Sabtu, Julai 21, 2012

1 Ramadhan Datang Lagi...Seperti Baru Semalam



Ehem ehem...
Bismillahirrah manirrahim...
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardhu ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala..."

Alahai, rindunya aku mahu sahur di rumah!
Rindu masakan mak!
Rindu berbuka dengan family terutamanya ikan bakar cecah mangga muda yang mak buat, aduhhh menitik air liur...
Huhuhu...
Sudah lama aku berpuasa di perantauan sejak sambung study, jauh dari keluarga... 
Maka, kawan2 di sini jek lah yang menjadi peneman yang juga merangkap second family aku...
Hehehe...

Setahun lalu, pada waktu ini (1 Ramadhan, 12.30 am) aku masih ingat lagi...
Aku, Zai, Aman, Intan dan Aqie bertapak dari stesen bas Jalan Duta ke Murni SS2 semata-mata untuk bersahur...
Errr...Bersahur tengah malam namanya ye...
Hahaha...
Kemudian diikuti oleh sketsa Intan dan aku perut masuk angin...
Manakala sementara menunggu fajar terbit, kami pusing2 area KL dan ber"qiamullail" di Dataran Merdeka...

Itulah permulaan kepada kembara sebulan episod sahur dan iftar aku bersama mereka pada tahun lalu...
Bila aku jauh daripada keluarga, mereka lah keluarga ku di sini...
Dengan mereka, setiap hari dipenuhi pelbagai ragam...
Terutamanya bila masa decide tempat untuk berbuka puasa...
Sampai bertekak gaduh2, last2 aku yang tua ni jugak kena buat keputusan...
Itulah lumrah, walaupun aku tau alih2 keputusan tetap aku yang akan buat, tapi diorang yang lain memang suka bertekak dulu baru bagi aku decide...
Huhuhu...
Kami punya mengada-ngada untuk berbuka tu, daripada McD, Bazaar Sg Besi, Bazaar Kinrara, sampailah menjelajah ke Subang, Damansara, Kajang, Bangi, sampaikan hampir ke Senawang tuh...
Gedik mahu berubah2 selera buka puasa lah katakan...
Hahaha...

Terima kasih kepada pemandu setia, Zai dan kadang2 Tika pun ada sekali...
Tapi memandangkan Tika tinggal di rumah dia, jadi agak jarang dia dapat spent masa dengan kami...
So, aku hanya maintain menghadap muka Zai jek lah hari2 untuk Iftar sepanjang sebulan tu...
Yang lain plak, asyik bertukar2 kadang2 ada kadang tiada...
Antaranya Aman, Aqie, Intan, Tika, Zol, Sayid, Am, Ammar, Aus, Faiz, dan beberapa orang lagi lah...
Oh ya, Ramadhan lalu jugalah pertama kali aku keluar makan dengan dua orang junior ku yang antara orang2 aku selalu hadap sekarang ni...
Insan2 yang bertuah tu ialah Wan Via dan Pa'an (Farhan Yusof)...
Hehehe...
Diorang ada sebab masa tu Ammar yang bawa diorang...
Kami makan di HR Steak House, Kg Baru...

Rindu ku ni belum kira yang geng2 SRC plak, geng2 batch ku dulu2 tu jugak...
Rindu semuanya...
Mak Tam, Piqa, Wayaruddin, Safra, Zyra, Syaza, Mun, Bulu, Hani, Aidil, Fazrin, Ferman, Nun, Kak Anom, Auf, Taufiq, Faten, Farah Yus, Elfha, Yen, dan semuanya lah...
(Maaf yang tak dapat disenaraikan, apa2pun semuanya bermakna bagiku...)
Hmmm...
Rasanya macam baru semalam...
Segala gaduh2 dan gelak ketawa yang kedengaran bersama mereka...
Sekarang diorang masing2 sudah jauh dari aku, demi meneruskan pencarian ilmu...
Aku rinduuu...
Rindu mahu dengar gaduh2 semata-mata untuk decide tempat berbuka puasa...
Tahun ni, siapa pula teman untuk aku bertekak???
Hehehe...
Gurau jek lah, yang penting Ibadah ni harus dimantapkan lagi...
Kalau boleh terawih tidak tinggal kecuali berhalangan...
Insya Allah...

Oh ya, bersempena dengan Ramadhan ni...
Aku ingin memohon ampun dan maaf kepada kedua orang tua ku, etta dan mak...
Sanak saudara dan kaum kerabat...
Rakan2, jiran2, serta semua kenalan yang mengenali diri ini...
Maafkan jika diri ini ada melakukan kesilapan yang melukakan hati atau fizikal sapa2 sama ada sengaja atau tidak...
Hari baik, bulan baik Ramadhan ni aku menyusun jari mengharapkan kemaafaan...

Selain itu, aku juga ingin memaafkan sapa2 sahaja yang pernah berbuat silap, tersakitkan hati, atau apa2 yang pernah dianggap salah oleh hati dan diri ini...
Sesungguhnya aku insan yang punya hati sangat fragile, mudah tersentuh...
Huhuhu...
Terutamanya kepada adik junior aku yang desire dia tinggi sangat untuk menjadi pemimpin, sehingga mungkin dia tidak sedar telah terpijak maruah akak dia yang dah tua ni...
Kak Andi minta maaf kalau Kak Andi menjadi penghalang kamu mencapai keinginan kamu dalam posisi yang kamu mahukan itu, sungguh Kak Andi tidak tahu...

Tapi demi kamu, Kak Andi rela berundur secara total meninggalkan kasih sayang Kak Andi pada organisasi itu...
Dengan harapan semoga kamu berpuas hati dan tidak lagi menghukum rakan2 yang lain atas ketidak puasan hati kamu pada Kak Andi...
Sakit hati dan kecik hati Kak Andi pada kamu, Kak Andi sudah abaikan dan lupakan...
Harap suatu hari nanti, keadaan akan pulih seperti biasa, macam dahulu...
Kak Andi tidak mahu ketegangan ini berterusan sebab Kak Andi sayangkan kamu dan yang lain2, benda ni sebenarnya tidak patut berlaku...

Juga kepada insan yang telah terambil dan termakan makanan2 ku dalam peti ais tu, aku sudah halalkan semuanya...
Saya doakan semoga Allah buka pintu hati kamu untuk sedar akan kesalahan dan dosa mengambil barang yang bukan hak kamu...
Hmmm...
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita sama...
Insya Allah...


p/s: hafal waktu berbuka juga merupakan salah satu tugas aku dulu...huhuhu...


1 ulasan:

Faizul Osman berkata...

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yg lepas...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-kampung-sungai-siputeh.html