Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat kasih sayang-Nya...
Etta telah pun dijemput untuk menjadi tetamu di Rumah-Nya...
Ya, Etta (my great dad) telah berangkat untuk menunaikan Fardhu Haji...
Rukun Islam yang Kelima...
Terpancar jelas cahaya kegembiraan di wajah etta waktu terima khabar gembira itu...
Dalam hati, aku pasti yang etta mesti sangat-sangat teruja untuk bertamu di Rumah Allah...
25hb Ogos 2015, keluarga kami dan beberapa orang jiran telah berombongan menghantar etta ke Lapangan Terbang Tawau...
Di sana kami bertemu dengan rombongan Imam Ramli yang bakal bersama-sama dengan etta dalam satu jemaah...
Maka kepada Imam Ramli lah kami titipkan pesan untuk tolong tengok-tengok kan etta sewaktu di Tanah Suci nanti...
Selebihnya, kepada Allah jualah kami berserah kerana Dialah sebaik-baik penjaga...
Suasana di airport dan beberapa hari sebelum ini dipenuhi dengan air mata etta...
Tangisan kesyukuran dan kegembiraan tidak henti-henti mengalir dari matanya...
Kami juga faham yang etta meletakkan kerisauan untuk meninggalkan aku dengan mama...
Tapi apalah yang hendak di bandingkan antara kami dengan seruan Haji daripada Allah...
Insya Allah, etta...
Doakan saja kesejahteraan kami di sini...
Allah ada untuk menjaga kami, jangan risau ya...
Kami semua doakan etta sentiasa sihat dan baik-baik saja...
Semoga etta diberikan kudrat yang sentiasa mencukupi serta Allah permudahkan segala pergerakan etta supaya etta dapat menjalankan ibadah dengan mantap dan dapat menapakkan langkah dalam mencari berkah di Tanah Suci itu...
Kami di sini mendoakan semoga etta selamat pergi dan kembali...
Yang paling penting, semoga etta peroleh Haji yang Mabrur...
Apa-apapun, aku sentiasa merindukan etta...
Mohon doakan kesejahteraan hidup anakmu ini dan kita sekeluarga...
Doakan juga semoga laluan perjalanan hidup kita sekeluarga pada masa akan datang akan dipermudahkan dan lebih diberkati oleh-Nya...
Insya Allah, Amin...
Yes! He's my dad! Bila dia menangis, orang akan ikut menangis. Bila dia senyum, orang juga akan ikut tersenyum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan