(thanks to the owner of this picture) |
Pada suatu hari aku pernah menerima satu mesej berbentuk soalan...
Tentang persahabatan, dalam makna lain, berkawan...
"Akak, perlu tak kita tetapkan syarat kalau orang nak berkawan dengan kita?"
Aku tersentak dengan soalan itu...
Lalu aku berfikir sejenak...
"Adakah patut untuk berkawan pun kena ada syarat bagai???"
Bagi aku, memang sangat tidak patut lah, kan...
Sebab prinsip asas mulia mana2 relationship termasuk berkawan, ialah "Lillaahi Ta'ala..."
Bersahabat atau berkawan kerana Allah Ta'ala...
Maka itu jugalah yang boleh aku nasihatkan kepada junior yang bertanyakan soalan itu...
"Setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup kita ini, adalah dengan kehendak dan izin Allah. Siapalah kita ini untuk menetapkan syarat dan persoalkan kehadiran mereka? Namun jika kehadirannya adalah untuk membawa mudarat bagi kita, anggap sajalah itu semua ujian daripada-Nya agar kita lebih berhati-hati, ataupun sebagai teguran supaya kita tidak berperangai tercela seperti demikian. Setiap apa yang berlaku ada hikmah dan aturan yang terbaik daripada Allah. Buatlah pertimbangan yang waras dan sewajarnya."
Namun aku sedar...
Dalam prinsip yang aku pegang itu, aku juga tidak lari daripada mencetuskan persoalan itu...
Tapi daripada sudut yang lain, iaitu akulah "kawan yang bersyarat" tersebut...
Aku tau, bukan semua orang yang menjadikan aku sebagai kawan kerana Allah...
Bukan aku sahaja, sesiapapun jua...
Akan ada spesies yang memilih kawan atau melabel kawan ikut kepentingan peribadi...
Contoh situasi2 dalam "kawan bersyarat" yang kerap berlaku dan jarang disedari pada mula...
Antaranya ialah Berkawan Kerana Pengaruh, Berkawan Kerana Wang, Berkawan Kerana Crush, Berkawan Kerana Revenge, dan lain-lain...
Mula-mula semua memang akan nampak elok, tapi segalanya akan disedari hanya apabila "mission accomplished" untuk "mereka"...
Seperti contoh, Berkawan Kerana Pengaruh...
Ada dua, sama ada untuk mendapatkan pengaruh atau untuk menumpang pengaruh...
Biasanya, yang untuk mendapatkan pengaruh tu biasa menjadi permainan ahli politik lah...
Tapi bukan semua ahli politik macam tu, ada yang memang betul-betul ikhlas untuk berjuang demi tanggungjawab...
Namun jika sebaliknya, maka tu yang ramai makan hati sebab sebelum ada apa-apa pengaruh, kita didukung ke hulu ke hilir, belanja itu ini, ditimang didodoi bagai...
Tapi bila sudah mencapai apa yang dia inginkan, jangan kata timang dodoi...
Dilambung-lambung di'ping pong'kan lagi, adalah...
Sebelum ni, bila jumpa peluk cium semua...
Sekarang bila berjumpa sama ada buat U-Turn atau jeling pun jangan haraplah...
Huhuhu...
(thanks to the owner of this picture) |
Manakala Berkawan Untuk Menumpang Pengaruh ni pula macam Friends with Benefits...
Yang ni kira macam lumrah lah...
Orang kata kira most accepted innocent sinner...
Contohnya, kita berkawan dengan Manager Bank kononnya...
Bila ada urusan yang melibatkan urusan-urusan yang leceh atau kena bersaing, macam pembelian rumah lelongan bank...
Contoh lain, mungkin untuk dapatkan projek tender kerajaan daripada kawan yang bergelar pegawai tinggi kerajaan...
Dengan adanya kawan sebagai orang penting tersebut, kemungkinan besar peluang itu akan dapat pada kita...
Tapi yang bahayanya jika kita sebagai orang yang berpengaruh tersebut...
Jika kawan kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada pengaruh kita untuk memacunya ke hadapan, namun kita pula tidak mampu untuk memenuhi harapan tersebut...
Maka bersiap sedialah untuk terima segala kata keji tomahan, provokasi, dan fitnah bertaburan...
Sebab kadang-kadang, orang lain sering kali meletakkan harapan yang tinggi dengan persepsi yang silap akan kuasa dan kemampuan kita...
Tambah-tambah pula mereka berharap sepenuhnya kepada kita dan hanya membekalkan kita dengan seciput usaha daripada dirinya sendiri...
Oleh itu, jika harapan mereka dihampakan dan ianya terlalu tinggi...
Tu yang mereka sukar untuk terima hakikat dan marah yang lain macam tu...
Antara sebagai contoh, terbitnya Group Fesbuk atau Trend Twitter untuk menyatakan betapa bencinya creator group atau trend tersebut pada kita...
Huhuhu...
(To be continued...)
p/s: "Be careful whose toes you step on today because they might be connected to the foot that kicks your ass tomorrow..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan