Isnin, Ogos 20, 2012

Juadah Aidil Fitri


1 Syawal tahun ni, aku di perantauan...
Jauh dari keluarga...
Namun tidak mematahkan semangat ku untuk menikmati juadah2 lazim Hari Raya...
Walaupun bukan masakan mak, masakan sendiri yang ala kadar ni jek pun, kira bolehlah...
Huhuhu...

Semuanya masakan berasaskan ayam saja...
Daging tiada, sebab baru cadang mau masak Sate Goreng, resepi mak fevret aku...
Tapi, aku gantikan jadi kuah siram ayam goreng...
Asalkan ada, oklah tu...
Memandangkan Clementine (classmate aku) yang asal Sabah pun tidak balik...
Jadi, makanan2 yang aku masak tu, aku bagi sekali dengan dia...

(Juadah berat selepas 2 minggu tanpa nasik)
(Ayam Goreng)
(Ayam Masak Merah - Over Cooked...Huhuhu...)
(Ayam Goreng Siram Kuah Kacang)

Alhamdulillah...
Ada juga rezeki aku untuk tetap merasakan nikmat berhari raya...
Syukur dengan apa adanya...
Hehehe...

Hari ini, beberapa minit tadi...
Ada sorang student dari China sudah habis pengajiannya dan hari ni dia keluar hostel...
So, hal2 berkaitan macam exit form, kunci, dan access card dia bagi kat aku sebagai back up warden...
Tapi, yang buat aku tersenyum ialah dek pemberian dia dan kata2 dia...

"Hello! I'm going back to China today and this is some candies for you...Thank you for being so nice and kind to me when I'm here...Bye2..."

(Gula2 Sugus daripada Li Xiao Lei, student Cina dari China)

p/s: sentiasa berbuat baik dan senyum bila bertemu dengan sesiapa sahaja...walaupun sekadar tolong bukakan pagar ber'access card' hostel...Insya Allah, kemanisan imbalan yang kita akan dapat kemudian, ibarat kejutan yang sangat indah...


Tiada ulasan: