Rabu, November 29, 2017

Kini Aku Bergelar Seorang Puan AKA Isteri Orang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kini aku dan En. Yusari telah sah diijab kabulkan...

11 November 2017, sekitar 10.00 pagi...
Dengan dua kali lafaz (Tok Kadi saja menyakat) aku telah selamat menjadi isteri orang...
Hehehe...

Ramai yang bertanya, kahwin ni best?
Hahaha...
Jujur cakap, yesss! Memang best!
Zaman kau bercinta yang hai hai bai bai tu, dengan kau tiba-tiba kena tinggal sama-sama di bawah satu bumbung dan tidur satu katil dengan dia...
Memang satu anjakan paradigma yang tak tercapai dek akal...
Hahaha...

Walaupun aku berkawan/bercinta sudah lama dengan En. Suami ni...
Still masih banyak benda baru untuk diselami dan di discovery channel kan...
Ibarat macam baru mahu berkawan...
Masa bercinta, dia introduce pe'el dia sikit jek...
Lepas kahwin saja, zuuuppp!!!
Dari senarai likes & dislikes dia ibarat kertas A5 sekarang sudah jadi banner!!!
Hahaha...

Tapi itu semua takda hal lah...
Insya Allah, sama-sama boleh hadapi dan terima seadanya...
Tu baru dia punya senarai untuk aku...
Aku punya senarai? Haaa... Billboard terus!
Hahaha...

Bila sudah jadi bini orang ni...
Baru aku alami dan rasa sendiri apa yang mamaku pernah rasa...
Kena bangun awal pagi, lagi awal dari suami...
Alhamdulillah, setakat 2 minggu lebih ni aku masih juara bertahan bangun lebih dulu...
Solat Subuh, Alhamdulillah suami jenis tidak perlu aku buat gempa bumi baru mahu bangun...
Cukup cuit sikit, boleh sudah dia angkat kaki pigi bilik air...
Hehehe...

Sarapan pula, aku tahu dia jenis sarapan berat...
Tapi dek kerana memahami office hour aku lebih awal dari dia...
Dia kata cukup buatkan minuman panas dan biskut saja...
Bila weekend lah, aku akan buat heavy breakfast...
Kesian plak anak orang ni malar makan biskut setiap hari...
Huhuhu...

Tapi jaga-jaga, lunch dan dinner aku buat bukan alang-alang...
Hahaha...
Setiap masa lunch aku akan balik rumah dan masak...
Since rumah kami ni sangatlah dekat dengan tempat kerja masing-masing...
Jadi senang sikit mahu balik lunch di rumah...

So far, lunch dan dinner tidak pernah menghampakan (rasanya lah)...
Sebab aku 100% turuti seleranya, which lebih kurang dengan seleraku...
Tumis menumis lah kita...
Sampaikan nasi bertambah-tambah...
Suami jenis suka hidangan fresh from the oven gituuu...
So aku kena masak cukup-cukup hanya untuk sekali makan...
Supaya tidak membazir...
Dalam masak cukup-cukup tu...
Baru dua minggu rasanya badan kami masing-masing semakin menDoraemon...
Rezeki Allah, terimalah seadanya kan...
Hahaha...

Syukur juga, aku dapat suami yang memang datang dari keluarga super duper pembersih...
Sikap mak dan kakak-kakak dia yang pembersih tu diwarisi oleh suami aku ni...
Jadi agak ringan sikitlah tugasan rumah setakat ini...
Aku masak tung tang tung tang...
Suami akan tolong basuh pinggan dan kemaskan dapur lepas siap makan...
Bukan aku suruh paksa rela ya...
Dia sendiri yang insist untuk buat, kesian katanya tengok isteri penat kerja seharian di opis, balik rumah penat pula urus dia dan rumah...
Hehehe...

Cukuplah dulu kan cerita pasal newlywed ni...
Nanti kencing manis plak orang membaca sebab kami ni suwiiittt sangat...
Hahaha...
Apa-apapun, melalui hari-hari dengan gelaran baru ni...
Terkadang aku masih tidak percaya yang aku sudah jadi isteri orang...
Bila bangun pagi tengok ada orang temankan tidur di sebelah, ya aku kena kembali ke realiti hidupku yang baru...


Aku bukan bujang lagi, aku bukan hidup solo lagi...
Jadi banyak benda selfish yang aku kena let it go! Let it go! Eh, terFrozen plak...
Hahaha...

Semoga perjalanan kami berdua semakin hari semakin direstui...
Semoga juga Allah sentiasa pelihara rumah tangga kami dalam kebahagiaan hingga ke Jannah-Nya serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...
Insya Allah, Amin...

Last but not least...
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami baik di pihak perempuan mahupun pihak lelaki...
Jasa semua ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran kedua belah pihak tidak mampu dibalas dengan kata-kata mahupun wang ringgit...
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua...

Kepada mak, etta, uncle, abang mail, kak icah, abang lan dan kak anor...
Mamakiah, abang jali, kak rafeah, kak saerah, kak pidang, kak juraidah, kak ija, abang sapar, abang isai...
Dan seluruh ahli keluarga kami berdua...
Terima kasih banyak-banyak...
Tanpa kalian, siapalah kami dalam penyatuan dua hati ini...
Huhuhu...

Kepada sahabat-sahabat yang hadiri majlis perkahwinan kami...
Ada yang sanggup datang dari KL, JB, KK, Tawau dan sekitar Kunak...
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih...
Saaayang kalian semua!

Sabtu, November 04, 2017

Meniti Hari-Hari Terakhir Bergelar Bujang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ooopppsss!
Terlajak beberapa hari tiada blogpost...
Maaf, my bad...

Lanjutan daripada blogpost lepas...
Telah maklum bahawa aku bakal bertukar status...
Daripada bujang kepada isteri...
Daripada Cik kepada Puan...
Jujur aku katakan sebelum ini memang aku tidak rasa apa-apa...
Sebab aku berkawan dengan si dia sudah lebih 4 tahun...
So, normal bagi aku tiada perasaan...

Tapi semenjak lebih kurang 10 hari lagi baki sebelum aku jadi isteri orang...
Debaran sudah mula terasa...
Apabila aku tengok barang hantaran yang sudah mula digubah...
Dup Dap Dup Dap rasanya...

Kelmarin (semalam bagi semenanjung)...
Orang kampung sibuk buat serapo samping...
Serapo ni sebenarnya khemah yang menggunakan buluh dan kanvas...
Sebagai bumbung untuk orang dapur boleh bekerja di bawahnya...
Di dalam serapo tu pula dibuatkan pangkin untuk buat kerja-kerja dapur...

Kalau dulu serapo ni bukan setakat serapo samping untuk mak-mak buat kerja...
Tapi ada juga serapo utama untuk letak pelamin dan tetamu yang hadir...
Memandangkan zaman sudah berubah dan makin mudah...
Serapo utama kini digantikan dengan kanopi saja...

The best thing about being anak bugis ni...
Alhamdulillah sampai sekarang aku masih sempat rasakan adat ukhwah masyarakat bugis...
Serapo itu cuma perlu 2-3 orang saja untuk siapkannya...
Tapi disebabkan ianya sebagai satu aktiviti kemasyarakatan, maka berpuluh-puluh kaum lelaki sekitar Mostyn ni datang untuk sama-sama membantu walau cuma sekadar bantu tengok saja...

Masa ni lah suara riuh rendah kedengaran...
Yang lelaki sibuk dengan buluh, kanvas, tali, tukul dan pakunya...
Manakala yang kaum ibu pula sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk kaum bapa yang sedang bekerja berat di luar...
Syukur pada Allah, aku sempat merasakan ini semua di majlis perkahwinanku...
Ramai lagi anak bugis yang lain tapi hidup di bandar tidak merasakan ini...
Dek kekangan masa, ruang dan masyarakat setempat...

Bila aku tengok serapo sudah hampir siap dipasang...
Bertambah laju debaran di dadaku...
Macam konsert metallica pun ada sudah rasanya...
Ya Allah, aku macam tidak percaya serapo kali dinaikkan untuk aku...
Sebelum ni hanya untuk sepupu-sepupu ku...
Tapi kali ini untuk kau, Wiwi...!!!

Aku bakal melangkah ke satu fasa hidup yang baru...
Hanya tinggal beberapa hari lagi...
Banyak yang perlu aku ubah dan upgrade...
Especially sikap toleransi...

Ouh, aku suka memberi tapi tidak suka berkongsi...
Contoh, kalau aku makan sesuatu dan ada orang mintak...
Aku tidak akan bagi yang aku tengah makan tu...
Tapi aku akan belikan yang baru untuk bagi dia...
Perumpaannya begitu...

Lepas ni aku akan berkongsi hampir semua yang aku ada...
Sebelum ni tidur katil King size seorang, lepas ni kena kongsi...
Sebelum ni sabun mandi guna seorang, lepas ni kena kongsi...
Sebelum ni kemas rumah ikut suka hati, lepas ni kena kongsi pendapat...
Sooo, terlalu banyak untuk dikongsi...
Semoga aku mampu mendidik sikap toleransi ku...
Sebab kalau semua mahu beli baru padahal boleh kongsi, agak membazir pula kan nanti...
Hehehe...

Banyak yang mau diupgrade pasal aku kena hidup berdua ni...
Harap aku mampu dan semoga dia bersabar!
Hahaha...

Related image
(bakal berlaku ni nanti rasanya. hahaha...)



Selasa, Oktober 31, 2017

Dugaan Darah Manis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lupa mahu bagitahu...
Hahaha...
Alhamdulillah, 9hb Julai 2017 aku secara rasminya bergelar tunangan kepada En. Yusari Bin Mohammad...

Actually, bukanlah majlis tunang macam orang biasa buat tu...
Sarung-sarung cincin bagai...
No, no, no...
Itu semua tiada, sebab etta (my dad) tidak mahu, membazir katanya...
So, pertunangan ni kami panggil "majlis bicara"...
Maksudnya perbincangan kedua belah pihak keluarga untuk tetapkan tarikh perkahwinan dan berapa jumlah wang hantaran dan mas kahwin...

Dipendekkan cerita, tarikh majlis pernikahan kami telah pun ditetapkan...
Insya Allah pada 11/11/2017 nanti...
Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan jiran-jiran serta sahabat-sahabat yang hadir baik dari pihak kami mahupun pihak lelaki...

Terima kasih mak dan etta, sebab menerima calon menantu lelaki tunggal kamu ni apa adanya...
Finally, ada juga calon menantu yang mamaku berkenan selepas reject ntah berapa orang...
Hahaha...
Terima kasih juga kepada keluarga Mamakiah kerana sudi terima aku yang bulat ni sebagai menantu...











Namun begitu...
Empat (4) bulan menanti hari bertukar status, bukanlah seindah bunga-bunga cinta...
Bergelar darah manis ni, punyalah banyak dugaannya, hoooiii...
Patutlah orang tua-tua bilang jangan tunang lama-lama...
Memang banyak betulnya cakap dorang tu...
Tipulah kalau ada yang bilang tidak pernah ada dugaan darah manis walaupun sebesar kuman...

Bergelar si darah manis bukan bermaksud kau sedang berdarahkan gula atau menghidap diabetis...
Tapi darah manis ni ibarat kau sedang menjadi dambaan untuk buat syaitan craving mahu menjilat dan menikmati kesabaran serta keimananmu, eceeehhh...
Masa inilah kita akan digoda, dihasut dan difitnah macam-macam dek kerja syaitan sefamili...
Sebab apa? Sebab syaitan ni tidak suka kalau anak cucu Nabi Adam mendirikan masjid aka rumah tangga... 
Pernikahan ni kan menghalalkan sesuatu hubungan yang asalnya haram... 
Sooo, mestilah syaitan benci kalau kita mahu kahwin kan?

