Mula-mula kenal, benci menyampah meluat rasa nak lenyek-lenyek...
Tapi lama-lama bila tiada, mula rasa rindu, terbit pula rasa yang asing, sayang...
Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak???
Tulah, orang-orang tua sudah lama menjadikan isu ini sebagai taboo...
"Jangan benci sangat, nanti sayang..."
Tapi degil tidak mau dengar, sebab layankan sangat didih hati tu...
Haaa... Kan betul, dah terkena karma...
Hahaha...
Kenapa perasaan yang pada mulanya benci tu boleh bertukar jadi sayang atau rindu pula???
Sebabnya, orang yang kita benci tu sebenarnya kita bukan benci diri dia pun...
Kita hanya benci perangai dia saja...
Perangai yang buat kita ala2 menyampah meluat macam tu...
Tapi tapi tapi...
Perasaan sayang atau rindu tu akan terbit bukanlah sekelip mata macam tu jek lepas benci...
No, no, no...
Ada syarat, ambil masa juga...
Biasanyalah kan, perasaan sayang tu akan terbit bila hampir setiap hari terpaksa menghadap hamba Allah yang kita benci tu...
Seperti yang aku cakapkan sebelum ni...
Kita hanya menyampah dengan perangainya yang kita tidak berapa gemar jek, kan???
Bila sudah selalu bersama atau menghadap muka dia jek, kita pula jadi terbiasa...
Jadi, bila sudah terbiasa, tu yang jadi rindu bila tiada...
Tambahan lagi, setiap manusia yang punyai dark side, adalah mustahil untuk tidak punya bright side...
Kerana sekeji-keji perangai manusia ni, dia tetap akan ada kemuliaan juga, cuma jarang di'polish'kan jek...
Atau tuan punya badan tu yang memang sengaja tidak mau tunjuk taman dalam hati dia tu...
Hehehe...
Sebenarnya perangai "taman bunga" orang yang kita benci tu pasti akan terkeluar kadang-kadang sepanjang kita bersama dia...
Terutama sekali dalam situasi-situasi yang tertentu, mesti akan tergelincir keluar...
Seperti contoh, kita tidak suka dengan fe'el yang kuat membangkang seorang "mamat" ni...
Semua benda ada jek yang dia mahu bangkang, sampai kita naik menyampah...
Ayat-ayat dia pula, asyik buat telinga ni mendidih jek dengar...
Tapi ada satu dua kali bila mamat ni menghujah sesuatu idea, sangat brilliant dan bernas...
Yang sangat jauh dari kotak pemikiran manusia "yang-suka-duduk-dalam-kotak"...
Yang buat kita jadi "waaahhh!"...
Biasalah, perempuan...
Lagi senang cair dengan lelaki yang bijak dalam pelajaran mahupun pemikiran...
Hahaha...
Sambung cerita...
Memandangkan kita terbersetuju dengan idea tu, kita terpaksalah berkerjasama dengan dia...
Masa itulah, Allah telah mengizinkan perasaan benci kita itu diterbalikkan...
Dalam masa berkerjasama tu, terkeluar pula sifat caring nya atau sikap-sikap indah lain yang memang tidak pernah kita lihat sepanjang kita benci dia dulu...
So, hati mana yang tidak luluh bila lihat scene lelaki yang kita menyampah jadi sweet2 caring ni, kan???
Tambah-tambah pula dialah yang paling selalu tolong leraikan segala simpul-simpul yang kita tidak mampu leraikan (baca: masalah)...
Maka dijadikan kesimpulannya...
Setiap kebencian pada awal perkenalan hanyalah kerana orang itu yang memilih untuk berkenalan sebegitu...
Kerana bukan semua orang ada skill "first impression" ni...
Terutamanya lelaki yang datang daripada pelbagai latar belakang sejarah hidup yang kita tidak tahu...
Biasanya, lelaki yang ada skill "first impression" ni kan selalunya "jantan playboy"...
Macam Barney Stinson...
Hahaha...
Nak ke lelaki macam Barney Stinson???
Yang berkata-kata memang sedap di telinga, tau-tau womanizer...
Tapi percayalah, bila lelaki yang pada mulanya kita menyampah, tapi kita tertengok pula side sweet2 caring nya...
Bukan sekadar sedap di mata, tapi terus lekat sedapnya di hati... Eceh!
Hehehe...
(thanks to the owner of this picture) |
Oleh itu, perasaan yang benci mula2 kenal ni sudah lumrah akan bertukar jadi sayang...
Sebab benci tu pada dasar jek...
Mudah di "wash away" setelah melihat kemuliaan disebalik perangai yang membencikan itu...
Hehehe...
Tapi hati-hati, setiap kebencian pula amat mudah tinggalkan luka yang amat dalam jika perkenalan itu dimulakan dengan penuh keindahan semata-mata...
So, balance kan lah...
Tidak salah untuk jujur, kan???
Dalam perhubungan terutamanya bersahabat, menerima baik dan buruk itulah yang betul-betul dinamakan sahabat...
Kalau hanya baik saja yang dimahukan, tu yang lama-lama akan timbul ayat yang paling selalu aku dapat tu...
"Andi Rosnita atau Kak Andi dah berubah!"
Tak pun...
"Kau bukan lagi Andi Rosnita yang aku kenal dulu..."
Atau, atau...
"Kak Andi sila letak jawatan..."
Eh, tetiba plak...
Hahaha...
"Kak Andi sila letak jawatan..."
Eh, tetiba plak...
Hahaha...
Errr... Excuse me, aku tidak berubah ok...
Aku just menjadi diri aku yang kamu belum kenal lagi...
So, better tukar ayat tu, jadi...
"Selamat berkenalan Andi Rosnita yang aku belum kenal...Nice to meet you..."
Haaa... Tu yang betul...
Jangan nak kenal aku yang molek-molek, sweet-sweet, baik-baik jek...
Setiap manusia ada pros dan cons nya juga...
Jadi bagi yang mahu terima yang baik saja ikut sedap hati sendiri jek tu, better check balik term persahabatan atau perhubungan tu, ya...
Bagi yang tau asyik menyampah rasa nak gigit-gigit jek orang tu, pun sama...
Cuba jangan pessimist sangat, sama-samalah kita jadi optimist dalam menilai setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup kita...
Dah macam Nora Elena dan Adam Hawa plak rasanya...
Hahaha...
(thanks to the owner of this picture) |
p/s: "jika kamu membenci seseorang tinggalkanlah sedikit rasa sayang, kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh membalikkan perasaan itu menjadi sebaliknya..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan