Hahaha...
Sebenarnya aku mau post pasal ni sudah agak lama, tapi asyik kena hidung sendiri jek...
Sakit lah plak, kan...
Hahaha...
Tapi aku terpanggil balik untuk buka cerita ni sebab aku ada tengok satu cerita Melayu...
Tajuknya Raya Tanpa Wayar...
Tiada kaitan secara langsung pun sebenarnya, tapi adalah beberapa scene dalam cerita tu yang buat aku terasa untuk post pasal isu lama ni...
Semua orang tau, ayat cliche yang paling femes ialah "Payahnya nak faham perempuan..."
Payah, kan??? Saaangat payah!!!
Aku pun sampai kadang2 fed up mau layan karenah perempuan...Eh???
Hohoho...
Meh2 aku cerita pasal hati wanita yang sangat suka curiga...
Kenapa ya???
Apa yang aku perasan, based on pengalaman sendiri dan perhatian sebab2nya ialah...
1. Boypren dia tu dalam kategori jejaka hot malaya.
2. Wanita mudah rasa kurang diberi perhatian.
3. Boypren dia membosankan atau terlalu cool memanjang.
4. Rasa tersaing dengan kawan2 perempuan sendiri dan kawan2 perempuan boypren.
5. Wanita tu ada status, so sepatutnya relationship tu dalam kategori perfect ikut plan dia.
6. Rasa tergugat untuk title "the sweet or the best couple".
7. Boypren mula tunjuk diri sebenar, yang kononnya lain daripada masa mula2 dulu.
8. Masing2 kurang spend masa untuk berbicara, TIDAK macam pasangan lain.
9. Rasa tidak disayangi lagi, sebab lelaki kurang sensitif dan LAMPI untuk memahami.
So, sudahnya...
Tu yang cepat merajuk dan hal remeh pun dibuat topik argument...
Sebabnya mudah jek, wanita senang sangat2 rasa insecure dan rasa tidak disayangi LAGI...
Bila hati wanita sudah dikawal oleh rasa curiga tu, tu yang datang ungkapan "Payah nak faham" tu...
Sebabnya, mereka expect some extraordinary effort from the guy untuk baiki situasi...
Untuk buktikan apa yang dicurigakan itu, sangat2 tidak benar...
Tapi bila buat acuh tak acuh jek, memang lagi melenting lah cik kak kita tu...
Sebab mereka mahukan perhatian, mahukan pembuktian, untuk meyakinkan...
Ingat senang ke, dengan hati yang masih lagi ragu2 dan lelaki plak selalu buat dek jek, cik kak tu kena tadah semua hasutan dan gossip2 liar yang memang sedang menguji hubungan tu...
Lebih2 lagi kaum gegirl ni, memang kuat bawa cerita...
Telinga sapa yang tahan kalau ada cerita gossip pasal boypren, tapi dia tidak mampu untuk bela boypren dia sebab mostly fakta yang dibangkitkan oleh kawan2 perempuan tu dengar dan nampak MACAM BETUL...
Haaaaa...
Aku tau, aku tau memang leceh lah perempuan ni sebab suka dengar cakap orang lain...
Sampaikan satu tahap, bila boypren tu tiada kawan perempuan untuk dijeleskan...
Jeles dengan kawan lelaki boypren pun boleh, jeles melampau2 plak tu...
Dah namanya kena hasut, apa2pun boleh dipercaya...
Sebab paling terang lagi bersuluh, dah cik abang tidak menangi hati cik kak kita tu, memanglah dia mudah goyah...
Cuba tengok contoh lain, ada juga wanita yang setiap hari jadi punching bag tapi tetap redha...
Kenapa plak tu???
Sebabnya, hati dia sudah di conquer oleh cik abang dia lah...
So, kalau cik2 abang mahu tengok miracle yang mampu gelpren cik abang boleh buat, cubalah pegang kukuh hati cik akak kita tu...
Jaga elok2, baja, sirami dengan quote2 sweet, upgrade effort hari demi hari...
Tips2 boleh dapatkan dari video2 Ustaz Kazim...
Hehehe...
Mesti dia akan bagi yang paling terbaik untuk lelaki yang dia sayang tu...
Apa yang kami perlukan, hanyalah sedikit bukti yang kami disayangi dan rumors yang kami dengar tu, tidak benar...
Kesimpulannya, aku akui...
Wanita memang leceh dan agak payah untuk difahami...
Sebenarnya tidak payah faham, cukup sekadar spend sedikit masa dan cuba jangan buat rasa curiga tu menguasai hati dia...
Kalau tidak, tu yang jadi macam2 pertengkaran dan hal2 yang menjengkelkan...
Salah satunya, rapat semacam dengan lelaki lain melebihi boypren sendiri...
Tu semua bukannya buat dia bahagia pun, nampak jek macam dia lagi bahagia dengan lelaki lain tu...
Semua tu hanyalah bertujuan untuk jeleskan boypren dia jek pun...
Nak perhatian lah katakan...
Huhuhu...
Tapi nanti bila dah dapat influence hati dia, cubalah sekolahkan dia pasal relationship in your way plak...
Perempuan boleh jek give and take, lagi suka kalau ada idea dua hala...
Mula2 jek nampak kaki queen control tu...
Just jangan dibiarkan jelah, nanti memanglah dia naik minyak...
Pandai2lah kawal, itu yang dinamakan KEPENTINGAN KOMUNIKASI...
Janganlah sorang ke utara, sorang ke selatan plak...
So, aku harap aku dapat reveal sedikit sebanyak pasal hati wanita yang fragile ni...
Huk huk huk...
Diharapkan sapa2 kaum adam yang baca ni, faham2lah apa yang perlu dibuat ye bila cik kak asyik mula nak cari gaduh atau suka merajuk...
Nak perhatian semata2 jek dia tu, so bagilah sikit perhatian...
Plus, cuba tawan hati kawan2 dia juga...
Bukan suruh tackle, tapi supaya dorang ada kepercayaan pada kamu...
Jadi tidak lah dorang akan simply bawa mulut dan buat2 cerita gossip pasal kamu kat gelpren kamu tu...
Jangan lah ikut sangat falsafah "Biar tindakan dan masa yang membuktikan segalanya..."
Bukan semua wanita se"tough" itu, yang boleh adapt dengan relationship yang kurang komunikasi...
Jadi, mana2 yang rasa masih boleh baiki hubungan yang sedikit retak tu, baiki lah ye...
Dalam relationship, lelaki kena bijak lebih...
Sebab perempuan bila dah in relationship, bingai dia menjadi2 sikit...
Hahaha...
Emosi lagi mudah menguasai daripada akal fikiran...
Apa2pun, CEMBURU WANITA ITU TANDANYA SAAAYANG...
p/s: eh2, ada orang butt hurt lah...sapa tu??? aku lah!!! sepanjang aku menaip, semua fakta macam asyik smash batang hidung aku jek...huhuhu...
p/s lagi: semua gambar2 sekadar hiasan...terima kasih kepada semua owner gambar2 tu ye...
p/s lagi: semua gambar2 sekadar hiasan...terima kasih kepada semua owner gambar2 tu ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan