Ahad, Mac 19, 2023

Hidup Ibarat Terkurung Dalam Tandas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pemirsa sekian. Sekian lama juga ya baru muncul lagi. Huhuhu...

Malam tadi aku berkongsi beberapa pesanan kepada anak-anak Kelas Sri Kandi yang datang mengaji. Memandangkan ramai yang tidak dapat hadir sebab sibuk dengan kenduri masuk puasa, jadi kelas diteruskan saja dengan sesi nasihat dan pesanan hidup.

Antara pesanan dan ceritaku pada diorang:

1. Kita tidak sempurna, terutama bab beragama. Tapi sentiasa cuba baiki kekurangan itu dari hari ke hari. Jika berbuat sesuatu yang salah, pastikan ia tidak mendatangkan fitnah kepada agama kita. Jangan sampai agama yang dicemuh dengan sikap dan perbuatan kita yang menjadi cerminan agama dan keluarga. Sebagai contoh, jangan gunakan alasan agama untuk culas daripada bekerja/belajar. Katanya pergi solat, tapi solat hanya 5 minit, selebih waktu kerja yang ditinggalkan kita mengular. Hujung-hujung jam kerja yang tidak cukup, akhirnya yang disalahkan adalah solat.

2. Pembentukan diri dan personaliti kita asalnya 100% dipengaruhi oleh ibu bapa dan keluarga. Tapi semakin kita dewasa, tugas membentuk itu sudah diambil alih oleh orang sekeliling kita. So, choose your friends and circle wisely.

3. Hidup kita ini ibarat berada dalam tandas yang dipenuhi dengan najis. Dinding, lantai, siling, pintu dan semua rungan disaluti najis yakni dosa. Kita tidak akan terlepas daripada berbuat dosa, begitu juga bila berada dalam tandas itu tadi, kita tidak akan berjaya keluar tanpa terpalit dengan najis. Apa motif perumpamaan ini adalah, untuk keluar daripada tandas bernajis itu, kita kena guna cara yang paling kurang risiko terkena najis. Salah satu nya, berjalan dengan menjengket. Kita masih memijak pada najis, tetapi hanya di hujung-hujung jari kaki. Kita mungkin akan penat dengan cara jalan begitu dan lelah kerana menahan bau busuk dengan lama sebab berjalan menjengket ambil masa, tetapi itu cara yang paling kurang palitan najis pada tubuh kita. Begitulah kehidupan kita semasa berjalan "keluar" daripada dunia ni. Kita kena jalani hidup dengan usaha untuk mengurangkan dosa-dosa yang kita bawa menghadap-Nya kelak. 

Ada lagi beberapa nasihat dan perkongsian pengalaman hidup yang mungkin boleh dijadikan iktibar oleh anak-anak ini dan pembaca sekalian. Tapi insya Allah jika ada kelapangan lagi, akan dinukilkan kemudian.

Hingga di lain waktu, Wassalam... 😊

1 ulasan:

Luckster Casino berkata...

Thank you for being a guiding light in your niche.