Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ooopppsss!
Terlajak beberapa hari tiada blogpost...
Maaf, my bad...
Lanjutan daripada blogpost lepas...
Telah maklum bahawa aku bakal bertukar status...
Daripada bujang kepada isteri...
Daripada Cik kepada Puan...
Jujur aku katakan sebelum ini memang aku tidak rasa apa-apa...
Sebab aku berkawan dengan si dia sudah lebih 4 tahun...
So, normal bagi aku tiada perasaan...
Tapi semenjak lebih kurang 10 hari lagi baki sebelum aku jadi isteri orang...
Debaran sudah mula terasa...
Apabila aku tengok barang hantaran yang sudah mula digubah...
Dup Dap Dup Dap rasanya...
Kelmarin (semalam bagi semenanjung)...
Orang kampung sibuk buat serapo samping...
Serapo ni sebenarnya khemah yang menggunakan buluh dan kanvas...
Sebagai bumbung untuk orang dapur boleh bekerja di bawahnya...
Di dalam serapo tu pula dibuatkan pangkin untuk buat kerja-kerja dapur...
Kalau dulu serapo ni bukan setakat serapo samping untuk mak-mak buat kerja...
Tapi ada juga serapo utama untuk letak pelamin dan tetamu yang hadir...
Memandangkan zaman sudah berubah dan makin mudah...
Serapo utama kini digantikan dengan kanopi saja...
The best thing about being anak bugis ni...
Alhamdulillah sampai sekarang aku masih sempat rasakan adat ukhwah masyarakat bugis...
Serapo itu cuma perlu 2-3 orang saja untuk siapkannya...
Tapi disebabkan ianya sebagai satu aktiviti kemasyarakatan, maka berpuluh-puluh kaum lelaki sekitar Mostyn ni datang untuk sama-sama membantu walau cuma sekadar bantu tengok saja...
Masa ni lah suara riuh rendah kedengaran...
Yang lelaki sibuk dengan buluh, kanvas, tali, tukul dan pakunya...
Manakala yang kaum ibu pula sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk kaum bapa yang sedang bekerja berat di luar...
Syukur pada Allah, aku sempat merasakan ini semua di majlis perkahwinanku...
Ramai lagi anak bugis yang lain tapi hidup di bandar tidak merasakan ini...
Dek kekangan masa, ruang dan masyarakat setempat...
Bila aku tengok serapo sudah hampir siap dipasang...
Bertambah laju debaran di dadaku...
Macam konsert metallica pun ada sudah rasanya...
Ya Allah, aku macam tidak percaya serapo kali dinaikkan untuk aku...
Sebelum ni hanya untuk sepupu-sepupu ku...
Tapi kali ini untuk kau, Wiwi...!!!
Aku bakal melangkah ke satu fasa hidup yang baru...
Hanya tinggal beberapa hari lagi...
Banyak yang perlu aku ubah dan upgrade...
Especially sikap toleransi...
Ouh, aku suka memberi tapi tidak suka berkongsi...
Contoh, kalau aku makan sesuatu dan ada orang mintak...
Aku tidak akan bagi yang aku tengah makan tu...
Tapi aku akan belikan yang baru untuk bagi dia...
Perumpaannya begitu...
Lepas ni aku akan berkongsi hampir semua yang aku ada...
Sebelum ni tidur katil King size seorang, lepas ni kena kongsi...
Sebelum ni sabun mandi guna seorang, lepas ni kena kongsi...
Sebelum ni kemas rumah ikut suka hati, lepas ni kena kongsi pendapat...
Sooo, terlalu banyak untuk dikongsi...
Semoga aku mampu mendidik sikap toleransi ku...
Sebab kalau semua mahu beli baru padahal boleh kongsi, agak membazir pula kan nanti...
Hehehe...
Banyak yang mau diupgrade pasal aku kena hidup berdua ni...
Harap aku mampu dan semoga dia bersabar!
Hahaha...
(bakal berlaku ni nanti rasanya. hahaha...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan