Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Uncle Haris Herman atau lebih dikenali dengan panggilan Mister Haris R&D...
Telah kembali kepada Allah pada 16hb Oktober 2017, sekitar 11.00 malam...
Seorang penyelia R&D, seorang ayah, seorang suami, seorang sahabat dan seorang jiran yang sangat-sangat baik...
Tidak hairanlah kenapa ramai yang akan terkejut dan bersedih sewaktu menerima berita pemergian beliau...
16/10/2017, 10.51 malam...
Tidur-tidur ayamku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Kak Peni...
Bertanyakan aku ada baca khabar daripada MA Nordin dalam group whatsapp atau tidak...
Jawapanku mudah, tidak sebab aku sudahpun mula menaikkan sauh untuk berlayar ke alam mimpi...
Kak Peni kata MA Nordin maklumkan yang Uncle Haris, ayah kepada adik Hafizul dikejarkan ke Hospital Kunak menaiki ambulan ladang sebab pengsan di rumah...
Tanpa berfikir panjang dan melayan mamai, aku terus salin pakaian dan capai kunci kereta...
Aku sama-sama dengan Kak Peni meluru menuju ke Hospital Kunak yang jaraknya lebih kurang 10 minit daripada rumah kami...
Sepanjang perjalanan, hanya rasa cemas yang menyelubungi kami berdua...
Dalam fikiranku, aku terus-terus terbayang akan anak-anak Uncle Haris yang mana tiga orang daripadanya merupakan anak-anak murid tuisyen dan mengajiku...
Ya Allah, janganlah ada apa-apa yang buruk jadi pada Uncle Haris, bisik dalam hatiku sepanjang jalan...
Namun, belum sempat tiba di hospital, Kak Peni yang duduk di kerusi penumpang sebelah ku, tiba-tiba buat suara sebak...
Aku yang tengah drive, tanya berkali-kali pada Kak Peni, kenapa?!
Pertanyaan kenapa yang ntah ke berapa kali baru dijawab oleh Kak Peni...
Di dalam group whatsapp, telah dimaklumkan oleh mereka yang sudah terlebih dahulu tiba di hospital bahawa Uncle Haris sudah tiada...
Aku tidak percaya! Aku tekan pedal minyak sekuatnya sehingga tidak sedar berapa km/j keretaku telah pergi waktu itu...
Jangan! Jangan! Jangan! Itu jeritku!
Tiba di hospital, suara tangisan kedengaran olehku yang masih berada di kawasan parkir dari arah wad kecemasan...
Aku disambut oleh Mr Johari yang sedang tenangkan diri d halaman hospital dengan khabar yang sama, Uncle Haris sudah tiada...
Aku berlari menuju ruangan kecemasan...
Di sana semua yang ada sedang bermuram sedih, anak-anak Uncle Hari sudah mula mengalirkan air mata penuh kesedihan, ada yang meraung ada yang hanya tercungap menahan sebak kehilangan...
Aku langsung memeluk dua orang anak Uncle Haris (Pija & Tutu), keduanya anak muridku...
Aku cuba tenangkan kedua-duanya walhal aku sendiri tidak tenang...
Kelihatan Auntie Nordia, isteri Uncle Haris mencuba untuk tenang bagi selesaikan urusan yang diperlukan oleh pihak hospital serta dibantu dan ditemani oleh MA Nordin dan jiran-jiran kami yang ada...
Sanak saudara Uncle Haris juga sudah dihubungi pada ketika itu...
Aku bertanya pada MA Nordin akan perkara ini untuk kepastian...
Ya, memang Uncle Haris sudah tiada...
Hospital mengesahkan bahawa Uncle Haris sudah meninggalkan kami sewaktu beliau dalam perjalanan menuju ke hospital lagi sebenarnya, brought in dead kata mereka...
Punca kematian tidak dapat dipastikan tanpa bedah siasat...
Kami hanya mampu meneka, ini mungkin berpunca daripada tekanan darah tinggi yang telah dialami oleh beliau setelah sekian lama...
Kesannya mungkin pada jantung Uncle Haris...
Selang beberapa minit kemudian...
Tunangku (my TanSri), En. Yusari pun tiba...
Setibanya dia, jiran yang lain minta tolong temankan Auntie Nordia untuk buat laporan polis di IPD Kunak...
Mr Johari, aku dan Yusari pergi IPD Kunak temankan Auntie Nordia...
Dalam perjalanan, Auntie Nordia cerita detik cemas Uncle Haris...
Pukul 10 malam, Uncle Haris mengarahkan semua anak-anak masuk tidur...
Uncle Haris yang sudah baring bersiap untuk tidur tiba-tiba tersedak sesak nafas...
Hafizul, anak Uncle Haris kejutkan ibunya, Auntie Nordia dan meminta bantuan daripada jiran terdekat, Mr Mansur & Mr Johari...
Mr Mansur & Mr Johari tiba dan cuba membantu, disusuli oleh MA Nordin dan Pakcik Basir beberapa minit kemudian...
MA Nordin memberi bantuan kecemasan awal sementara menunggu ambulan ladang...
Mr Mansur juga sempat bantu menukar pakaian Uncle Haris...
Setibanya ambulan, Uncle Haris terus dihantar ke Hospital Kunak ditemani oleh isteri, anak-anak, MA Nordin serta jiran-jiran yang ada pada waktu itu...
Cerita Auntie Nordia terhenti untuk menjawab panggilan ahli keluarganya yang bertanya khabar...
Kemudiannya Auntie Nordia menelefon anak sulung mereka yang berada di semenanjung...
Auntie Nordia yang pada awalnya nampak tenang, sudah tidak mampu menahan sebak sewaktu menyampaikan berita sedih itu kepada anaknya...
Aku hanya mampu sapu belakang Auntie Nordia, mencuba menenangkan walaupun hakikatnya aku sendiri sedang menahan sebak...
Setiba di IPD, Auntie Nordia membuat laporan polis dengan tenang memberikan semua maklumat yang diperlukan...
Aku salute ketabahan beliau, aku sendiri rasanya mustahil untuk menjadi setenang itu apabila mendapat perkhabaran pahit yang berlaku pada orang yang aku sayang...
Selesai buat laporan polis, kami kembali semula ke hospital untuk prosedur selanjutnya...
Di hospital, adik beradik Uncle Haris sudah pun sampai dan beberapa lagi rakan-rakan warga Mostyn...
Bertambah-tambahlah suara meraung dan suasana sedih menyelubungi hospital...
Hmmm...
Selesai urusan menuntut jasad Uncle Haris dan pengesahan tidak mahu lakukan bedah siasat, maka secara official barulah aku blh admit yang jasad di hadapanku itu ialah jenazah arwah Uncle Haris...
Jenazah Uncle Haris dibawa masuk semula ke dalam ambulan ladang untuk dihantar ke rumah keluarganya di Tawau...
Di sanalah jenazah arwah akan diurus dan dikebumikan...
Bergeraknya ambulan dan keluarga arwah menuju Tawau, barulah satu per satu kami tinggalkan perkarangan hospital kembali ke rumah masing-masing...
Aku sampai di rumah jam menunjukkan sudah hampir 2 pagi...
Bersiram dan ambil air wudhuk...
Cuba untuk tidur namun tidak mampu terlelap sampailah ke pagi...
Dalam fikiran hanya terbayang anak-anak arwah Uncle Haris...
Aku whatsapp Hafizul, bagi kata-kata takziah dan nasihat untuk terus menerus kirimkan doa dan sedekah buat arwah bapanya...
Semoga Allah memelihara Auntie Nordia dan anak-anak seperginya Uncle Haris kepada-Nya kerana Allah lah sebaik-baik pelindung dan penjaga...
Dear Uncle Haris...
Uncle Haris & Auntie Nordia (kredit kepada keluarga arwah untuk gambar ini)
Dear Uncle Haris...
Selamat berehat dan selamat jalan...
Semoga tenang di sana dalam dakapan Allah SWT...
Insya Allah kita jumpa lagi kelak dalam syurga Allah...
Kami di sini akan sentiasa mencuba dan berusaha untuk menjaga Auntie Nordia dan anak-anak uncle...
Innaalillaahi Wainnaa Ilaihi Raajiun...
Al-Fatihah buat Allayarham Haris Bin Herman...
p/s: terima kasih uncle haris, sudi tolong kaitkan satu tandan buah kelapa masa aku kena cacar dan untuk etta yang kurang sihat baru-baru ni, walaupun kami tidak minta...
p/s: terima kasih uncle haris, sudi tolong kaitkan satu tandan buah kelapa masa aku kena cacar dan untuk etta yang kurang sihat baru-baru ni, walaupun kami tidak minta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan