Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lupa mahu bagitahu...
Hahaha...
Alhamdulillah, 9hb Julai 2017 aku secara rasminya bergelar tunangan kepada En. Yusari Bin Mohammad...
Actually, bukanlah majlis tunang macam orang biasa buat tu...
Sarung-sarung cincin bagai...
No, no, no...
Itu semua tiada, sebab etta (my dad) tidak mahu, membazir katanya...
So, pertunangan ni kami panggil "majlis bicara"...
Maksudnya perbincangan kedua belah pihak keluarga untuk tetapkan tarikh perkahwinan dan berapa jumlah wang hantaran dan mas kahwin...
Dipendekkan cerita, tarikh majlis pernikahan kami telah pun ditetapkan...
Insya Allah pada 11/11/2017 nanti...
Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan jiran-jiran serta sahabat-sahabat yang hadir baik dari pihak kami mahupun pihak lelaki...
Terima kasih mak dan etta, sebab menerima calon menantu lelaki tunggal kamu ni apa adanya...
Finally, ada juga calon menantu yang mamaku berkenan selepas reject ntah berapa orang...
Hahaha...
Terima kasih juga kepada keluarga Mamakiah kerana sudi terima aku yang bulat ni sebagai menantu...
Namun begitu...
Empat (4) bulan menanti hari bertukar status, bukanlah seindah bunga-bunga cinta...
Bergelar darah manis ni, punyalah banyak dugaannya, hoooiii...
Patutlah orang tua-tua bilang jangan tunang lama-lama...
Memang banyak betulnya cakap dorang tu...
Tipulah kalau ada yang bilang tidak pernah ada dugaan darah manis walaupun sebesar kuman...
Bergelar si darah manis bukan bermaksud kau sedang berdarahkan gula atau menghidap diabetis...
Tapi darah manis ni ibarat kau sedang menjadi dambaan untuk buat syaitan craving mahu menjilat dan menikmati kesabaran serta keimananmu, eceeehhh...
Masa inilah kita akan digoda, dihasut dan difitnah macam-macam dek kerja syaitan sefamili...
Sebab apa? Sebab syaitan ni tidak suka kalau anak cucu Nabi Adam mendirikan masjid aka rumah tangga...
Pernikahan ni kan menghalalkan sesuatu hubungan yang asalnya haram...
Sooo, mestilah syaitan benci kalau kita mahu kahwin kan?
Mahu dijadikan cerita, sepanjang tempoh aku bergelar darah manis ni, aku memang disirami oleh drama...
Semakin dekat hari bahagia, dugaan yang datang juga semakin memberat..
Emosi dan kesabaran yang semakin terganggu...
Dan mental yang semakin mental...
Hahaha...
Contohnya...
Tengah hari jumpa, lunch sama-sama...
Ketawa-ketawa cerita kenangan yang sweet-sweet...
Tapi bila balik jek bercakap dalam telefon, 5 saat jek bahagia lepas tu dekat 5 jam begaduh sampai nanges nanges...
Drama sungguh!
Apa yang digaduhkan dan dinangiskan pun, aku sendiri tidak tahu...
Hahaha...
Emosi...
Aku tidak pasti aku saja atau semua orang yang bertunang akan alami benda ni...
Emosi memang out, susah mau kawal...
Benda kecik pun boleh bikin perang dunia ketiga, keempat, infiniti...
Bayangkan kalau yang digaduhkan memang benda sudah sedia besar, macam mana tu agak-agak?
Haaa...
Jangan kata si dia, kawan-kawan opis termasuk boss tu pun aku marah...
Hahaha...
Sorry semua, mohon memahami...
Masa ni, Allah saja yang tahu emosi kedua-dua hamba-Nya ni...
Kalau kami bergaduh, memang ambil masa yang lama...
Salah seorang wajib mengalah dulu supaya benda tu tidak jadi lagi teruk...
Dan bagi yang kenal aku, sudah tentu boleh agak siapa yang akan mengalah kan?
Hahaha...
Syukurlah aku dapat calon suami yang cool dan steady jek...
Mestilah dia yang selalu menenangkan aku kalau tantrum ku tiba-tiba datang...
Dia pandai pujuk...
Tau macam mana? Sama ada dia akan ajak lunch atau bawakan apa jenis makanan untuk aku...
Sure perang dunia tu akan tiba-tiba aman...
Sambil makan tu, sambil dia pujuk lah minta maaf apa semua...
Walaupun bukan dia yang salah pada logiknya...
Hehehe...
So, pengajarannya lelaki kena banyak bersabar dan belajarlah skill pujuk pasangan anda...
Seterusnya, rasa insecure...
Yang ni, dua-dua pihak akan rasa...
Bila bercintan cintun tu, dunia rasanya hanya milik kita berdua...
Tapi bila sudah menghitung hari ni, ada saja yang datang menjengah...
Entah, time ni lah pula tiba-tiba saham naik...
Hahaha...
Ada saja yang cuba untuk masuk line...
Kau apahal???
Aku tunang dia, dia tunang aku lah weeeyyyhhh!
Kau dan kau p main jauh-jauh cari orang lain...
Jeles menjeles ni, jangan cakaplah plak...
Even dengan rakan sekerja dia yang aku sudah kenal lama, pun aku boleh jeles...
Sama juga dengan dia, kawan-kawan aku yang dari baby pun dijeleskan nya...
Hahaha...
Masalah kewangan, paling menyebalkan...
Dua-dua ada gaji...
Tapi selalu rasa eh mana gaji aku???
Ada saja tempat duit tu mahu dibelanjakan yang buat dia tidak dapat disimpan lama...
Baru-baru ni, aku kena tukar enjin kereta sebab salah dan bongok aku sendiri...
Ber"K K" lah juga bunyinya mahu ongkos enjin baru tu...
Si dia plak, cukuplah nilai wang hantaran yang famili ku minta buat dia tidak dapat tidur seminggu...
Hahaha...
Manakala bab-bab urusan hal majlis kahwin pula...
So far, macam kurang masalah...
Sebab semuanya diuruskan oleh orang tua kami...
Yang budak-budak macam kami ni, diorang kata jangan menyibuk...
Hehehe...
Aku hanya uruskan hal-hal yang runcit-runcit saja...
Macam tempah kad jemputan, door gifts dan barang hantaran...
Same goes to him...
Since tempat lelaki tiada majlis sanding...
Di sana nanti hanya ada majlis bertandang dan doa selamat saja...
Jadi dia rileks sikit berbanding aku...
Oh ya, mak aku pilih tema bollywood...
Minat sangat dia dengan hindi sejak aku belum lahir lagi rasanya...
Hehehe...
Syukurlah, aku ada geng senamrobik dan gender committee yang aktif...
Tanpa diminta sudi offer diri untuk buat persembahan...
Siap sanggup datang latihan setiap petang...
Daaannn belum apa-apa sudah terlebih dulu siapkan baju hindi masing-masing...
Special special special thanks buat MA Nordin yang bersusah payah buat step dan susun atur persembahan...
Lebih 10 lagu hindustan, kaaauuu...
Hahaha...
Thanks juga buat Team Instructors Mostyn yang banyak bagi sokongan setiap malam datang latihan...
Tidak dilupakan adik-adik yang turut bakal sumbangkan persembahan nanti...
Wooopppssss...
Sampailah pula kita kepada ticking bomb bagi segala dugaan darah manis ni...
Perasaan ragu-ragu...
Yang ni paling melampau bebenau dugaannya...
Mula-mula dengar orang cerita, aku tidak percaya...
But yesss, aku sudah alami...
Baru saja kelmarin...
Hahaha...
Tiba-tiba aku rasa seperti tidak mahu kahwin...
Rasa tidak mahu berpisah dengan mak, etta dan uncle...
Rasa belum bersedia untuk menjadi isteri orang dan dijaga oleh orang lain...
Apatah lagi bila baru saja bergaduh besar, teruslah rasa mahu cancel semuanya...
Walhal tinggal lagi beberapa hari jek lagi ni...
Adeeehhh...
Masa ni, segala kewarasan dah hilang rasanya...
Yang tinggal hanyalah perasaan kasih dan sayang pada keluarga sendiri...
Bila duduk nanges sendiri, terbayang susah payah mak, etta dan uncle untuk jayakan majlis ni...
Terbayang juga susah payah keluarga si dia yang banyak berkorban untuk semua ni...
Senang-senang saja aku mahu batalkan hanya kerana mainan emosi dan bisikan syaitan...
Empat tahun aku dengan si dia tunggu detik ni, macam tu saja aku mahu musnahkan...
Ya Allah...
Hampir saja aku robohkan masjid yang hampir siap dibina...
Ini semua dek kerja syaitan yang suka menghasut dan bermain dengan emosi kita...
Alhamdulillah, berbekalkan iman seciput yang ada, aku diberikan petunjuk dari Allah...
Sekaligus membolehkan aku membuang jauh perasaan bodoh yakni rasa ragu-ragu yang suka-suka hati mahu batalkan majlis kami ni...
Huhuhu...
Pesanku, bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal untuk melayari tempoh bertunang...
Itu baru dugaan bertunang, belum dugaan di alam perkahwinan lagi...
Belajar untuk mula menjadi pemberi sokongan buat pasangan...
Belajar untuk hidup susah dan senang bersama pasangan...
Belajar untuk tidak mengungkit, jauhkan perangai suka menyindir atau bagi ayat sarkastik...
Dia bakal menjadi pintu syurgaku...
Banyak benda lagi yang perlu aku belajar, terutamanya bab emosi dan lontaran kata-kata...
Aku dibesarkan sebagai anak tunggal perempuan yang dimanjakan...
Tentu saja aku jenis suka memberontak bila tidak dipenuhi kemahuanku...
Terbiasa dan telah menjadi habit sejak kecil...
Mampukah dia menjinakkan aku dan menjaga aku serta jadikan aku isteri yang solehah???
Wallahu 'alam...
Semoga dia bersabar dalam melenturku dan melayan karenahku...
Semoga Allah melindungi dan memberkati hubungan kami hingga ke Syurga-Nya...
Aku juga memohon agar aku dan si dia diberikan kesabaran yang kuat untuk melalui semua dugaan yang datang kelak...
Kepada semua pembaca, mohon doakan kami...
Agar kami diberikan jodoh yang berkekalan...
Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...
Serta diberikan rezeki, kesejahteraan, kebahagiaan dan kasih sayang Allah...
Hingga ke Syurga Allah SWT...
Insya Allah, Amin...
Akhir kalam...
Semua orang pasti akan rasa apa yang aku rasa kini...
Dugaan darah manis...
Yang membezakan cuma jenis dugaan dan besar atau kecil saja masalah yang dihadapi...
Kita ditakdirkan sudah sampai di pintu destinasi...
Satu kaki sudah di dalam, hanya perlukan kesabaran dan ketabahan sikit lagi untuk masuk pintu perkahwinan tu...
Saya doakan anda, anda dan anda semua diberikan kekuatan yang hebat untuk hadapi semua dugaan...
Selamat bertunang dan selamat pengantin baru in advance!
Hehehe...