Khamis, Ogos 27, 2015

Labbaik Allah Humma Labbaik...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat kasih sayang-Nya...
Etta telah pun dijemput untuk menjadi tetamu di Rumah-Nya...

Ya, Etta (my great dad) telah berangkat untuk menunaikan Fardhu Haji...
Rukun Islam yang Kelima...
Terpancar jelas cahaya kegembiraan di wajah etta waktu terima khabar gembira itu...
Dalam hati, aku pasti yang etta mesti sangat-sangat teruja untuk bertamu di Rumah Allah...

25hb Ogos 2015, keluarga kami dan beberapa orang jiran telah berombongan menghantar etta ke Lapangan Terbang Tawau...
Di sana kami bertemu dengan rombongan Imam Ramli yang bakal bersama-sama dengan etta dalam satu jemaah...
Maka kepada Imam Ramli lah kami titipkan pesan untuk tolong tengok-tengok kan etta sewaktu di Tanah Suci nanti...
Selebihnya, kepada Allah jualah kami berserah kerana Dialah sebaik-baik penjaga...

Suasana di airport dan beberapa hari sebelum ini dipenuhi dengan air mata etta...
Tangisan kesyukuran dan kegembiraan tidak henti-henti mengalir dari matanya...
Kami juga faham yang etta meletakkan kerisauan untuk meninggalkan aku dengan mama...
Tapi apalah yang hendak di bandingkan antara kami dengan seruan Haji daripada Allah...
Insya Allah, etta...
Doakan saja kesejahteraan kami di sini...
Allah ada untuk menjaga kami, jangan risau ya...

Kami semua doakan etta sentiasa sihat dan baik-baik saja...
Semoga etta diberikan kudrat yang sentiasa mencukupi serta Allah permudahkan segala pergerakan etta supaya etta dapat menjalankan ibadah dengan mantap dan dapat menapakkan langkah dalam mencari berkah di Tanah Suci itu...
Kami di sini mendoakan semoga etta selamat pergi dan kembali...
Yang paling penting, semoga etta peroleh Haji yang Mabrur...

Apa-apapun, aku sentiasa merindukan etta...
Mohon doakan kesejahteraan hidup anakmu ini dan kita sekeluarga...
Doakan juga semoga laluan perjalanan hidup kita sekeluarga pada masa akan datang akan dipermudahkan dan lebih diberkati oleh-Nya...
Insya Allah, Amin...

















Yes! He's my dad! Bila dia menangis, orang akan ikut menangis. Bila dia senyum, orang juga akan ikut tersenyum...



Sabtu, Ogos 01, 2015

SDP Hari Raya Zone Sabah 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 30/07/2015, KGTI Ladang Mostyn sekali lagi dipilih untuk menjadi lokasi untuk Majlis Sambutan Hari Raya SDP Zon Sabah...
Majlis yang simple tetapi rasanya lebih meriah berbanding tahun lalu...
Walaupun dengan ketiadaan artis jemputan seperti sebelum ini...
Tapi Darbian Revival Band sudah cukup untuk memeriahkan majlis...

Tahun lalu aku sibukkan diri dengan jadi tukang gambar dan juruvideo tidak bertauliah...
Cadang-cadang tahun ni aku mau datang makan saja...
Tetapi, seawal pagi 30hb tu aku terima tugasan yang agak membirukan mukaku...
Terkejut dengan task yang tiba-tiba...
Aku diamanahkan untuk bagi Taklimat Keselamatan dan pengenalan ringkas tentang lokasi majlis iaitu KGTI Ladang Mostyn...
Teks pun disediakan sepenuhnya oleh aku pagi itu juga...

Majlis bermula seawal pukul 2 petang...
Dihadiri oleh Head Plantation Sime Darby Group...
Di samping beberapa orang VVIP, VIP dan seluruh warga pengurusan Sime Darby Plantation Zon Sabah...
Majlis dimulakan dengan pengenalan juruacara majlis...
Disusuli dengan doa dan kemudiannya aku diberi ruang dan peluang di atas pentas untuk menyampaikan taklimat...

Hanya Allah saja yang tahu perasaanku waktu itu...
Excited bercampur gemuruh bercampur semangat penuh bangga...
Mixed, 3 in 1 orang putih bilang...
Huhuhu...

Mula-mula agak cuak, perasaan sangat bercelaru...
Tapi bila salam dan mukaddimah dimulakan...
Alhamdulillah, debaran semakin reda dan reda...
Melihat para VVIP dan tetamu memberikan tumpuan dan minat untuk mendengar...
Buat aku jadi bertambah semangat untuk sampaikan semua isi kandung teks yang telah aku karang itu, sebutir-sebutir...


(p/s: dua orang hero belakang aku tu, emcee...tn azlan & tn redza)

Peluang untuk berada di atas pentas dan di hadapan antara orang besar Sime Darby selama 5-10 minit merupakan satu pengalaman baru buat aku...
Bukan senang untuk peroleh kepercayaan itu...

Terima kasih kepada Tuan SM (Tn Saifullizan) dan Tn Faizal atas kepercayaan yang diberikan untuk aku dapat menimba satu lagi pengalaman baru...
Peluang itu juga sekaligus mengangkat naik kaliber seorang QA Supervisor...
Ini dapat membuktikan bahawa kemampuan kami bukan setakat di depan fail dan menghadap auditor sahaja...
Tapi mampu untuk berada di hadapan ratusan orang untuk memberi peringatan tentang pentingnya keselamatan...

Apa-apapun, it was a great experience for me...
I will take it as a new benchmark for me to move a step ahead...
Insya Allah, hoping for a better and great opportunity in my career...
Thanks everyone for trusting me...
Thanks mak, etta, uncle, my family and friends for supporting me...
Thank Allah for guiding me...
Alhamdulillah...


Sesi majlis kami sudahi dengan makan-makan dan gambar-gambar...
Seperti tahun lalu, Kuli-Kuli Sime Darby sentiasa happening!

Really had a good time with those uncles, aunties, bros and sisters of Kuli-Kuli...
Insya Allah, we will meet again next year...












Isnin, Julai 27, 2015

Raya, Raya, Raya 2015...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah cuba memujuk hati yang merajuk dek "makan dalam raya"...
Alhamdulillah, adalah reda sikit sebab aku paksa diri untuk redha demi keluarga...

Oklah, cakap banyak pasal makan dalam pun tiada hasilnya...
Kali ini mau update gambar dan story yang sangat simple pasal rayaku tahun ni...
As usual, rayaku almost every year begini...
Beraya hanya di dapur dan belakang rumah (cuci pinggan mangkuk) serta layan tetamu..

Percaya atau tidak, tahun ni langsung tiada satu rumah pun aku sempat ziarah...
Kecuali setakat ni, aku dapat ke Open House Sr. Assistant Mostyn ni...
Itupun sebab open house dibuat waktu kerja, kira kami lunch di sana...
Kalau mahu kata berziarah raya yang memang berziarah, memang tiada...
Sampaikan my Tan Sri dan a few of my friends kecil hati...
Sorry...

Ada Open House yang dibuat oleh eksekutif dan chief clerk kami pun aku tidak dapat datang...
Sebabnya, lepas full blast bekerja di dapur, raya keempat aku diserang sakit kepala, demam, selsema dan batuk...
Sakit adik-beradik ni tidak datang sekaligus...
Dia macam adik-beradik yang balik beraya di kampung jugaklah...
Satu, satu datang...

Mula-mula sakit kepala yang macam ada anak gajah duduk atas kepala...
Kemudian selsema, panas dalam, demam panas, dan batuk...
Lepas seminggu, barulah genap sakit adik-beradik tu datang dengan aku...
Semenjak kemarin, 26/07/2015 aku dapat semua pakej sekali jalan...
Seksa ooo kerja dalam keadaan begini...

Kemarin juga, 26/07/2015 seharian aku cuba berhibernasi...
Siang kepalaku memang berat sejak Sabtu lagi...
Makan ubat selsema memang hibernate terus seharian...
Aku perlu hibernate siap-siap siang hari...
Sebab malamnya ada celebration...

Ya, 26/07/2015 merupakan ulang tahun kelahiran My Great Dad...
Ulang Tahun Etta aka En. Andi Nahri @ Kandi Basoh yang ke 55 tahun...
Alhamdulillah, Allah masih bagi kami rezeki dengan keberadaan etta di samping kami...
Malam tadi kami just buat a simple family dinner...
Just five of us (including tan sri)...
Keluarga Abg Mail tidak dapat ikut serta sebab diorang ada tetamu...
Insya Allah, belated celebration akan dibuat sekali lagi awal bulan depan sekali dengan open house dan kenduri kesyukuran...

Apa-apapun, walau macam mana sekalipun raya itu diraikan...
Aku tetap bersyukur kerana aku beraya dengan dikelilingi oleh orang-orang yang aku sayang dan menyayangi aku...
My parents, my uncle zai, my siblings, my tan sri, my in-laws, my big family, my friends dan semua yang berada di sekeliling ku...
Terima kasih, Ya Allah...

Kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan, semua kenalan, serta seluruh umat Islam...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Minal Aidil Wal Faizin...
Mohon Maaf Zahir dan Batin...

Gambar raya kurang, busy sangat sampai comot-comot tidak mau bergambar...
Huhuhu...
But, here are some pictures taken sepanjang Syawal 2015...

(the making of burasak..aku cuma pandai ikat jak..)

(with cousins - ica selamat, titti marzuki, me, ima selamat)

(with my parents and my cousin yang duduk sebelah etta - Andi Ansar's family)

(me at Tuan SA Munawar Open House)

(with my anak-anak tuition, some of them)

(again, with my anak-anak tuition)

(the three pumpkins - my cousin's sons, kak rahmadana)

(etta & mom)

(with my parents and uncle zai)

(my mom suap my etta during his bday celebration)

(corporate Aidil Fitri wish from Mostyn Estate, done by me)