Mahu dijadikan cerita, sepanjang tempoh aku bergelar darah manis ni, aku memang disirami oleh drama...
Semakin dekat hari bahagia, dugaan yang datang juga semakin memberat..
Emosi dan kesabaran yang semakin terganggu...
Dan mental yang semakin mental...
Hahaha...

Contohnya...
Tengah hari jumpa, lunch sama-sama...
Ketawa-ketawa cerita kenangan yang sweet-sweet...
Tapi bila balik jek bercakap dalam telefon, 5 saat jek bahagia lepas tu dekat 5 jam begaduh sampai nanges nanges...
Drama sungguh!
Apa yang digaduhkan dan dinangiskan pun, aku sendiri tidak tahu...
Hahaha...

Emosi...
Aku tidak pasti aku saja atau semua orang yang bertunang akan alami benda ni...
Emosi memang out, susah mau kawal...
Benda kecik pun boleh bikin perang dunia ketiga, keempat, infiniti...
Bayangkan kalau yang digaduhkan memang benda sudah sedia besar, macam mana tu agak-agak?
Haaa...
Jangan kata si dia, kawan-kawan opis termasuk boss tu pun aku marah...
Hahaha...
Sorry semua, mohon memahami...

Masa ni, Allah saja yang tahu emosi kedua-dua hamba-Nya ni...
Kalau kami bergaduh, memang ambil masa yang lama...
Salah seorang wajib mengalah dulu supaya benda tu tidak jadi lagi teruk...
Dan bagi yang kenal aku, sudah tentu boleh agak siapa yang akan mengalah kan?
Hahaha...
Syukurlah aku dapat calon suami yang cool dan steady jek...
Mestilah dia yang selalu menenangkan aku kalau tantrum ku tiba-tiba datang...

Dia pandai pujuk...
Tau macam mana? Sama ada dia akan ajak lunch atau bawakan apa jenis makanan untuk aku...
Sure perang dunia tu akan tiba-tiba aman...
Sambil makan tu, sambil dia pujuk lah minta maaf apa semua...
Walaupun bukan dia yang salah pada logiknya...
Hehehe...
So, pengajarannya lelaki kena banyak bersabar dan belajarlah skill pujuk pasangan anda...

Seterusnya, rasa insecure...
Yang ni, dua-dua pihak akan rasa...
Bila bercintan cintun tu, dunia rasanya hanya milik kita berdua...
Tapi bila sudah menghitung hari ni, ada saja yang datang menjengah...
Entah, time ni lah pula tiba-tiba saham naik...
Hahaha...
Ada saja yang cuba untuk masuk line...
Kau apahal???
Aku tunang dia, dia tunang aku lah weeeyyyhhh!
Kau dan kau p main jauh-jauh cari orang lain...

Jeles menjeles ni, jangan cakaplah plak...
Even dengan rakan sekerja dia yang aku sudah kenal lama, pun aku boleh jeles...
Sama juga dengan dia, kawan-kawan aku yang dari baby pun dijeleskan nya...
Hahaha...

Masalah kewangan, paling menyebalkan...
Dua-dua ada gaji...
Tapi selalu rasa eh mana gaji aku???
Ada saja tempat duit tu mahu dibelanjakan yang buat dia tidak dapat disimpan lama...
Baru-baru ni, aku kena tukar enjin kereta sebab salah dan bongok aku sendiri...
Ber"K K" lah juga bunyinya mahu ongkos enjin baru tu...
Si dia plak, cukuplah nilai wang hantaran yang famili ku minta buat dia tidak dapat tidur seminggu...
Hahaha...

Manakala bab-bab urusan hal majlis kahwin pula...
So far, macam kurang masalah...
Sebab semuanya diuruskan oleh orang tua kami...
Yang budak-budak macam kami ni, diorang kata jangan menyibuk...
Hehehe...

Aku hanya uruskan hal-hal yang runcit-runcit saja...
Macam tempah kad jemputan, door gifts dan barang hantaran...
Same goes to him...
Since tempat lelaki tiada majlis sanding...
Di sana nanti hanya ada majlis bertandang dan doa selamat saja...
Jadi dia rileks sikit berbanding aku...

Oh ya, mak aku pilih tema bollywood...
Minat sangat dia dengan hindi sejak aku belum lahir lagi rasanya...
Hehehe...
Syukurlah, aku ada geng senamrobik dan gender committee yang aktif...
Tanpa diminta sudi offer diri untuk buat persembahan...
Siap sanggup datang latihan setiap petang...
Daaannn belum apa-apa sudah terlebih dulu siapkan baju hindi masing-masing...

Special special special thanks buat MA Nordin yang bersusah payah buat step dan susun atur persembahan...
Lebih 10 lagu hindustan, kaaauuu...
Hahaha...
Thanks juga buat Team Instructors Mostyn yang banyak bagi sokongan setiap malam datang latihan...
Tidak dilupakan adik-adik yang turut bakal sumbangkan persembahan nanti...

Wooopppssss...
Sampailah pula kita kepada ticking bomb bagi segala dugaan darah manis ni...
Perasaan ragu-ragu...
Yang ni paling melampau bebenau dugaannya...
Mula-mula dengar orang cerita, aku tidak percaya...
But yesss, aku sudah alami...
Baru saja kelmarin...
Hahaha...

Tiba-tiba aku rasa seperti tidak mahu kahwin...
Rasa tidak mahu berpisah dengan mak, etta dan uncle...
Rasa belum bersedia untuk menjadi isteri orang dan dijaga oleh orang lain...
Apatah lagi bila baru saja bergaduh besar, teruslah rasa mahu cancel semuanya...
Walhal tinggal lagi beberapa hari jek lagi ni...
Adeeehhh...

Masa ni, segala kewarasan dah hilang rasanya...
Yang tinggal hanyalah perasaan kasih dan sayang pada keluarga sendiri...
Bila duduk nanges sendiri, terbayang susah payah mak, etta dan uncle untuk jayakan majlis ni...
Terbayang juga susah payah keluarga si dia yang banyak berkorban untuk semua ni...
Senang-senang saja aku mahu batalkan hanya kerana mainan emosi dan bisikan syaitan...
Empat tahun aku dengan si dia tunggu detik ni, macam tu saja aku mahu musnahkan...

Ya Allah...
Hampir saja aku robohkan masjid yang hampir siap dibina...
Ini semua dek kerja syaitan yang suka menghasut dan bermain dengan emosi kita...
Alhamdulillah, berbekalkan iman seciput yang ada, aku diberikan petunjuk dari Allah...
Sekaligus membolehkan aku membuang jauh perasaan bodoh yakni rasa ragu-ragu yang suka-suka hati mahu batalkan majlis kami ni...
Huhuhu...

Pesanku, bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal untuk melayari tempoh bertunang...
Itu baru dugaan bertunang, belum dugaan di alam perkahwinan lagi...
Belajar untuk mula menjadi pemberi sokongan buat pasangan...
Belajar untuk hidup susah dan senang bersama pasangan...
Belajar untuk tidak mengungkit, jauhkan perangai suka menyindir atau bagi ayat sarkastik...

Dia bakal menjadi pintu syurgaku...
Banyak benda lagi yang perlu aku belajar, terutamanya bab emosi dan lontaran kata-kata...
Aku dibesarkan sebagai anak tunggal perempuan yang dimanjakan...
Tentu saja aku jenis suka memberontak bila tidak dipenuhi kemahuanku...
Terbiasa dan telah menjadi habit sejak kecil...

Mampukah dia menjinakkan aku dan menjaga aku serta jadikan aku isteri yang solehah???
Wallahu 'alam...
Semoga dia bersabar dalam melenturku dan melayan karenahku...
Semoga Allah melindungi dan memberkati hubungan kami hingga ke Syurga-Nya...
Aku juga memohon agar aku dan si dia diberikan kesabaran yang kuat untuk melalui semua dugaan yang datang kelak...

Kepada semua pembaca, mohon doakan kami...
Agar kami diberikan jodoh yang berkekalan...
Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...
Serta diberikan rezeki, kesejahteraan, kebahagiaan dan kasih sayang Allah...
Hingga ke Syurga Allah SWT...
Insya Allah, Amin...

Akhir kalam...
Semua orang pasti akan rasa apa yang aku rasa kini...
Dugaan darah manis...
Yang membezakan cuma jenis dugaan dan besar atau kecil saja masalah yang dihadapi...
Kita ditakdirkan sudah sampai di pintu destinasi...
Satu kaki sudah di dalam, hanya perlukan kesabaran dan ketabahan sikit lagi untuk masuk pintu perkahwinan tu...

Saya doakan anda, anda dan anda semua diberikan kekuatan yang hebat untuk hadapi semua dugaan...
Selamat bertunang dan selamat pengantin baru in advance! 
Hehehe...

Sabtu, Oktober 28, 2017

Stop All The Drama!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Drama di tempat kerja...
Familiar? Hahaha...

Pagi tadi masa dalam perjalanan dari rumah pigi opis...
Aku ada dengar di radio DMFK bagi nasihat pasal hal drama tempat kerja...
Boleh buat topik blog post ni, fikirku...

Mana-mana tempat kerja pasti akan ada tahap-tahap dramanya tersendiri...
Sampai satu tahap, ia mampu mencipta puak-puak dan sikap bermuka-muka sesama sendiri...
Ada juga yang mampu mengubah personaliti seseorang yang terlibat...


Tidak kisahlah apa jenis drama yang ada di tempat kerja kita...
Cara yang paling terbaik ialah, jauhi diri daripadanya...
Bukanlah supaya disayangi bos atau mana-mana pihak...
Tetapi terjebak dalam drama opis ni sangat berisiko...
Terkadang mampu menggugat karier kita sendiri...
Boleh buat sasaran karier kita meleret dari landasan asal...

Jadi masa tea break tadi aku telaah lah artikel-artikel yang ada sentuh pasal ni...
Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan diri daripada drama-drama percuma di tempat kerja...
Jangan cuba berjinak-jinak jadi pelakon opis! Itu yang penting...


Pertama, sikap kita sendiri yang akan menentukan segalanya...
Kita semua perlu bekerja walau dalam keadaan terpaksa sekalipun...
Jadi kita ada pilihan, sama ada merungut tentangnya kepada rakan sekerja dan majikan, atau bersyukur apa adanya...
Bad mood atau level motivasi diri merundum, itu sudah pasti...
Tapi jika terus bersabar dan kekalkan sikap berkecuali daripada merungut, sedikit sebanyak ia akan membantu kita jadi immune daripada cetusan drama di sekeliling kita...
Mendengar luahan mereka yang merungut, abaikan atau iyakan sajalah tapi jangan sesekali jadi orang yang menyimbah minyak pula...

Kedua, layan semua rakan sekerja dengan saksama...
Kalau di tempat kerja kita ni ada suasana yang aman dan tenteram tanpa berpuak-puak, bersyukurlah...
Kita tidak perlu bermuka-muka untuk boleh diterima oleh semua orang dan pihak atasan...
Daripada menjadi manusia bertalam dua muka untuk diterima...
Lebih baik layan semuanya sama saja, daripada eksekutif, tukang kebun, kerani, penyelia, bos-bos dan sesiapa saja...
Harus dilayan semuanya dengan penuh hormat dan bertolak ansur...
Bukan setakat ianya penuh nilai kemanusiaan...
Tetapi ia juga mampu mengekalkan reputasi positif di tempat kerja...


Ketiga, fokus untuk menjadi penyelesai masalah, bukan penabur pasir...
Belajar untuk mencari peluang bekerjasama selain daripada cuma memberi simpati...
Fokus terhadap sesuatu yang positif akan memberikan kita ketenangan...
Hubungan rapat dengan rakan sekerja mungkin baik dek gossip jabatan, tapi ianya tidak sihat untuk dijadikan amalan...

Justeru itu, biarlah hubungan baik dengan rakan-rakan sekerja dicipta oleh positive attitude kita sebagai orang yang mudah bekerjasama...
Bukannya menjadi friends in crime dalam menabur pasir dalam periuk nasi orang lain...
Harap-harap dengan sikap sentiasa positif kita mampu menjadi teladan dan ikutan rakan-rakan lain...


Hal ini perlu...
Sebab at the end of the day, our boss is the one who signs our paychecks...
Justeru itu, jika kita betul-betul tersepit dalam keadaan di mana semua orang mengeluh, merungut dan tidak berpuas hati...
Cukuplah tanamkan dalam hati & fikiran prinsip "if you don't have anything nice to say, don't say anything at all"...
Blowing off steam pada majikan atau sesiapa saja yang kita tidak berpuas hati, tidak akan mengubah apa-apa melainkan meruntuhkan kerjaya kita sendiri...


Bukan mahu menjadi penjilat majikan...
Tapi cukuplah sekadar mahukan suasana tempat kerja yang aman dan tenang...
Tempat kita mencari rezeki yang halal ni, harus dijaga sebaiknya...
Spread all the positive attitudes, sooner or later it will come back to you...
Insya Allah...



p/s: ini ahli-ahli mesyuarat opis baru ni, bukannya tukang bikin drama ya. hahaha...


Jumaat, Oktober 27, 2017

Stop Throwing People Under The Bus!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Terkadang, apabila berlaku sesuatu kekalutan di tempat kerja kita sering saja mengelak dan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain...
Itu dipanggil MENYALAHKAN atau BLAME!

Sering saja kita akan terpalit dengan perkara ini di tempat kerja, apabila seorang rakan sekerja membuat kesilapan dan cuba melempar kita pula ke dalam jurang kesilapannya...
(Throwing us under the bus for the mistake)

Mungkin kita pernah jumpa pelaku sebegitu kan?
Atau mungkin juga kitalah si pelaku itu yang sewenang-wenangnya menunding jari pada orang lain atas kesalahan sendiri...

Related image

Semua orang akan buat kesilapan dalam pekerjaan, tetapi meletakkan kesilapan itu pada orang lain bukanlah sesuatu yang baik untuk dijadikan amalan...
Ianya sungguh jauh dari nilai bertanggungjawab...

Kenapa menyalahkan orang lain itu sesuatu yang tidak baik?
Kerana ia merupakan perbuatan yang tidak sihat dan bersifat agresif serta berbaur serangan...
Orang-orang yang menjadi mangsa akan berasa malu, terluka malahan jika ianya dilayan dan dipercayai oleh majikan, maka tidak hairan sikap menyalahkan orang lain ini akan menjadi satu budaya tempat kerja pula...
Dalam erti kata lain, sikap suka menyalahkan ini ibarat sebuah penyakit berjangkit...

Tidak hanya di pihak kakitangan saja penyakit ini bertularan...
Malah majikan juga tidak terlepas sama...
Amalan menunding jari sudah lama patut dilupakan...
Mungkin perlu cuba menggunakan cara menarik semula masalah itu kepada asasnya, apa yang boleh diperbaiki daripada kesalahan itu...
Jangan biarkan ianya melilau ke sana sini dengan blaming semua orang...
Tapi perlu cari jalan penyelesaian BERSAMA...
Kebersamaan ini haruslah sentiasa dibawa, bukannya bila susah bersama tapi bila senang sendiri-sendiri saja...

Sikap kurang baik ini perlu diubah...
Aku juga perlu berubah dan menilai diri sendiri...
Adakah aku juga si pelaku itu...
Mohon dijauhkan...

Instead of blaming, why don't we take full responsibility...
Kena marah, mungkin ya...
Kena jerit, mungkin ya...
Tapi kesilapan itu pasti memberi sejuta pengajaran jika kita bertanggungjawab dan sedia untuk ditegur...

Dan majikan juga peroleh manfaat jika menegur dengan cara berhemah, bukan dengan makian serta cacian...
Kerana teguran secara offensive tidak akan mengajar apa-apa malahan cuma mencipta benih kebencian dan dendam...
Aku teringat movie Wild Tales, orang berdendam ni jangan buat main wooo...

So, to myself and all colleagues, please take responsibility for your own...
To all the bosses, you should be a leader not a dictator...
Just a piece of thought in this beautiful Friday evening...
Wassalam...


Majlis Bacaan Yaasin Kelas Sri Kandi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Malam tadi, 26/10/2017 bersamaan Malam Jumaat...
Kelas Sri Kandi iaitu kelas kelolaanku buat Majlis Bacaan Yaasin khas untuk disedekahkan kepada semua ibu/bapa anak-anak tuisyen/mengaji ku yang telah kembali kepada Allah...

Ia dihadiri oleh semua anak-anak kelasku dan beberapa orang ibu anak-anak ini...
Rancangan asal, majlis ini hanya untuk aku dan anak-anak kelasku saja...
Tapi bila ada ibu-ibu yang ingin turut serta, dengan tangan terbuka aku lagi suka...





Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dengan lancar walaupun sederhana...
Terima kasih kepada semua yang hadir...
Terima kasih kepada Kak Peni yang menyediakan juadah...

Al-Fatihah buat Allayarham:
Ayah kepada Hafizul, Hafizah & Hadiyatul...
Ayah kepada Aqil...
Ayah kepada Azizul...
Ayah kepada Qhales...
Dan Allayarhamah Ibu kepada Azlina @ Pika...

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT...
Insya Allah, Amin...


Khamis, Oktober 26, 2017

Perkongsian Ilmu - Apa Itu QA Supervisor?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Harap semuanya sihat walafiat selalu bersama insan-insan tercinta...

Pagi ini, aku tunaikan janji yang sudah berminggu-minggu tertangguh...
Perkongsian ilmu bersama seorang pelajar praktikal dari Politeknik Sandakan...
Nothing special sebenarnya pun...
Lebih pada sekadar memenuhi kehendak jadual praktikalnya...
Di mana salah satu skop pembelajarannya, ada namaku terselit di situ...
Padahal jadual dia tu aku juga yang susun...
Hahaha...

Apa kerja QA sebenarnya???
Menggamit kenangan sepanjang 4 tahun aku sebagai QA, terlalu banyak definisi kerja QA untuk dicoretkan dan dikongsikan...
Lebih pada kerja Ad-Hoc fikirku...
Entah...
Tapi aku cuma tekankan tiga tugas utama atau pematuhan yang aku jaga di sini...
Environment, Safety & Health (ESH), 5S dan Persijilan RSPO/MSPO...

Aku terpaksa buat dalam bentuk slide presentation...
Dek kerana latihan hands on sangat terhad untuk kerjaku ni...
Mungkin...
Kerja QA secara dasarnya lebih pada dokumentasi, kurang pada praktikal...

Ok, aku kongsi sedikit antara slide yang ada aku kongsikan tadi...
Mau kongsi semua, mau dekat 100 slides tu...
Hahaha...
Sampai menguap-menguap budak tu dengar aku membebel tadi...
So, here we go...












Macam aku katakan tadi...
Tiada yang istimewa sangat pun...
Slide presentation tadi lebih pada slide corporate sedia ada yang aku mix & match kan dan edit tambah sana sini sikit-sikit...
Hehehe...

Aku hanya berkongsi ilmu yang aku ada...
Dengan niat walaupun bukan semua, tapi ada yang dia boleh bawa sebagai bekalan...
Walaupun slides penuh dengan informasi, tapi tidak sama dengan hanya baca dan ada yang tolong jelaskan sekaligus selit contoh-contoh yang dekat dengan audience...
Itu yang aku cuba sampaikan tadi...

Dia faham atau tidak...
50% aku yakin, TIDAK sebab kerja QA ni kau perlu berjalan di atasnya dan jangan sesekali nilai dari dasar...
Kerja QA bagi aku, kau perlu buat silap untuk kau belajar...
Sebab berdasarkan pengalamanku, aku buat 1 silap, aku akan pelajari 10 benda daripada para auditor...
Itu bagi aku lah, aku tidak tau QA yang lain...
So, kalau kau dapat bos jenis yang tau blame saja, memang kau habis...
Syukurlah aku dapat bos yang memahami dan bagi aku kepercayaan...

Especially bos lama aku, Tuan Mohd Yusri Mohd Zin...
Dia bagi aku peluang untuk walk and fall and get up balik...
No spoon fed, tapi dia sesekali tidak pernah blame bila aku buat silap...
Malahan tolong back up...
As long as aku belajar daripada kesilapan...
Sebab dia percaya aku boleh perbaiki kesilapan tu...
Cuma aku ni kenalah usaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali...

Aku pun tidak tahu sama ada aku berjaya berkongsi ilmu tadi...
Sebab aku rasanya hanya banyak membebel tanpa refer langsung dengan slide yang ada...
Harap-harap adalah yang sangkut di kepala budak tu...
Huhuhu...
Sebagai seorang speaker kini, I'm not as good as I was before...
Entah kenapa...


Rabu, Oktober 25, 2017

Satu Blog Post Satu Hari


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu blog post satu hari?
Mampukah aku?
Dengan komitmen yang bakal bertambah, macam mana tu?
Aku sering menyalahkan masa, komitmen dan tiada idea...
Stop it now, Wiwi...!!!

Aku perlu mulakan semula dari sekarang...
Dek usia yang semakin beranjak ke Asar...
Terkadang aku lupa ilham anugerah Tuhan yang datang tidak kira waktu...
Aku juga semakin samar akan beberapa pengalaman manis yang terpahat...

Justeru, aku perlu pahatkan semua di sini...
Blog ini sajalah diari yang aku ada dan masih kekal...
Diari bertulis di buku telah lama berkubur...
Entah, sejak tinggalkan zaman pembelajaran formal aku jadi semakin malas...
Malas untuk menulis...
Malas untuk berfikir dan menyusun madah serta kata-kata...
Aku tidak sepuitis dulu...

Tidak tahu bilakah kerajinan bermain dengan bahasa ini akan tiba semula...
Wallahu alam...
Harap-harap inilah titik permulaannya...
Aku rindu untuk berkongsi cerita seharian dan apa saja yang bermain di benak fikiranku...
Mungkin tiada pembaca yang berminat atau ianya tidak memberi manfaat langsung...
Tapi kalau bukan untuk orang lain, pasti harus ada buat diriku sendiri di masa depan...
Yang kini semakin dimamah usia dan mula dirisik sesuatu yang digelar LUPA...

Aku tidak mahu hari-hariku berlalu tanpa pengajaran untuk peringatanku sendiri...
Every second counts sepatutnya...
Semoga niatku ini disusuli dengan usaha yang istiqamah...
Insya Allah...

Image result for write your thoughts


Isnin, Oktober 23, 2017

Pengalaman Kena Cacar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lebih sebulan yang lalu (Raya Haji), aku terpaksa berkurung di rumah selama dua (2) minggu sebab kena cacar...
Jujur cakap, cuti memang lama tapi kena cacar ni bukan sesuatu yang best...
Sangat-sangat menyiksa jiwa dan raga...
Huhuhu...

Dimulakan dengan demam panas tiba-tiba selama tiga (3) hari...
Disusuli pula dengan munculnya bubble bubble air di badan...
Mula-mula sangka bubble air biasa sebab badan panas dek demam...
Lepas saja minum air kelapa, terus berlumba-lumba bubble cacar tu keluar...
Bila sudah confirm cacar, minum pula air kelapa lagi kali ni campur ralle (safron) dan masa itulah bubble cacar ni memenuhi segenap ruang yang ada di badan dan muka...
Aku kira kurang bernasib baiklah, sebab cacar keluar banyak di muka...


Bubble cacar yang pada awalnya hanya berisi air...
Masuk hari ketiga jadi bubble berisi air pekat, macam nanah...
Tengok muka di cermin, memang mengerikan...
Ibarat gunung berapi yang tunggu masa mau meletus gamaknya...


Masa inilah badan ni rasanya berada di tahap kelemahan yang paling lemah...
Mau bercakap pun tidak larat, inikan pula mau bergerak ke sana sini...
Makan memang kena berpantang...
Tidak boleh makan kicap, yang berminyak, yang boleh buat gatal, dan macam-macam lagi...
Pendek kata, sepanjang kena cacar aku hanya makan sup sayur/ikan/ayam dan bubur saja...
Yang paling tidak best bila bubble cacar sudah mula masak...
Wooo masa ni jangan buat main wooo...
Dia punya gatal, Allah saja yang tahu betapa seksanya...
Sudah sapu ubat gatal pun, tetap juga kuat kick gatal cacar ni...
Huhuhu...

Masa cacar, mood sentiasa di tahap menakutkan, bad mood saja...
Mak cakap lagi senang jaga baby cacar daripada orang tua bangka yang baru kena cacar ni...
Disebabkan bubble cacar memenuhi seluruh badan, memang merimaskan...
Mahu baring tidak selesa, mahu duduk tidak selesa, serba serbi tidak selesa...
Baju dengan seluar memang tidak digalakkan pakai...
Kena berkain sarung sajalah...
Sebab bila bubble cacar tu terkena baju dan pecah, baju akan melekat di bubble tu...
Masa tarik baju dari bubble, memang satu hal lagi dia punya azab...
Pedih wooo...

Melayan cacar ni berlanjutan sampai lebih kurang dua minggu...
Tidur tidak nyenyak terutamanya yang kena cacar tumbuh di muka...
Berdenyut-denyut rasanya...
Memang seksa yang amat, makan ubat apapun sakitnya tidak hilang...
Sampaikan Raya Haji pun tidak beraya aku dibuatnya...
Berkurung saja dalam bilik...
Juadah raya lagilah tidak dijamah, berpantang katanya...

Alhamdulillah...
Lepas dua minggu cacar sudah beransur sembuh...
Cuma parut bekas bubble cacar tu masih kekal sampai sekarang...
Ada yang sudah mula hilang tapi masih banyak yang masih ada...
Terutamanya di muka, berbintik sana sini...
Ikut petua sana sini, parut tu masih ada cuma sudah berkurang sikit...
Oklah tu daripada tidak hilang langsung, kan? Hehehe...

So, kesimpulannya ada beberapa pesanan untuk yang kena cacar ni...
Pertama, bila nampak ada bubble air muncul tiba-tiba segera minum air kelapa bagi keluar semua bubble tu, jangan simpan-simpan...
Petua bugis, tambah ralle (saffron) biar keluar smuanya...
Kedua, makan kena berpantang terutamanya kicap...
Ketiga, mesti mandi jangan tidak mandi pula untuk buang panas tu...
Keempat, jangan sesekali pecahkan bubble cacar tu, nanti jadi lagi teruk dan parut akan kekal...
Kelima, banyakkan minum air masak...
Kalau ada "air tawar" yang orang-orang tua tolong buatkan tu, minum saja...
Keenam dan paling penting, MA pesan jangan ambil antibiotik untuk matikan cacar...
Cacar memang akan hilang dan bubble tidak akan keluar tapi di lain masa lain hari dia akan datang balik, mungkin lagi teruk sampai tahap kayap. Haaa...

Itu saja pesanan yang terfikir buat masa ni...
Lain-lain tu, kena google sendiri lah ya...
Hehehe...
Selamat beristirahat kepada yang kena cacar tu...
Jangan marah-marah...
Hahaha...

Rabu, Oktober 18, 2017

Selamat Berehat, Uncle Haris...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Uncle Haris Herman atau lebih dikenali dengan panggilan Mister Haris R&D...
Telah kembali kepada Allah pada 16hb Oktober 2017, sekitar 11.00 malam...
Seorang penyelia R&D, seorang ayah, seorang suami, seorang sahabat dan seorang jiran yang sangat-sangat baik...
Tidak hairanlah kenapa ramai yang akan terkejut dan bersedih sewaktu menerima berita pemergian beliau...

16/10/2017, 10.51 malam...
Tidur-tidur ayamku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Kak Peni...
Bertanyakan aku ada baca khabar daripada MA Nordin dalam group whatsapp atau tidak...
Jawapanku mudah, tidak sebab aku sudahpun mula menaikkan sauh untuk berlayar ke alam mimpi...
Kak Peni kata MA Nordin maklumkan yang Uncle Haris, ayah kepada adik Hafizul dikejarkan ke Hospital Kunak menaiki ambulan ladang sebab pengsan di rumah...
Tanpa berfikir panjang dan melayan mamai, aku terus salin pakaian dan capai kunci kereta...

Aku sama-sama dengan Kak Peni meluru menuju ke Hospital Kunak yang jaraknya lebih kurang 10 minit daripada rumah kami...
Sepanjang perjalanan, hanya rasa cemas yang menyelubungi kami berdua...
Dalam fikiranku, aku terus-terus terbayang akan anak-anak Uncle Haris yang mana tiga orang daripadanya merupakan anak-anak murid tuisyen dan mengajiku...
Ya Allah, janganlah ada apa-apa yang buruk jadi pada Uncle Haris, bisik dalam hatiku sepanjang jalan...

Namun, belum sempat tiba di hospital, Kak Peni yang duduk di kerusi penumpang sebelah ku, tiba-tiba buat suara sebak...
Aku yang tengah drive, tanya berkali-kali pada Kak Peni, kenapa?!
Pertanyaan kenapa yang ntah ke berapa kali baru dijawab oleh Kak Peni...
Di dalam group whatsapp, telah dimaklumkan oleh mereka yang sudah terlebih dahulu tiba di hospital bahawa Uncle Haris sudah tiada...
Aku tidak percaya! Aku tekan pedal minyak sekuatnya sehingga tidak sedar berapa km/j keretaku telah pergi waktu itu...
Jangan! Jangan! Jangan! Itu jeritku!

Tiba di hospital, suara tangisan kedengaran olehku yang masih berada di kawasan parkir dari arah wad kecemasan...
Aku disambut oleh Mr Johari yang sedang tenangkan diri d halaman hospital dengan khabar yang sama, Uncle Haris sudah tiada...
Aku berlari menuju ruangan kecemasan...
Di sana semua yang ada sedang bermuram sedih, anak-anak Uncle Hari sudah mula mengalirkan air mata penuh kesedihan, ada yang meraung ada yang hanya tercungap menahan sebak kehilangan...

Aku langsung memeluk dua orang anak Uncle Haris (Pija & Tutu), keduanya anak muridku...
Aku cuba tenangkan kedua-duanya walhal aku sendiri tidak tenang...
Kelihatan Auntie Nordia, isteri Uncle Haris mencuba untuk tenang bagi selesaikan urusan yang diperlukan oleh pihak hospital serta dibantu dan ditemani oleh MA Nordin dan jiran-jiran kami yang ada...
Sanak saudara Uncle Haris juga sudah dihubungi pada ketika itu...

Aku bertanya pada MA Nordin akan perkara ini untuk kepastian...
Ya, memang Uncle Haris sudah tiada...
Hospital mengesahkan bahawa Uncle Haris sudah meninggalkan kami sewaktu beliau dalam perjalanan menuju ke hospital lagi sebenarnya, brought in dead kata mereka...
Punca kematian tidak dapat dipastikan tanpa bedah siasat...
Kami hanya mampu meneka, ini mungkin berpunca daripada tekanan darah tinggi yang telah dialami oleh beliau setelah sekian lama...
Kesannya mungkin pada jantung Uncle Haris...

Selang beberapa minit kemudian...
Tunangku (my TanSri), En. Yusari pun tiba...
Setibanya dia, jiran yang lain minta tolong temankan Auntie Nordia untuk buat laporan polis di IPD Kunak...
Mr Johari, aku dan Yusari pergi IPD Kunak temankan Auntie Nordia...
Dalam perjalanan, Auntie Nordia cerita detik cemas Uncle Haris...

Pukul 10 malam, Uncle Haris mengarahkan semua anak-anak masuk tidur...
Uncle Haris yang sudah baring bersiap untuk tidur tiba-tiba tersedak sesak nafas...
Hafizul, anak Uncle Haris kejutkan ibunya, Auntie Nordia dan meminta bantuan daripada jiran terdekat, Mr Mansur & Mr Johari...
Mr Mansur & Mr Johari tiba dan cuba membantu, disusuli oleh MA Nordin dan Pakcik Basir beberapa minit kemudian...
MA Nordin memberi bantuan kecemasan awal sementara menunggu ambulan ladang...
Mr Mansur juga sempat bantu menukar pakaian Uncle Haris...
Setibanya ambulan, Uncle Haris terus dihantar ke Hospital Kunak ditemani oleh isteri, anak-anak, MA Nordin serta jiran-jiran yang ada pada waktu itu...

Cerita Auntie Nordia terhenti untuk menjawab panggilan ahli keluarganya yang bertanya khabar...
Kemudiannya Auntie Nordia menelefon anak sulung mereka yang berada di semenanjung...
Auntie Nordia yang pada awalnya nampak tenang, sudah tidak mampu menahan sebak sewaktu menyampaikan berita sedih itu kepada anaknya...
Aku hanya mampu sapu belakang Auntie Nordia, mencuba menenangkan walaupun hakikatnya aku sendiri sedang menahan sebak...

Setiba di IPD, Auntie Nordia membuat laporan polis dengan tenang memberikan semua maklumat yang diperlukan...
Aku salute ketabahan beliau, aku sendiri rasanya mustahil untuk menjadi setenang itu apabila mendapat perkhabaran pahit yang berlaku pada orang yang aku sayang...

Selesai buat laporan polis, kami kembali semula ke hospital untuk prosedur selanjutnya...
Di hospital, adik beradik Uncle Haris sudah pun sampai dan beberapa lagi rakan-rakan warga Mostyn...
Bertambah-tambahlah suara meraung dan suasana sedih menyelubungi hospital...
Hmmm...

Selesai urusan menuntut jasad Uncle Haris dan pengesahan tidak mahu lakukan bedah siasat, maka secara official barulah aku blh admit yang jasad di hadapanku itu ialah jenazah arwah Uncle Haris...
Jenazah Uncle Haris dibawa masuk semula ke dalam ambulan ladang untuk dihantar ke rumah keluarganya di Tawau...
Di sanalah jenazah arwah akan diurus dan dikebumikan...
Bergeraknya ambulan dan keluarga arwah menuju Tawau, barulah satu per satu kami tinggalkan perkarangan hospital kembali ke rumah masing-masing...

Aku sampai di rumah jam menunjukkan sudah hampir 2 pagi...
Bersiram dan ambil air wudhuk...
Cuba untuk tidur namun tidak mampu terlelap sampailah ke pagi...
Dalam fikiran hanya terbayang anak-anak arwah Uncle Haris...
Aku whatsapp Hafizul, bagi kata-kata takziah dan nasihat untuk terus menerus kirimkan doa dan sedekah buat arwah bapanya...
Semoga Allah memelihara Auntie Nordia dan anak-anak seperginya Uncle Haris kepada-Nya kerana Allah lah sebaik-baik pelindung dan penjaga...


Uncle Haris & Auntie Nordia (kredit kepada keluarga arwah untuk gambar ini)

Dear Uncle Haris...
Selamat berehat dan selamat jalan...
Semoga tenang di sana dalam dakapan Allah SWT...
Insya Allah kita jumpa lagi kelak dalam syurga Allah...
Kami di sini akan sentiasa mencuba dan berusaha untuk menjaga Auntie Nordia dan anak-anak uncle...
Innaalillaahi Wainnaa Ilaihi Raajiun...
Al-Fatihah buat Allayarham Haris Bin Herman...

p/s: terima kasih uncle haris, sudi tolong kaitkan satu tandan buah kelapa masa aku kena cacar dan untuk etta yang kurang sihat baru-baru ni, walaupun kami tidak minta...