Bismillahirrahmanirrahim...
Hmmm...
Mengeluh panjang aku sekarang ni...
Sebab tadi dok sedap2 tidur, ada call emergency masuk...
Check tengok, "TPM Teha Dolah" calling...
Ingatkan menantu call kejut bangun sahur, terharu lah jugak...
Hehehe...
Tapi bila tengok jam, 2.06 am...
Sahur apa time ni???
Tup tup, rupa2nya dia mahu bagitau yang ada seorang junior (baru masuk sebulan) kena "histeria"...
Beristighfar panjang aku, buka mata luas2 untuk pastikan ini bukan mimpi...
Cepat2 bersiap sekali call Sabrina minta dia tolong apa2 yang patut nanti...
Baguslah, dia datang pakej dengan Suri sekali...
Then rush turun bawah, budak tu ada di depan kolej (depan pintu pagar)...
Dari kejauhan, aku dengar suara lelaki ramai2 baca Ayat Kursi...
Bila sampai jek di kawasan tu, Masha Allah...
Tiba2 aku rasa mau marah jek, sebab ada lebih kurang 5-6 orang lelaki tengah pegang dan "control" budak tu...
Dan dah habis lencun basah budak perempuan tu dok dijirus air dari tadi...
Dalam hati aku, "Aih, ni mazhab mana plak ni lelaki bersinglet berseluar pendek pegang genggam budak perempuan kecik pastu baca Ayat Kursi sekuat2nya ni???"
Aku sampai jek, terus aku take over budak tu dari seorang budak lelaki yang berseluar pendek yang sedari dari jadi "sandro" buat budak perempuan tu...
Haih, rupanya sudah lama budak ni dok kena torture dengan budak2 lelaki ni...
Daripada bertudung, ntah p mana2 tudung dia...
Apa jenis lelaki2 lah dorang ni???
Aku tau niat dorang mahu tolong tapi bukan begitu caranya...
Punyalah ramai perempuan lain di situ yang boleh tolong pegang...
Hmmm...
Aku cuba sapu air di muka dia, pastu hembus sket2 kat ubun2 dia...
Dia tidak bagi respon, so aku taulah "benda" tu bukan "lepak" di bahagian kepala...
Pastu yang aku geram, dalam aku sibuk2 tu ada jugak yang menyibuk "macam tau semua benda" dok tanya sana sini, ajar aku plak macam2...
Eh2, padahal dia yang dah buat kat budak perempuan tu dah dekat sejam, "benda" tu tak pegi pun...
Ni mau ajar aku plak???
Haissshhh...
Lepas tu, aku cuba turun ke bahagian kaki...
Guna bawang putih dan "senjata" yang aku biasa guna...
Alhamdulillah, "dia" setuju nak tinggalkan badan budak perempuan tu...
Then aku p cakap sket2 dengan budak tu, minta dia ucap Dua Kalimah Syahadah, Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan Istighfar...
Kemudian, aku biar dia balik bilik ditemankan kawan2 perempuan dia yang lain sekali bagi air yang aku dah baca ayat berubat...
Yang aku rimas tu, budak2 lelaki yang sedari tadi tak reti2 lagi nak gerak balik...
Ya, aku tau kamu semua concern...
Tapi bukan dengan menghurung budak perempuan tu dan pegang sana sini tanpa batasan...
Buka tudung dia sesuka hati...
Mana pergi kehormatan dia sebagai seorang perempuan kamu buat macam tu???
Padahal ADA RAMAI KAWAN2 PEREMPUAN LAIN DI SITU yang boleh tolong pegang...
Yang "sandro" tu pun, kalau tau sangat nak handle "benda" tu, dia sepatutnya minta tolong bdk perempuan yang lain tolong, bukannya dengan menyuruh dorang plak yang p naik bilik...
Hmmm...
Tapi Alhamdulillah, semuanya reda dalam masa 10 minit jek lepas aku sampai...
"Benda" tu pun sebenarnya marah dengan budak perempuan tu sebab dah tau ada "lubuk" tapi keluar tengah2 malam dan balik pukul 1-2 pagi...
Memang mendapatlah, kan...
Jangan ingat bulan2 puasa ni, benda2 ni semua tiada...
Yang diikat hanyalah syaitan, iblis...
Semua ni pula, kerja2 jin...
Part mana yang paling best untuk dijadikan story malam ni???
Part bila dah settle semua, aku berborak dengan a few students yang dah setahun jadi junior aku...
Dorang cerita balik apa yang sebenarnya berlaku sebelum aku dipanggil pasal benda ni...
Rupa2nya, "sandro-wanna-be" tu dah siap tampar budak perempuan sebab "benda" tu tak mau pegi...
DAYUS GILA budak lelaki tu...
Aku ni, sepanjang aku berubat kes2 macam ni, aku pun tidak pernah tampar anak orang...
Paling kasar pun, aku pukul2 tapak kaki orang yang kena tu...
Ni dia p bagi PENAMPAR, haaa...
Aduhhh!
Lain dari tu, macam2 lah lagi rupanya yang sudah berlaku hampir sejam di bawah tu rupanya, sebelum aku dipanggil turun untuk tolong...
Itu yang aku dibagitau, yang aku tidak dibagitau dan yang dorang sendiri tidak tau, aku pun tidak taulah apa yang sudah dorang buat sebelum tu...
Adik2 ku sekalian, ni akak senior tua mau pesan...
Terutamanya kepada "penghalau jin wanna be"...
Jangan takbur dengan ilmu yang diperoleh dari youtube atau mana2 sumber yang bolehlah dibuat riak...
Apa yang dalam filem2 tu, sebenarnya tidak sama dengan realiti bila berubat dengan yang sebenar-benarnya...
Ilmu berubat dengan kes2 macam ni, bukan boleh suka2 atau dibuat main2 untuk menunjuk...
Menyakitkan pesakit dengan menampar memukul semua tu, sangat2 tidak patut...
Paling penting, jaga kehormatan pesakit tu...
Kalau ada perempuan, biar perempuan yang tolong pegang kalau pesakit tu perempuan...
Haihhh lah...
Yang budak2 perempuan tu, dah tau malam janganlah melilau keluar lagi...
Ya, aku tau jiwa muda bila dapat bebas...
Yang melarang ni, dianggap old skool dan kuno dan tidak memahami...
Tapi bila dah jadi macam ni, tak ke menyusahkan diri sendiri dan orang lain???
Aku mau membebel banyak2 pun, aku bukannya orang yang sempurna sangat pun untuk tegur2 orang lain...
Yang pasti, apa jadi malam ni tidak berlaku seperti kebiasaannya dan tidak sepatutnya berlaku...
Tapi sebabkan ada orang yang (kononnya tau semua benda) memandai2 buat teknik berubat sendiri ikut ajaran mana ntah...
Aduhhh, pening aku bila imbas balik apa yang aku nampak tadi bila aku mula2 sampai...
Aku mula risau dengan junior2 (yang baru masuk sem ni)...
Dengan attitude, pergaulan, dan lain2...
Aku risau2, benda setahun dulu berleluasa kembali berlaku sebabkan "teguran" bagi kebebasan sosial yang berlaku di kolej ni...
Selagi aku masih ada, Insya Allah aku masih boleh tolong...
Risau2, bila aku sudah tiada nanti...
Wallahu Alam...
Semoga semuanya berakhir malam ini sajalah dan tidak berulang lagi...
Video selingan daripada Ust Kazim Elias sebagai perkongsian...
p/s: sapa2 yang terlibat tadi, terima kasih...tapi bagi budak2 lelaki, tolong tolong tolong ingat untuk hormat sket budak2 perempuan dengan menjaga batasan...ingat, niat tidak menghalalkan cara!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan