Selasa, Julai 31, 2012

Mencuba Menggapai Tapi Tangan Tak Sampai



I know what I'm doing is wrong...
Putting a lot of hope and break the trust of not-a-love-relationship...
Neither my heart nor my mind wanting this...
Because the pain is everywhere!
I want to walk away from this painful game, but I don't have any gut...
Then I realize, I'm actually walking on a bridge-of-one-sided-love-that-full-with-roses-and-thorns...

Waiting for someone you love is never easy...
Most especially when he's not aware that you're waiting...
He may not see that I'm jealous...
He may not feel that I'm hurt...
He may not hear my cries...
But everytime I remember that his heart is for someone else, "I DIE"!!!


I cry because I know he doesn't feel the same way I do...
I cry because I think of how pathetic I am...
And I cry because I think I'm going to be crying forever... 
I know falling for you is my biggest mistake but how can it be so wrong if it feels so right? 
If ever I made a mistake, it's not that I fell for you...
It's thinking that someday you'll fall for me too...
And I'm afraid, it will be too late...

I wish I had the guts to walk away and forget about what we had...
But I can’t, because I know you won't come after me, and I guess that's what hurts the most...
Broken hearted girls are like the queen in a game of chess...
They risk their lives just to protect the king which is the saddest part...
I don't know how long I can hold, but I know...
The more seconds I hold, the more wounds I will carve in my heart...


p/s: I'm eating my own words! *sigh*

Sabtu, Julai 21, 2012

1 Ramadhan Datang Lagi...Seperti Baru Semalam



Ehem ehem...
Bismillahirrah manirrahim...
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari menunaikan fardhu ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala..."

Alahai, rindunya aku mahu sahur di rumah!
Rindu masakan mak!
Rindu berbuka dengan family terutamanya ikan bakar cecah mangga muda yang mak buat, aduhhh menitik air liur...
Huhuhu...
Sudah lama aku berpuasa di perantauan sejak sambung study, jauh dari keluarga... 
Maka, kawan2 di sini jek lah yang menjadi peneman yang juga merangkap second family aku...
Hehehe...

Setahun lalu, pada waktu ini (1 Ramadhan, 12.30 am) aku masih ingat lagi...
Aku, Zai, Aman, Intan dan Aqie bertapak dari stesen bas Jalan Duta ke Murni SS2 semata-mata untuk bersahur...
Errr...Bersahur tengah malam namanya ye...
Hahaha...
Kemudian diikuti oleh sketsa Intan dan aku perut masuk angin...
Manakala sementara menunggu fajar terbit, kami pusing2 area KL dan ber"qiamullail" di Dataran Merdeka...

Itulah permulaan kepada kembara sebulan episod sahur dan iftar aku bersama mereka pada tahun lalu...
Bila aku jauh daripada keluarga, mereka lah keluarga ku di sini...
Dengan mereka, setiap hari dipenuhi pelbagai ragam...
Terutamanya bila masa decide tempat untuk berbuka puasa...
Sampai bertekak gaduh2, last2 aku yang tua ni jugak kena buat keputusan...
Itulah lumrah, walaupun aku tau alih2 keputusan tetap aku yang akan buat, tapi diorang yang lain memang suka bertekak dulu baru bagi aku decide...
Huhuhu...
Kami punya mengada-ngada untuk berbuka tu, daripada McD, Bazaar Sg Besi, Bazaar Kinrara, sampailah menjelajah ke Subang, Damansara, Kajang, Bangi, sampaikan hampir ke Senawang tuh...
Gedik mahu berubah2 selera buka puasa lah katakan...
Hahaha...

Terima kasih kepada pemandu setia, Zai dan kadang2 Tika pun ada sekali...
Tapi memandangkan Tika tinggal di rumah dia, jadi agak jarang dia dapat spent masa dengan kami...
So, aku hanya maintain menghadap muka Zai jek lah hari2 untuk Iftar sepanjang sebulan tu...
Yang lain plak, asyik bertukar2 kadang2 ada kadang tiada...
Antaranya Aman, Aqie, Intan, Tika, Zol, Sayid, Am, Ammar, Aus, Faiz, dan beberapa orang lagi lah...
Oh ya, Ramadhan lalu jugalah pertama kali aku keluar makan dengan dua orang junior ku yang antara orang2 aku selalu hadap sekarang ni...
Insan2 yang bertuah tu ialah Wan Via dan Pa'an (Farhan Yusof)...
Hehehe...
Diorang ada sebab masa tu Ammar yang bawa diorang...
Kami makan di HR Steak House, Kg Baru...

Rindu ku ni belum kira yang geng2 SRC plak, geng2 batch ku dulu2 tu jugak...
Rindu semuanya...
Mak Tam, Piqa, Wayaruddin, Safra, Zyra, Syaza, Mun, Bulu, Hani, Aidil, Fazrin, Ferman, Nun, Kak Anom, Auf, Taufiq, Faten, Farah Yus, Elfha, Yen, dan semuanya lah...
(Maaf yang tak dapat disenaraikan, apa2pun semuanya bermakna bagiku...)
Hmmm...
Rasanya macam baru semalam...
Segala gaduh2 dan gelak ketawa yang kedengaran bersama mereka...
Sekarang diorang masing2 sudah jauh dari aku, demi meneruskan pencarian ilmu...
Aku rinduuu...
Rindu mahu dengar gaduh2 semata-mata untuk decide tempat berbuka puasa...
Tahun ni, siapa pula teman untuk aku bertekak???
Hehehe...
Gurau jek lah, yang penting Ibadah ni harus dimantapkan lagi...
Kalau boleh terawih tidak tinggal kecuali berhalangan...
Insya Allah...

Oh ya, bersempena dengan Ramadhan ni...
Aku ingin memohon ampun dan maaf kepada kedua orang tua ku, etta dan mak...
Sanak saudara dan kaum kerabat...
Rakan2, jiran2, serta semua kenalan yang mengenali diri ini...
Maafkan jika diri ini ada melakukan kesilapan yang melukakan hati atau fizikal sapa2 sama ada sengaja atau tidak...
Hari baik, bulan baik Ramadhan ni aku menyusun jari mengharapkan kemaafaan...

Selain itu, aku juga ingin memaafkan sapa2 sahaja yang pernah berbuat silap, tersakitkan hati, atau apa2 yang pernah dianggap salah oleh hati dan diri ini...
Sesungguhnya aku insan yang punya hati sangat fragile, mudah tersentuh...
Huhuhu...
Terutamanya kepada adik junior aku yang desire dia tinggi sangat untuk menjadi pemimpin, sehingga mungkin dia tidak sedar telah terpijak maruah akak dia yang dah tua ni...
Kak Andi minta maaf kalau Kak Andi menjadi penghalang kamu mencapai keinginan kamu dalam posisi yang kamu mahukan itu, sungguh Kak Andi tidak tahu...

Tapi demi kamu, Kak Andi rela berundur secara total meninggalkan kasih sayang Kak Andi pada organisasi itu...
Dengan harapan semoga kamu berpuas hati dan tidak lagi menghukum rakan2 yang lain atas ketidak puasan hati kamu pada Kak Andi...
Sakit hati dan kecik hati Kak Andi pada kamu, Kak Andi sudah abaikan dan lupakan...
Harap suatu hari nanti, keadaan akan pulih seperti biasa, macam dahulu...
Kak Andi tidak mahu ketegangan ini berterusan sebab Kak Andi sayangkan kamu dan yang lain2, benda ni sebenarnya tidak patut berlaku...

Juga kepada insan yang telah terambil dan termakan makanan2 ku dalam peti ais tu, aku sudah halalkan semuanya...
Saya doakan semoga Allah buka pintu hati kamu untuk sedar akan kesalahan dan dosa mengambil barang yang bukan hak kamu...
Hmmm...
Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita sama...
Insya Allah...


p/s: hafal waktu berbuka juga merupakan salah satu tugas aku dulu...huhuhu...


Jumaat, Julai 20, 2012

Morning Breeze, Flowers Bloom...Ramadhan Is Coming...





Insya Allah, jika diizinkan untuk masih bernafas di muka bumi ini...
Esok maka bermula lah hari puasa yang pertama bagi tahun 1433H bersamaan 2012M...
Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan...
Selamat berpuasa bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat...
Semoga Ramadhan ini lebih bermakna daripada sebelumnya, sama2 kita perbaiki diri, perbaiki ibadah, perbaiki sahsiah...

Ramadhan kali ini...
Aku masih di sini, berpijak di atas tapak TPMC...
Jauh daripada keluarga yang dikasihi...
Masih meneruskan perjuangan dan langkah2 yang belum berkesudahan...
Tapi semakin hampir kepada akhirnya untuk stesen ini...
Jika Allah izinkan...

Sekali lagi, umumnya sekitar bulan Julai Ogos seluruh kawasan TPM akan berseri-seri dek pokok2 (yang aku panggil sakura TPM) telah pun berbunga lagi...
Bukan setakat sekitar kolej sahaja, malahan seluruh TPM terutamanya kawasan Resource Centre, Technoflex, dan lain2...
Pagi ini, sedang aku melayan hembusan bayu pagi di tepi tingkap...
Aku dapati hampir semua pokok2 sakura TPM di belakang bilik ku sudah mengeluarkan bunganya...
Maka laju sahaja tangan ini mencapai henpon untuk abadikan gambar...

Bagi sapa2 yang mahu rasa2 ambil gambar ala2 di Jepun atau Korea...
Datanglah TPM sekarang ni...
Hehehe...
Macam baru semalam rasanya, rakan2 batch aku dulu amek gambar di tepi kolam RC...
Kemudian ada yang post dalam myspace kata dorang study di Jepun...
Hahaha...
Macam baru semalam, namun semua tinggal kenangan...
19hb Julai 2012, Happy Anniversary sekali lagi buat aku bersama TPMC...






p/s: "Love is the flower of life, and blossoms unexpectedly and without law, and must be plucked where it is found, and enjoyed for the brief hour of its duration."


How can I move on when I'm still in love with you?



The Script - The Man Who Can't Be Moved

Some try to hand me money, they don't understand...
I'm not broke I'm just a brokenhearted man...
I know it makes no sense, but what else can I do?
How can I move on when I'm still in love with you?

'Cause if one day you wake up and find that you're missing me...
And your heart starts to wonder where on this earth I could be...
Thinking maybe you'll come back here to the place that we'd meet...
And you'd see me waiting for you on the corner of the street...

So I'm not moving...
I'm not moving...


p/s: easy to say, really hard to do...MOVE ON...


Khamis, Julai 19, 2012

Latihan Kebakaran TPM College & CNC



Petang tadi sekitar jam 4 ada latihan pengosongan bangunan bagi kolej, hostel, dan CNC...
Latihan ni merupakan salah satu requirement daripada pihak BOMBA...
Semua siren nampaknya berfungsi dengan baik...
Cuma pelakon2nya jek lah yang agak santai sebab masing2 sempat lenggang2 berjalan, boleh mesej2 lagi, amek2 gambar...
Termasuk lah aku ni haaa...
Kalau ada kebakaran betul ni, maunya rentung sorang2...
Hahaha...

Memandangkan ini merupakan latihan pengosongan sahaja, bukannya ala2 berlakon betul2 macam zaman sekolah aku dulu...
Sebab yang ni, at least notis sudah dilekat awal2...




Bukan berunsur kejutan...
So, suasana panik tu tiadalah terasa sangat...
Siap aku boleh turun bersiap2 dulu sebelum siren dibunyikan...
Hohoho...
Bak kata kak zarina, "kalau betul2 ni, takkan ada yang turun ikut tangga...semua pakat terjun jek...hahaha..."

Bila sampai di tempat berkumpul, kami semua berkumpul ikut kategori masing...
Ada students, staff, tenants, and others...



Cuma sayangnya, latihan ni dibuat masa cuti mid-sem jadi students tu kuranglah...
Yang ada cuma aku yang berdedikasi ni (hahaha...perasan!) dengan a few students baru...
Dan juga ada yang datang untuk group discussion, bagus2...

Tidak lama lepas siap berkumpul, hujan yang sehari suntuk turun berhenti sekejap, then turun semula...
Kiranya, kerja BOMBA telah dibantu oleh hujan yang turun tulah...
Kalau dalam realiti nya begitulah...
Hehehe...




Sesudah pihak BOMBA sampai, kami diambil nama dan kami dibenarkan bersurai...
As the conclusion, oklah latihan ni...
"Better ready than sorry..."
Tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya committee...

Cakap bab api2 kebakaran, bomba2 ni...
Teringat aku pada cerita2 bangang masa zaman atlet2 dulu...
"Hospital Kunak terbakar! Pihak BOMBA melaporkan bahawa 3 orang nurse cedera parah, 2 orang doktor melecur teruk, 10 orang pesakit berjaya diselamatkan, manakala 5 orang mayat telah berjaya melarikan diri daripada rentung dibakar api..."
Hahaha...
Those were the days with my track & field buddies...
Apa2pun, sama2 lah kita menjaga keselamatan diri serta meminimakan kemalangan...

p/s: en muhizam, gambar2 nanti pass2 lah ye...hahaha...


Rabu, Julai 18, 2012

Makanan Kena Curik, Besen Orang Rendam Spenda


Dua hari aku pendam dari dok membebel dalam blog pasal benda alah yang jadi pada aku hari Ahad baru2 ni...
Tapi lepas 2 hari berturut-turut aku terkena, aku bebelkan lah jugak...
Huhuhu...
Cerita dia macam ni...
Minggu ni merupakan minggu sem-break bagi TPMC...
Sekaligus Insya Allah hujung minggu plak sudah start berpuasa...
Jadi, aku yang rajin ni baru dapat duit belanja dari bos2 di rumah, pegilah carrefour untuk angkut barang2 masak yang agak banyak jugaklah sebagai stok cuti dan bulan puasa...
Aku beli Thigh Ayam 2 Pek, Isi Ayam 2 Pek, Nugget Ayamas 1 Pek, Daging Burger Ramly 3 Bungkus, Sosej Farmbest 4 Bungkus, Apple 10 Bijik, Vitagen 3 Pek, dan Sayur2 Cili2...
Aku beli hari Khamis lepas sebelum p kelas petang, sekali p beli ubat cherry berry...
Huhuhu...
Bila sampai hostel, aku terus masukkan semua barang2 beku yang aku beli dalam peti ais...
Oh ya, dalam hostel ni ada 6 peti ais, 2 peti ais bagi setiap tingkat...
Jadi aku letakkan barang2 aku dalam peti ais yang paling dekat dengan bilik aku ni...

Memandangkan Jumaat dan Sabtu aku masak ala kadar dan dapat makan free, jadi aku pun tidak usik lah barang2 tu dari peti ais (kecuali 1 bungkus daging burger aku sudah guna untuk masak pasta)...
Dan juga Vitagen dan Apple tu jelah aku ada amek 2-3 kali buat kudap2...
Masa tu, aku ada jugak risik2 khabar barang2 beku yang aku simpan...
Alhamdulillah, semuanya tengah sehat lagi kat atas tu...

Dijadikan cerita, hari Ahad sepatutnya hari aku jadi suri rumah paling comel sekali, sebab biasanya Ahad aku selalu main masak2 dan cuba macam2 jenis masakan, tiba2 terus berubah jadi mimpi ngeri...
Sebabnya, bila aku mau amek daging burger untuk buat begedil, barang2 aku sudah takda!
Jangan kata daging burger aku, satu plastik yang ada semua barang2 masak beku yang aku baru beli tu dia angkut buat harta sendiri plak haaa!
Yaa Allah, rasa mau pitam aku masa tu...
Aku jadi bingung tiba2, perasaan bercampur baur, pikiran berkecamuk...

Aku cuba bersabar, kot2 lah aku yang tersalah letak atau orang tersalah amek...
Aku p lah check keenam-enam peti ais yang ada dalam hostel ni, tidak jumpa pulaknya...
Aduhhh! Last2 aku call mak, aku nanges!
Sedih sangat2, mungkin sebab barang2 yang diambik tu sangat banyak...
Buatkan aku teringat kesiannya family bagi aku duit untuk beli barang makan...
Senang2 jek orang pegi amek...
Huhuhu...

Kesah barang beku aku hilang tu tengah hari...
Lepas nanges2 call mak, aku tertidur...
Bila petang aku bangun lapar, aku p lah pantry tu balik untuk amek buah apple yang masa tengah hari tadi aku tengok ada lagi...
Tup tup, apple dengan vitagen aku pun sudah lesap!
Yang tinggal hanyalah cili2 dan lobak jek dengan timun setengah...
Aduhai laaahhh...
Kenapa lah orang tu kejam betul???
Hmmm...
Sekali lagi, berpinar mata aku ni jadinya...
Sudah lah aku ada masalah penghadaman sejak dua tiga menjak ni...
Vitagen dan apple sumber serat aku tu pun ditibainya???
Adoiii...!!!

Aku pun sekali lagi tawaf check semua peti ais, xda jugak! Geramnyaaa!
Sapalah punya kerja ni???
Selama ni kalau amek setakat sebungkus dua sosej aku dan air kosong orang lain, aku boleh consider lagi lah...
Tapi bila dah dia angkut semua secara borong macam barang2 tu mak bapak dia yang beli, sakitlah hati aku ni...
Kalau aku tau sapa orang tu, pastu aku kenal plak...
Memang nasib dia lah dengan apa yang aku terpaksa buat nanti...
Orang sabar, bila marah lain jadinya...
Lebih2 lagi bab2 curik makanan ni, aku sensitif sket...
Sebab tu mak bapak aku yang bagi, lagipun makanan kot...
Tu pun sampai hati mau curik???
Haissshhh...
Penat mencari tidak jumpa, aku pun buatlah "Thank You Note" dan lekat di pintu peti ais tu...
Dengan pesanan, "Kalau rasa cirit-birit tidak hilang dalam seminggu ke sebulan, datanglah bilik 1-45 untuk amek penawar...Jangan lambat2, kang membusung plak perut tu..."
Nasib orang tulah...

Kemudian keesokan harinya plak, bersamaan hari Isnin iaitu kemarin...
Aku p bilik sidai untuk basuh baju yang aku rendam tengah malam Ahad tu...
Eh2, ada plak orang yang tanpa segan silu guna besen aku untuk rendam spenda (seluar dalam) bersama kerabat2 dia yang lain...
Besen aku, orang guna tanpa izin, rendam spenda plak tu!
Kalau rendam kain batik ka, boleh nego lagi lah...
Ni spenda kot! Geli aku tengok!
Aduhhh! Apa ni???
Rendam pakaian dalam pun guna orang punya besen...
Bukan kedekut atau berkira, tapi ni spenda! Spender! Seluar kecik! Seluar dalam!
Eeewww!!!

Dua hari berturut2 aku nightmare dengan perangai budak2 hostel yang macam2 ni...
Ingatkan ramai yang balik kampung, xda apahal...
Makin banyak hal lagi, adalah!
Nasiblah aku kena buat FYP time2 cuti ni, kalau tidak sudah lama aku bertapak di Senawang...
Haih lah, budak2 hostel sekarang ni...
Huhuhu...


p/s: memang aku ni pusat kebajikan makanan dan harta benda pun!


Sabtu, Julai 14, 2012

Berbekam, Alternatif Pilihan


Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

Gambar hiasan...Terima kasih kepada tuan empunya gambar...

Assalamualaikum...
Jam sekarang menunjukkan pukul 4.48 pagi dan aku masih lagi segar berjaga...
Aku pun tidak tahu kenapa...
Walhal badan tengah letih sangat2 ni...
Biasalah, baru lepas berbekam sekitar pukul 8.00 malam tadi...
Siapa2 yang belum berbekam lagi tu, aku suggest kan elok lah mencuba...BEST!
Hehehe...

Cerita yang membuat hajat untuk berbekam ni timbul pada awal minggu ni juga...
Masa tu aku p jumpa supervisor FYP ku, Mr Gopal...
Sebenarnya, ada beberapa komplikasi yang melanda projek ku itu...
Kemudian dalam waktu tengah consultation tu, Sir Gopal bertanyakan perihal kesihatan ku...
Aku pun bukalah balik cerita pasal Vertigo ku sebelum ni...
Lepas tu, Sir Gopal yang sememangnya ada basic perubatan explain dengan aku pasal satu lagi jenis sindrom yang hampir sama dengan simptom yang aku rasa...
Namanya Cushing's Syndrome...
Sir kata, dia suspek aku masih lagi belum sehat sepenuhnya sebab dia kata dia nampak mata aku ni lain macam...
Maksudnya, ada menunjukkan simptom yang aku bukan pada kondisi yang sehat...

Oleh itu, Sir perkenal konsep rawatan alternatif pada aku...
Akupuntur, bekam, dan rawatan elektrostatik...
Sir Gopal minta aku untuk buat research dengan lebih detail lagi pasal rawatan2 alternatif tu yang mana mungkin juga boleh dijadikan back up FYP ku nanti...
Huhuhu...
So, lepas daripada jumpa Sir Gopal tu aku google lah semua rawatan alternatif yang berkaitan...
Dalam banyak2 tu, aku tertarik sangat2 dengan BERBEKAM ni...
Selain daripada ianya Sunnah, agak banyak juga penyakit yang dapat dirawati dengan kaedah ini...
Memandangkan aku pun asyik sakit kepala sejak start FYP ni, aku pun pasang hasrat untuk mencuba dapatkan rawatan...
Alhamdulillah, nasib baik jugalah ada insan yang sudi sponsor kos rawatan ku tu...
Hehehe...

Then, aku pun explain perihal bekam ni pada adik2 junior ku...
Nampaknya, Naimah dengan Sabrina berminat...
Manakala Ogy dan Suri plak just berminat untuk tengok jek...
Dijadikan cerita, maka pergilah kami berlima menjejaki Pusat Bekam Aini, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi jam 8.00 malam tadi...
Itupun, aku kena buat appointment dulu dua hari sebelum...
Tapi aku juga ingin berterima kasih buat Nek Ucu kepada Sabrina sebab sudi hantar dan temankan kami sepanjang berada di pusat bekam tersebut...
Cik Zue yang membekam kan kami tu pun sangat baik dan peramah...
Kami pun hepi2 jek, ibarat berbekam tu macam main2...
Padahal dia punya sakit tu, boleh tahan lah juga...
Sakit tu, bagi aku masa mula2 jek masa dia sedut buat bekam angin...
Tapi, just ignore jek lah...
Geli2 tapi best tu plak masa dia cucuk2 jarum untuk start keluarkan darah tu...
Hehehe...

 

Gambar2 hiasan...Terima kasih kepada tuan empunya gambar...


Hasilnya bila dah sudah, akak tu kata aku banyak angin jek...
Terutamanya bahagian pinggang...
Toksik takda banyak sangat, tidak macam Naimah...
Semua cup dia penuh darah pekat bertoksik tu...
Huhuhu...
Oh ya, kami semua buat 10 cup (RM5 per cup)...
Antara kami bertiga yang buat bekam tu, Naimah paling kronik dia punya toksik...
Lepas Naimah, Sab, dan yang comel jek serta sehat plak aku lah...
Hahaha...

Apa2pun, Insya Allah aku harap lepas berbekam ni tahap kesihatan ku bertambah baik...
Begitu juga buat Naimah yang banyak sangat allergic, dan juga Sab...
Masa kak zue tu explain antara penyakit yang biasa dorang tolong bekamkan ialah Gout dan Resdung, aku teringat kat seseorang...
Kalau lah dia mahu datang buat bekam ni, aku rela temankan dia...
Tapi, kesihatan dia keputusan dia...
Aku just mampu text dan explain sikit jek pasal bekam ni dan kaitan dengan penyakit dia tu...
Selebihnya, terpulang pada keputusan dia...

Aku sudah pun menjalani salah satu Sunnah Rasulullah...
Insya Allah, panjang umur nanti ada rezeki aku akan buat follow up bekam plak lagi...
Hehehe...
Bagi yang berminat dengan bekam, try lah google sendiri khasiat bekam ye...
Kesimpulannya, berbekam tu best!


p/s : wiwi, tidurlah! jam 9 nanti kau kena bagi taklimat fasi sehari suntuk plak tuh...aduhhh!


Khamis, Julai 12, 2012

Kayap aka Shingles


Aku agak risau sejak malam tadi dan sepanjang hari ni, mana tidaknya salah seorang orang yang aku sayang sedang tersiksa dek serangan kayap...
Huhuhu...
So, aku dari malam tadi call tanya2 orang yang pernah aku tau ada kaitan dengan kayap, antaranya Aqie serta buat beberapa pembacaan dari internet...
Then pagi tadi mak call, aku explain lah sedikit sebanyak pasal kayap yang aku tau ni...

Kayap atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Shingles merupakan ruam pada kulit ibarat lecur yang berpunca daripada sejenis virus yang sama menyebabkan cacar air (chicken pox), iaitu Varicella Zoster Virus (VZV) yang tergolong dalam keluarga virus herpes (virus yang main serang2 kulit tu)...


Biasanya selepas terkena cacar air, virus tersebut akan kekal tidak aktif (dormant) dalam satu2 kawasan saraf dalam badan...
Kayap akan menyerang apabila virus tersebut diaktifkan semula dalam saraf selepas beberapa tahun...
Sebab serangan virus kayap ini kembali aktif masih lagi belum jelas, cuma ianya akan menyerang sekali sahaja...
Kayap berpotensi tinggi akan berlaku pada kondisi seperti berusia lebih daripada 60 tahun, terkena cacar air sebelum berusia satu tahun, kadar imunisasi menjadi lemah disebabkan pengambilan ubat atau penyakit...
Apabila seorang dewasa atau kanak2 yang belum pernah terkena cacar air menyentuh secara langsung (direct contact) dengan seseorang yang mempunyai kayap, dia hanya akan mendapat cacar air sahaja bukannya kayap...

Kayap akan menyebabkan seseorang itu mengalami ruam2 yang sangat pedih, luka berair ibarat lecur, dan ruam tersebut akan membuat satu pusingan penuh pada kawasan yang terlibat untuk membuatkan virus tersebut aktif secara penuh...


Individu yang terkena kayap juga akan merasakan sakit perut, lemah badan, sakit2 sendi, sakit kepala, demam panas, serta deria pendengaran, rasa, dan penglihatan akan berkurangan kerana virus kayap tersebut menyerang sistem saraf manusia...
Kayap jika dibiarkan akan menyebabkan kegagalan deria, lumpuh satu badan, serta penyakit2 yang berkaitan dengan fungsi saraf...
Kerana seperti yang aku nyatakan awal2 tadi, virus kayap akan menyerang sistem saraf manusia dan terus mendominasinya jika diaktifkan...


Punca kayap masih lagi belum dipastikan yang sebenarnya, tapi berdasarkan pembacaan yang aku lakukan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pengaktifan semula virus kayap...
Antaranya ialah stress yang melampau, rawatan chemotherapy (aku boleh kata, virus ni thermophilic), serta kehadiran kanser atau AIDS pada seseorang...

Jika terkena kayap, antara cara untuk merawatnya ialah dengan mengelakkan suasana panas (kerap mandi air sejuk), sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian, menyapu ubat2an (krim yang diperbuat daripada pepper), ubat makan daripada doktor (antiviral drugs atau topical anaesthetics), serta beberapa petua ubatan kampung (getah batang keladi, daun gelenggang, daun pokok duit2, dan pelbagai lagi)...
Selain itu, kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas dinasihatkan untuk mengambil suntikan vaksin Herpes Zoster untuk mengurangkan risiko diserang kayap...


p/s: sama2lah kita menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita...to my sweet mom, get well soon mak!


Aku Dan Labu


This is the story about me and pumpkin...
Errr...I mean, the actual pumpkin...
The one that we eat tulah...
Haaa...
Oh, nothing so special pun...
I just want to share my experiences in making two types of dishes, using that pumpkin...
Hehehe...

Last week, I just got these two pumpkins, quite big jugak lah...
So, the first thing come into my mind, I want to make "bubur labu"...

Gambar sekadar hiasan, thanks kepada tuan yang empunya gambar

Then, I call the expert...
Who else if not my "mem besar"...
Hahaha...
My sweet mom lah...
Then she taught me the perfect way how to prepare the "bubur labu"...
Actually I know how to make it but, double confirm it from the expert is much better, kan???
Hehehe...

By using Pumpkin (Labu), Coconut Milk (Santan), Red Sugar (Gula Merah/Gula Melaka)...
Yeahhh! I did it! Hahaha...
Oh, sorry...
There were no picture taken...
Alhamdulillah, Naimah, Sabrina, Suriani, Wan, Najwa and Aqie enjoyed the taste of it...
Hehehe...
Finally, I'm a step ahead in cooking...
Because at least, I know and I have done one type of dessert or appetizer...
Not only the heavy meal jek...
Hehehe...

Ok, talk about today plak...
I have one pumpkin left and I have no idea what should I do with it...
I'm just thinking of "bingka labu"...

Gambar sekadar hiasan, thanks kepada tuan yang empunya gambar

So, once again I asked my mom the exact way to make it...
But due to some ingredients problem, I cancel that "bingka labu" and change it to "cucur labu" or in bahasa bugis we called it as "kontok-kontok labu"...

Gambar sekadar hiasan, thanks kepada tuan yang empunya gambar

Hehehe...
It just need pumpkin, eggs, sugar, and flour then cooking oil...
After it was ready, I ate it with Naimah and Sabrina...
And gave some of it to Wan Via also to my neighbor, Yana...
Sorry for those who didn't have the chance to taste it...
Next time Insya Allah I will do it again, ya...
Hehehe...

So, that's all...
The end of the story about "Aku dan Dua Biji Labu"...
Hahaha...


p/s: apsal aku baca english aku ni macam teruk semacam ni??? hahaha...



Isnin, Julai 09, 2012

Wahai Lelaki, Tetapkan Lah Hati



Mengapa sukar untuk membuat pilihan???
Sedangkan sudah terang lagi bersuluh kau boleh melihat jalan hidup engkau akan baik bersama Wanita A, namun hati mu yang penuh ketamakan masih juga mahu mencari kesempurnaan pada Wanita B hinggakan Wanita A termanggu sepi dalam penantian tiada berkesudahan...
Itu baru Wanita A dan Wanita B, belum campur lagi kalau ada pula yang sampai Wanita C, D, E, dan seterusnya...

Wahai lelaki, kaum adam...
Bulat kan lah hati, tekad kan lah pendirian sebagai seorang Imam...
Jika Imam sendiri was2, maka para makmum pun akan terbabas bersama...
Jangan kerana ketamakan mahukan kesempurnaan, engkau sanggup bertindak kejam melukakan hati insan yang selama ini sentiasa ada buat susah senang mu...
Kesempurnaan, keistimewaan itu terletak pada hati kita untuk menilai dan menyayanginya...
Bukannya pada yang memang sedia ada untuk diterima semata, kerana ianya tidak akan kekal selamanya...
Bagaimana kita menyayangi itulah, yang membuatkan ia sempurna dan istimewa di hati...

Hentikan lah menggunkan falsafah poligami sebagai alasan...
Memang benar poligami itu diharuskan dalam agama, tetapi ada syarat2 yang telah ditetapkan...
Yang pasti bukannya untuk dijadikan alasan kepada ketamakan, bukan juga sebagai alasan untuk mengizinkan engkau melukakan hati seorang insan...

Hati wanita, sekali engkau hargai kerana dia seadanya...
Maka dia akan berikan yang terbaik buatmu melebihi daripada apa yang pernah engkau jangkakan...


Tiada istilah "full package" dalam diri seseorang, yang ada hanyalah "how you trigger the package of her to the limit with your love, faith, and trust..."
Hargai lah dia yang di sisi, yang sentiasa menyayangi dan selalu menghargai dirimu seadanya...
Jangan sampai "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran..."


Maka, tetapkan lah hatimu...
Ikutlah kata kasih sayang hati, bukannya getaran ego nafsu perfectionist semata-mata...


p/s: “Listen to the quietest whispers of your mind. They are telling you the choices that will help you the most.”


Sports Carnival 2012, Mereka Sudah Mampu Berjalan Tanpa Aku


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik...
Sports Carnival 2012 TPMC yang berlangsung pada 7hb hingga 8hb Julai 2012 telah membuktikan bahawa mereka (SRC baru) mampu untuk berdiri sendiri dalam menjayakan satu2 event tanpa bergantung harapan pada aku mahupun mana2 "tenaga professional" lagi...
Satu improvement yang begitu mendadak ditunjukkan oleh mereka dalam menyahut cabaran yang diberikan walaupun dengan pelbagai konflik yang melanda...
Namun, syukur lah aku tumpang gembira atas kejayaan dan usaha keras mereka semua...

Aku hanya datang turun padang untuk berikan pertolongan apabila keadaan sudah hampir takat lemas atas dasar kasih sayang pada mereka, bukan terpaksa atau dipujuk rayu...
Aku membantu dari segi penyusunan semua jadual2 perlawanan, susunan semula tentatif penuh, penyediaan borang2 pemarkahan, serta briefing penuh pengadil/juri dan juga briefing overall flow of the event (pada malam sebelum event)...



Pejuang2 rumah MERAH
Angah, ketua rumah MERAH

 Manakala pada hari kejadian, aku bertindak sebagai juri pertandingan catur, pengadil pertama untuk perlawanan bola tampar lelaki, serta incharge medical part...
Cabaran paling berat apabila aku yang jaga catur (indoor game) terpaksa bergegas keluar ke venue netball (outdoor game) berulang kali apabila ada player netball yang cedera...
Dua tanggungjawab pada masa yang sama dalam tempat yang berbeza...
So kenalah lari2 sedikit, penat lah jugak...
Hehehe...











Hari kedua pula menyaksikan aku bertanggungjawab penuh untuk menjaga medical untuk sebarang kecederaan melibatkan peserta2 untuk acara marathon serta membantu untuk menjaga pelepasan peserta...
(Oh ya, aku rumah MERAH aka ALPHA...!!! Hehehe...)
Sewaktu jaga medical, ramai jugak lah patients yang aku dapat dan mostly masalah di bahagian kaki, especially cramp dan ankle sprain...
Walau bagaimanapun, aku hanya dapat membantu sampai tengah hari sahaja atas beberapa urusan lain yang perlu aku selesaikan pada sebelah petang...

Ikhwan, ketua Rumah BIRU aka SIGMA



Angah, ketua rumah MERAH aka ALPHA


Faiz Tahir, ketua Rumah HIJAU aka GAMMA

Ketua2 Rumah Sukan (kecuali kuning tu, alip)...Emy ketua kuning, hilang dari radar











Pakcik Guard yang menjadi pegawai pelepas bagi acara marathon




Aku dengan alip yang menjaga garis pelepasan
Pesakit2 terawal (Shen dan Aizat)...Dua2 org kuat ragbi plak tu...huhuhu...
Pemenang pertama marathon, Hilal...MERAH!
Ketua rumah biru kecundang sebelum garisan penamat


Angah, ketua rumah merah tempat kedua! Maruah merah tetap menguasai tempat teratas!


Farhan, menyumbang mata buat rumah biru...






Pemenang marathon wanita, MERAH lagi...!!!


Antara para AJK bertugas...terima kasih atas komitmen anda semua!

TAHNIAH diucapkan kepada rumah MERAH aka ALPHA kerana telah menjadi juara keseluruhan untuk Sports Carnival kali ini yang bertemakan "Back To School Time" kerana berkonsepkan ala2 rumah sukan zaman2 sekolah dahulu...
Sejuta penghargaan buat Ketua Rumah Merah iaitu Angah (Ahmad Izwan Mohd Kamal) serta ahli2 rumah atas semangat yang sangat2 tinggi demi memastikan kejuaraan milik rumah Merah!
Tidak ketinggalan juga kepada Ketua Rumah Hijau (Faiz Tahir), Ketua Rumah Biru (Ikhwan Ikram) dan Ketua Rumah Kuning (Emyrul Fitri) dan semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan acara Sports Carnival 2012 TPM College ini...

Namun, jutaan pujian dan tahniah yang tidak ternilai buat AJK Pelaksana yang tidak henti2 untuk berkomitmen dari awal hingga akhir program...
Tanpa mengenal erti putus asa, walaupun dengan pelbagai halangan mereka tetap meneruskan perjuangan untuk menganjurkan program ini hingga ke akhirnya...
Tahniah buat Azwan (tok wan), Iqram, Naimah, Ridzuwan (wan via), Amir, Suriani, Sabrina, Najwa, Alif, Farhana, Syahir, Afiq, Syafiq, Faiz, Naim, Ikhwan, Puva, serta semua AJK sokongan dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan program Sports Carnival ini...
Sokongan padu yang diberikan oleh Puan Yanti (penaung), Ust Hiswadi (penasihat 1) dan Cik Ernie (penasihat 2), para anggota keselamatan TPM, staff2 TPM dan TPMC, juga harus diberikan pujian...
Tanpa anda semua, program ini tidak akan berjalan seperti yang dirancangkan malahan hanya akan tinggal angan2 dan cakap2 kosong sahaja...

Teruskan momentum yang terbaik ini, aku yakin SRC baru mampu buat yang lebih baik daripada ini, hanya dengan syarat semua pihak bekerjasama dan tiada sentimen berkepentingan peribadi semata-mata...
Apa2pun, terima kasih kerana masih menjadikan sukan sebagai salah satu agen penyatu pelajar2 dalam kolej ini, yang mana sebelum ini merupakan pendirian aku dan Zai (Clubs Societies and Events Division) bersama SRC dan President Council era kami dahulu...
Tahniah, tahniah dan tahniah buat semua pihak!!!
"Majulah sukan untuk negara! Sukan menyatukan bangsa!"

p/s: aku semakin rindukan team Earth Hour 2010, Sports Carnival 2010, E-Day Carnival 2011, Ihya' Sunnah 2011, dan semua orang2 yang aku pernah bekerjasama dalam menjayakan apa sahaja event yang pernah aku terlibat...