Benda ni normal...
Rasanya...
Lelaki dengan perempuan sama saja...
Cuma sebab aku ni kaum hawa, sudah pasti aku akan bias sikit...
Lebih-lebih bab stereotype ni...
Semua orang ada impian, semua orang ada kemahuan, semua orang ada idaman...
Tapi adakah semua idaman atau kemahuan kita itu, betul-betul apa yang kita perlukan???
Kemahuan itulah Crush...
Keperluan itulah Couple (baca: soulmate/wife/husband)...
Bagi lelaki...
Crush dengan Couple ni jauh berbeza...
Walaupun dia couple dengan Perempuan A tapi memandangkan suatu masa dulu dia pernah crush dengan Perempuan B...
Maka wahai Perempuan A, jangan terkejut kalau lelaki tu masih ada perasaan dan harapan pada Perempuan B...
Formula dia mudah...
Lelaki menganggap perempuan sebagai hak milik...
Sama macam harta benda, terutamanya kereta...
Cuma mungkin bagi mereka kaum hawa ni level dia up sikit daripada kereta lah...
But, still konsep hak milik juga...
Ok misal katalah lelaki ni menginginkan Kereta Estima sebagai kereta idaman...
Tapi disebabkan bajet terbatas, dia hanya mampu memiliki Kereta Alza...
Walaupun dah berkereta dan kereta itu lebih kurang sama saja...
Tapi idaman tetap idaman...
Selagi belum dapat, selagi tulah kempunan dia menjadi-jadi...
Asalkan tengok Estima lalu, menitik-nitik air liur dia...
(Toyota Estima = Crush)
(Perodua Alza = Couple)
Sooo...
Begitu juga dengan Crush dan Couple...
Crush itu ibarat Estima...
Couple itu ibarat Alza...
Benda yang dia nak sangat, selagi belum jadi milik, selagi tu dia akan selalu jeling-jeling terigau-igau serta berusaha kerja siang malam untuk dapatkannya...
Tapi jangan risau, wahai Alza...
Awak juga special di hati dia, as special back up...
You're only will become really special to him when the "crush-Estima" is no longer available...
Macam tulah lelaki menganggap perempuan ni di hati mereka...
Selain itu, bak kata kawan lelaki aku...
Lelaki ini penuh dengan sesi uji menguji, macam test drive...
Expectation tinggi, demand mestilah tip top...
Skema bentuk ujian dia mungkin sama bagi semua lelaki...
Tapi yang membezakan hanyalah skema jawapan yang mereka cari...
Dia memang ada standard yang dia mahukan...
Dia tidak akan berhenti mencari dan berusaha dapatkan...
Tapi apabila pilihannya tidak sama seperti impian...
Pilihan itu pasti dibuat sama ada terpaksa, jalan selamat, dah penat mencari, kerana ibu bapa, atau kerana dia percaya pada jodoh Allah...
Tapi selagi namanya lelaki, tipulah kalau dia tidak mencuba sedaya habis...
Walaupun perempuan idaman sudah pun menjadi milik orang lain (baca: awek orang)...
Bagi mereka, sedangkan kapal terbang pun boleh dirampas, inikan pula setakat awek orang...
Enthusiasm lelaki typical seperti itu aku puji...
Tapi nasihat ku, jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran...
Jangan sampai ayam terlepas, tangan bau tahi...
Masa tu, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi...
Ingatlah kisah seorang murid bersama rumput sepadang tu...
Kepada semua lelaki yang ada di luar sana...
Selamat mencari dan memilih...
Jika dapat apa yang di'crush'kan, bersyukurlah...
Tapi jika tidak dapat seperti yang diidamankan tapi dia mampu membahagiakan, hargailah...
Bukan semua orang mahu dan mampu terima kita seadanya...
Mahu menerima kebaikan kita sangat ramai...
Tapi untuk menerima keburukan kita, mungkin hanya satu dalam seribu...
p/s: teringat pula aku, ada seorang lelaki ni yang sanggup ceraikan isteri pilihan keluarganya selepas berjumpa semula dengan kekasih lama...teringat juga aku pada cerita UNTUK TIGA HARI...
1 ulasan:
At least lelaki ade bende yg diidamkan cume mampu x mampu je.. Ppuan kalo berskandal lg tah hape2.. Sbb krang kasih syg, nkkan perhatian, dll..
Kurng kasih syg leh trime la, mybe psngn dia x pndai layan
Tp nakkan perhatian dr org lain ape kess?
Catat Ulasan