan: