Hari ni badan rasa kurang sedap...
Kepala pun agak pusing tujuh keliling rasanya...
Rasa malas p kelas2 hari ni yang petang sampai ke malam tu pun, ada jugak...
Then rasa teringin untuk makan sesuatu tu, semakin menjadi-jadi...
Tapi apabila rasa yang teringin mahu makan sesuatu tu, ada yang janji bakal menunaikan...
Sakit perit macam mana yang aku rasa di kepala ni, tetap aku cuba lawan jugak...
Sekali gus mencuba untuk membuang rasa malas untuk p kelas tu jauh2...
Mind set dalam kepala ni hanyalah, gagahi dua kelas 4 ptg - 6 ptg dan 6 ptg - 8.30 malam ni, then terus akan dapat merasa makanan yang aku teringin ni betul2 lepas habis kelas...
Jam yang berdetik sesaat tu aku rasa ibarat sehari bagi aku...
Terbayang2 rasa makanan yang aku ingin2kan dalam kepala dan tekak ni...
Bila kelas biochem dismiss jek jam 8.35 malam macam tu, semakin berkobar2 semangat ku...
Tapi yalah, kita hanya menginginkan, tapi orang lain jualah yang kita minta tolong belikan...
Bila terdapat halangan, nak buat macam mana kan???
When the person we count on tu, can't make it or can't fulfill the desire that we craving tu...
Rasa teringin akhirnya terpaksa diubah menjadi rasa kempunan jek lah...
Telan air liur jek lah jawabnya...
Perut yang sengaja dikosongkan sehari, bila tidak dapat yang diinginkan terus rasa tiba2 macam penuh...
Penuh dengan kehampaan dan kesedihan...
Mood pun bertukar menjadi mendung dan sendu jek...
Yang penting, post hari ni sangat penuh dengan perkataan "rasa"...
Lebih2 lagi sekarang, aku sangat2 rasa mau menangis...
Sedih jek, segala semangat dan harapan seharian punah macam tu jek...
Hmmm...
Kempunan daku kempunan...
Haihhh laaahhh NAAN CHEESE *isk isk isk* ;(
p/s: mungkin nampak macam "hek eleh, tu pun kecoh nak tacing2..." tapi kan, kalaulah aku mati sekarang...kesian, mati dalam kempunan... :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan