"Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar...
Laa Ilaaha Illallaahu Wallaahu Akbar...
Allaahu Akbar Walillaahil Hamd..."
Takbir raya bergema dari segenap ruang yang kedengaran olehku...
Sama ada daripada radio streaming yang aku pasang dalam bilik, mahupun masjid yang terdekat dengan TPM ni...
Sayu jek aku rasa malam raya tahun ni...
Apa tidaknya, terpaksa beraya sorang2 di hostel jek...
Tidak dapat balik beraya akibat kekangan komitmen pengajian...
Aku redha...
Walaupun rindu pada keluarga dan kampung tu sangat kuat...
Aku kena hadapi juga, kerana inilah pengorbanan yang perlu aku lakukan sebagai seorang pelajar yang belajar di perantauan...
Dek kerana aku tidak mahu rasa sangat sunyi dah sedih...
Aku sibukkan diri dengan kemas bilik aku ni...
Semua perkakas yang ada aku basuh balik bagi lagi bersih dan susun elok2...
Sekali sapu2 bilik, buang sawang, dan mop lantai dua kali, sekali guna anti-septic, pastu sekali lagi mop guna pewangi...
Tapi tough ku hanya sementara jek...
Mula2 Uncle Zai call, aku masih boleh maintain cool...
Tapi bila Mak dengan Etta yang call cakap di rumah tu hanya ada dorang berdua jek...
Aduhhh...Berderai laju air mataku...
Rinduuu...
Rasa mau jek aku terbang balik ke Sabah masa tu jugak...
Huhuhu...
Sesudah bicara dengan mak dan etta...
Aku menyeka air mata dan menyambung selesaikan kerja2 mengemas yang masih bersisa...
Kemudian, sekitar pukul 12 tengah malam henpon aspen ku berdering...
Menerima panggilan daripada seseorang yang sangat2 aku tidak sangka...
Walaupun sangat teragak, aku cuba untuk menjawab dengan intonasi biasa...
Suara itu, suara yang sudah lama tidak memanggil nama "Kak Andi" dia ni dengan penuh keriangan...
Alhamdulillah, malam raya ini sungguh penuh debgan berkah dan hikmahnya...
Dalam linangan air mata kesedihan berjauhan daripada keluarga...
Air mata ini juga mengalir kerana kegembiraan dan bersyukur kepada Allah...
Adik yang selama ini menghukum Kak Andi dia ni kerana emosi...
Kini kembali mengungkap kata maaf yang sangat bermakna di malam raya ini...
Mohon maaf juga daripada Kak Andi buat kamu...
Kak Andi pun banyak buat silap dan menyusahkan kamu sebelum ni...
Huhuhu...
Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku yang memohon agar hubungan aku dengan adik junior aku sorang tu beransur elok...
Syukran Yaa Allah, hadiah yang sangat bermakna daripada-Mu di malam raya...
Silaturrahim yang dulu goyah, kini tersimpul erat semula...
Segala puji bagi-Mu, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan