Sabtu, Ogos 01, 2015

SDP Hari Raya Zone Sabah 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 30/07/2015, KGTI Ladang Mostyn sekali lagi dipilih untuk menjadi lokasi untuk Majlis Sambutan Hari Raya SDP Zon Sabah...
Majlis yang simple tetapi rasanya lebih meriah berbanding tahun lalu...
Walaupun dengan ketiadaan artis jemputan seperti sebelum ini...
Tapi Darbian Revival Band sudah cukup untuk memeriahkan majlis...

Tahun lalu aku sibukkan diri dengan jadi tukang gambar dan juruvideo tidak bertauliah...
Cadang-cadang tahun ni aku mau datang makan saja...
Tetapi, seawal pagi 30hb tu aku terima tugasan yang agak membirukan mukaku...
Terkejut dengan task yang tiba-tiba...
Aku diamanahkan untuk bagi Taklimat Keselamatan dan pengenalan ringkas tentang lokasi majlis iaitu KGTI Ladang Mostyn...
Teks pun disediakan sepenuhnya oleh aku pagi itu juga...

Majlis bermula seawal pukul 2 petang...
Dihadiri oleh Head Plantation Sime Darby Group...
Di samping beberapa orang VVIP, VIP dan seluruh warga pengurusan Sime Darby Plantation Zon Sabah...
Majlis dimulakan dengan pengenalan juruacara majlis...
Disusuli dengan doa dan kemudiannya aku diberi ruang dan peluang di atas pentas untuk menyampaikan taklimat...

Hanya Allah saja yang tahu perasaanku waktu itu...
Excited bercampur gemuruh bercampur semangat penuh bangga...
Mixed, 3 in 1 orang putih bilang...
Huhuhu...

Mula-mula agak cuak, perasaan sangat bercelaru...
Tapi bila salam dan mukaddimah dimulakan...
Alhamdulillah, debaran semakin reda dan reda...
Melihat para VVIP dan tetamu memberikan tumpuan dan minat untuk mendengar...
Buat aku jadi bertambah semangat untuk sampaikan semua isi kandung teks yang telah aku karang itu, sebutir-sebutir...


(p/s: dua orang hero belakang aku tu, emcee...tn azlan & tn redza)

Peluang untuk berada di atas pentas dan di hadapan antara orang besar Sime Darby selama 5-10 minit merupakan satu pengalaman baru buat aku...
Bukan senang untuk peroleh kepercayaan itu...

Terima kasih kepada Tuan SM (Tn Saifullizan) dan Tn Faizal atas kepercayaan yang diberikan untuk aku dapat menimba satu lagi pengalaman baru...
Peluang itu juga sekaligus mengangkat naik kaliber seorang QA Supervisor...
Ini dapat membuktikan bahawa kemampuan kami bukan setakat di depan fail dan menghadap auditor sahaja...
Tapi mampu untuk berada di hadapan ratusan orang untuk memberi peringatan tentang pentingnya keselamatan...

Apa-apapun, it was a great experience for me...
I will take it as a new benchmark for me to move a step ahead...
Insya Allah, hoping for a better and great opportunity in my career...
Thanks everyone for trusting me...
Thanks mak, etta, uncle, my family and friends for supporting me...
Thank Allah for guiding me...
Alhamdulillah...


Sesi majlis kami sudahi dengan makan-makan dan gambar-gambar...
Seperti tahun lalu, Kuli-Kuli Sime Darby sentiasa happening!

Really had a good time with those uncles, aunties, bros and sisters of Kuli-Kuli...
Insya Allah, we will meet again next year...












Tiada ulasan: