Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Satu blog post satu hari?
Mampukah aku?
Dengan komitmen yang bakal bertambah, macam mana tu?
Aku sering menyalahkan masa, komitmen dan tiada idea...
Stop it now, Wiwi...!!!
Aku perlu mulakan semula dari sekarang...
Dek usia yang semakin beranjak ke Asar...
Terkadang aku lupa ilham anugerah Tuhan yang datang tidak kira waktu...
Aku juga semakin samar akan beberapa pengalaman manis yang terpahat...
Justeru, aku perlu pahatkan semua di sini...
Blog ini sajalah diari yang aku ada dan masih kekal...
Diari bertulis di buku telah lama berkubur...
Entah, sejak tinggalkan zaman pembelajaran formal aku jadi semakin malas...
Malas untuk menulis...
Malas untuk berfikir dan menyusun madah serta kata-kata...
Aku tidak sepuitis dulu...
Tidak tahu bilakah kerajinan bermain dengan bahasa ini akan tiba semula...
Wallahu alam...
Harap-harap inilah titik permulaannya...
Aku rindu untuk berkongsi cerita seharian dan apa saja yang bermain di benak fikiranku...
Mungkin tiada pembaca yang berminat atau ianya tidak memberi manfaat langsung...
Tapi kalau bukan untuk orang lain, pasti harus ada buat diriku sendiri di masa depan...
Yang kini semakin dimamah usia dan mula dirisik sesuatu yang digelar LUPA...
Aku tidak mahu hari-hariku berlalu tanpa pengajaran untuk peringatanku sendiri...
Every second counts sepatutnya...
Semoga niatku ini disusuli dengan usaha yang istiqamah...
Insya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan