Isnin, Julai 11, 2011

Aku Bangga Stay Hostel Dan Tidur Sempena BERSIH 2.0

9 Julai 2011, mesti semua rakyat Malaysia tau sejarah antara yang paling loser telah tercipta, bukan???
Aku bukan nak offend mana2 pihak atau nak kata akulah penyokong mithali kerajaan...
But seriously lah aku cakap, BERSIH yang tidak berapa nak bersih tu sangat2 menyusahkan dan mengarut semata-mata...
Kalau mau diikutkan, aku agak terlambat lah untuk post pasal perhimpunan or perarakan disaster tu sebab asalnya memang aku tiada keinginan untuk post pun...
Tapi setelah aku blogwalking beberapa blog dan tengok beberapa video pasal BERSIH ni...
(Dan aku dapat spot sorang lecturer kolej aku)
Memang aku agak panas jugak lah...
Sepertinya negara ini sudah hilang peradaban dan nilai ketamadunannya...
Budaya kekasaran dan tunjuk samseng sudah mulai mengusai hati dan minda para masyarakat dari segenap bangsa sudah tentulah, especially orang Melayu lebih2 lagi Islam...
Astaghfirullahal 'Azim...
Kemana perginya nilai2 kesantunan wahai saudara seagama dan senegaraku???
Mengapa diikut hawa nafsu???
Mengapa diikut bisikan insan2 yang mengajak kepada keganasan dan pembaziran walhal semua itu hanyalah demi kepentingan individu2 tertentu...

Ayuh bilang padaku...
Ketelusan mana yang SPR telah mungkarkan???
Jika sistem pilihanraya Malaysia tidak telus, maka sudah tentu Kelantan akan di bawah taklukan Barisan Nasional...
Jika sistem pilihanraya busuk, sudah semestinya 5 negeri yang jatuh ke tangan pembangkang akan jadi milik Barisan Nasional...
Jika sistem pilihanraya dibeli oleh kerajaan, aku jamin semua ahli dewan parlimen adalah orang2 Barisan Nasional...
Namun hakikatnya apa???
Tok Guru Nik Aziz telah memegang Kelantan selama 21 tahun...
PRU-12 menyaksikan tumbangnya 5 buah negeri ke tangan pihak pembangkang yang diketuai oleh PKR...
Dewan Parlimen pula menyaksikan hampir tidak sampai 2/3 majoriti ahlinya bukan daripada pihak Barisan Nasional...
Maka sistem mana yang tidak telus itu???

Soal penyerahan memorandum...
Macam lah memorandum tu ada pada tangan semua orang yang beribu-ribu tu, kan???
Macam lah memorandum tu ditulis oleh semua yang hadir ke perhimpunan tu pulak???
Macam lah memorandum tu punyai berjuta-juta tuntutan yang perlu dikutip daripada setiap peserta perhimpunan???
Hanya 8 perkara, ditulis di atas sekeping kertas...
Memerlukan hanya seorang dua orang sahaja yang perlu hadir menghadap ke bawah duli atau kepada insan2 yang berkenaan, then serahkan dengan cara baik...
Kalau takut memorandum tidak kena layan, maka gunakan lah kekuatan media...
Ok, you can say most of the media telah dibeli oleh kerajaan...
Tapi ada jek media hak milik pembangkang macam TVSelangor, Harakah, dan lain2...
Bincang cara elok jika benar inginkan benda yang elok...

Soal "keganasan" Polis dan FRU lah kononnya...
So far video-video yang aku tengok, aku tidak nampak lagi ada polis yang gunakan tembakan peluru hidup instead of gas pemedih mata...
Aku tidak tengok plak depa dok guna bom grenade menggantikan siraman air tu...
Bersyukurlah ada pihak polis mengawal...
Sebab walaupun kononnya perhimpunan tu aman macam mana pun, kalau dah namanya berunsurkan emosi dan bisikan nafsu semata, memang pasti ada mamat gila akan start buat perkara bodoh di luar tabi'e...
Maka mula lah ada yang potong memotong...
Hancurkan bangunan sana sini...
Lebih2 lagi bila BERSIH bertembung dengan PATRIOT, memang scene paling BEST bakal berlaku...
Mencegah lebih baik daripada mengubati...
So, tak yah nak puji lebih2 tapi pasti aku bangga lah dengan prestasi anti-rusuhan Polis Malaysia dan FRU...
(Hazrul 'baju hijau', kau sangat macho dalam gambar ni...!!!~ Aku bangga anak ugi' merangkap suami kawanku merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mengawal gerakan BERSIH...)

Berkata tentang Allayarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia, takziah aku ucapkan...
Simpati buat keluarga mangsa yang terkorban...
Jika dilihat faktor usia 58 tahun, 70% keberangkalian beliau ada masalah kesihatan yang normally dialami oleh sesiapa sahaja diusia sedemikian...
Malahan aku yang umur 21 tahun ni pun, sakit dah macam2...
Kalau aku katakan, beliau ada masalah sakit jantung...
Dah sah2 lah, gas pemedih mata atau terpaksa berlari untuk mengelak dari gas dan air tu akan menyebabkan kegagalan jantung menerima pengepaman pantas dan serta merta tu...
Tapi dalam istilah berkata tentang redha, itu semua sudah ajal...
Walaupun beliau tidak menyertai BERSIH pun, kalau memang ajal dah sampai tetap akan kembali kepada-Nya juga...
Sekali lagi buat Allayarham Baharudin Ahmad, Al-Fatihah...

Meh intai-intai yang cedera parah plak...
Allah, ni lagi satu hal...
Marah polis pukul ya, cik abang???
Logik lah tu...
Dah polis tu berapa ketul lah sangat...
Yang nak dikawal tu beribu-ribu...
Lumrah alam lah kan, kalau dah degil sangat memang tiada lain yang patut dibagi...
Debik jek laaa...
Jangan kata polis tidak bagi warning plak...
Kome jek yang degil bebenor...
Acu balik jek rumah tidur, makan2, tengok TV, online fesbuk, jentik2 anak yang nakal, kan lagi elok...
Eleh, tipu lah kalau cakap anak di rumah yang baru nangis 5 minit tidak pandai diam walau disuruh kamu tidak jentik atau cubit...
Dalam perarakan tu, ada yang tersadung kaki sendiri then jatuh, pastu ada kawan belakang terpijak pulak, pun dikata polis yang hentam guna boot...
Rasional lah sikit kalau mau menipu pun...

Oh ya, aku ada nampak makcik2, akak2, adik2 dalam perhimpunan tu jugak...
Amboiii, srikandi sungguh...!!!~
Kan lebih baik, duk rumah diam2...
Jaga makan minum suami dan anak2, tolong anak2 buat homework, kemas rumah, siram bunga, kan banyak faedahnya...
Yang akak2 student2 tu pun sama lah jugak...
Assignment bertimbun, final year projek punya proposal pun tidak siap lagi, boypren punya hadiah bday pun tidak beli lagi...
Kan bagus manfaatkan masa sehari tu untuk benda2 yang bermanfaat sikit...
Join perhimpunan tu, dapat penat jek...
Bukannya ambik attendance pun, bukannya dapat elaun pun...
Soal pahala, oppsss...
Out of my power untuk berbicara tentangnya...
Pahala dan dosa, hanya Allah yang layak menentukannya...
Samalah macam kenyataan hamba Allah ni yang kata join BERSIH, kalau mati dapat mati Syahid...
Memang BERSIH tu, peperangan Jihad menentang orang kafir pun (ayat perli)...
Memang BERSIH tu, orang yang sedang menuju untuk menuntut ilmu pun (ayat perli jugak)...
Sebab yang aku tau join BERSIH ni ibarat mencampakkan diri kita sendiri ke dalam lautan kebinasaan untuk diri sendiri...
Boleh kah dianggap sebagai syahid sedangkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan..."
(Surah Al-Baqarah ayat 195)

Maka dah jelaslah yang BERSIH ni buang masa, tenaga, duit, dan emosi...
Tiada kaitan langsung dengan jihad dan jika mati matinya syahid...
Bagi yang tepekik telolong tu, buang suara...
Lebih baik yang lelaki guna suara tu p mengaji atau azan...
Yang ppuan, molek lah p dodoikan anak nak tidur tu...
Jadi tukang tingkah (Tok Dalang) selaku orang yang jerit dulu pastu ada yang follow pun, cakap ntah apa2 jek...
Ayat tak best langsung lah, pakcikkk...!!!~

Kehadiran PATRIOT pun sama lah...!!!~
Ni lagi satu puak ni...
BERSIH: Laporan Penuh - Jalan Bukit Bintang
Dah tau2 BERSIH tu berhimpun 9 Julai...
Kenapalah mau berhimpun sekali???
Memang lagi siram minyak petrol lah dalam api yang BERSIH tu sudah nyalakan...
Jangan ingat kamu pertahankan negara kononnya dengan lawan balas BERSIH tu, aku boleh bagi standing ovation...
Memang tak ah...!!!~
Pikir lah sikit wahai cik abang KJ and the gang...
Jangan nak patriotik sangat sampaikan terikut rhythm yang BERSIH sudah gelombangkan...
Tengok akibatnya...
Pertembungan Melayu VS Melayu or Islam VS Islam...
(bangsa lain tu, watak sokongan)
Memang TERBAEKKK untuk kamu semua...!!!~
Itu yang jadikan drama ciptaan politician era baru ni menjadi lah, kan???
What a pathetic politicians you are...!!!~

Apa yang boleh aku katakan...
Kesian dengan peniaga2 yang terpaksa tutup perniagaan Sabtu lalu...
Kalau korang boleh kata, "Alah sehari jek pun..."
Ya, memang sehari jek pun...
Tapi cuba bayangkan kalau kerana sehari tu mereka terpaksa tanggung beribu2 kerugiaan...
Ada yang peniaga kecil2an, yang hanya bergantung sepenuhnya kepada jualan mereka untuk setiap hari bagi menyambung hari esok, simpati buat keluarga mereka...
Korang apa peduli, kan???
Sebab bukan keluarga atau kaum kerabat kamu pun...

Bagi yang student2 tu pulak...
Kalau aku lah menteri yang pegang loan dan scholarship...
Aku tarik semua loan especially scholarship yang aku bagi tu...
Then kick dari universiti...
Membazir jek taja budak2 macam tu...
Yang tidak tau erti bersyukur dan mengenang budi, "Pattu Peruk" kata orang Bugis...
Ingat orang hantar p belajar untuk tunjuk hebat lah???
"I am the greatest student...!!!~ I'm really great in demonstration and riot...!!!~"
Oh, aku lupa...
Memang universiti tu, BERSIH yang punya...
Gaji lecturer universiti tu pun, BERSIH yang bayar...
Ambiga lah yang taja loan dan scholarship korang, kan???
Beruntung sungguh kamu semua...!!!~
Untung laaa kalau BERSIH yang boleh cover semua kos hidup dan study korang...!!!~
Remember this, kalau kawan-kawan aku yang bakal fly p US ni tidak dapat MARA or mana2 dana untuk dorang sambung study kesan daripada kerja bodoh kamu ni, memang korang lah PUNCAAA...!!!~
Buang negara terus, lagi baik...!!!~
Kang dah sama plak macam Israel yang kena halau suatu masa dulu tu...
Pastu tidak malu masuk Palestin, rampas hak orang kata hak dia...
Ceittt...!!!~

Ya Allah, penat aku jadinya dek kerana BERSIH yang totally BER"SHIT" ni...!!!~
See, tak pasal2 aku mencarut dah...
Apa yang kamu dapat???
There are always be other choices instead of buat semua perhimpunan bangang ni...
Konon gagasan rakyat berbilang bangsa, Melayu Cina India Sabah Sarawak punya tuntutan...
Then, why should be ada yang terpekik sahutan "Allahu Akbar"???
Please, Please, Please...!!!~
Jangan pernah sesekali gunakan istilah Islamic atau nama2 indah Allah untuk menyokong atau menampakkan "kesucian" kemungkaran dan kebinasaan yang kamu lakukan...
Jangan pentingkan diri sendiri lah, weyh...!!!~
Tolong pikir pasal orang lain jugak...!!!~
Tak yah nak sokong sangat atau terpengaruh dengan Ambiga dan DSAI tu...
Dorang TIADA LANGSUNG jasa untuk negara sebelum ni sehinggakan kamu perlu agung2kan dorang...
Ingat, Ambiga tulah peguam yang menggalakkan Melayu Murtad...
DSAI tulah, insan yang hampir menggadai negara dulu...
Bagi yang tidak tau, banyak2kan lah membaca...
Bukan tengok TV jek atau p dengar ceramah2 politik...
Bahan yang dibaca tu pulak, jangan lah satu buku jek...
Tentu2nya bacaan tu bias...
Masa baca tu plak, tengok dan bandingkan setiap tarikh dan tahunnya...
Sebab jangka waktu tu yang paling penting...
Kerana konflik waktu lah, timbul isu Iskandar Bukan Alexander...

Haaa, macam mana tu???
Masing2 sudah besar kan, tak kan lah membaca pun masih mau d ajarkan...
Bacalah, kerana itulah tuntutan terawal sebagai wahyu pertama yang Rasulullah kita terima...
Demi umat akhir zaman, semoga kita semua sentiasa dilindungi dan berada di bawah rahmat-Nya...
Fikir2kan lah yang terbaik...
Aku bukan pro-kerajaan sangat...
Tapi cukuplah sekadar ingat yang kita hidup aman damai merdeka pun, hasil usaha rundingan damai...
Tiada yang lebih elok daripada perbincangan secara baik...
Kekasaran tidak akan memberikan apa2 kebaikan melainkan kemusnahan dan kerugian semata-mata...
Kita sebagai Khalifah Allah d muka bumi ni, haruslah saling menjaga keharmonian dan anugerah terindah yang telah Allah amanahkan buat kita...
Malu lah, bila menghadap Allah kelak sebagai orang yang telah mengkucar-kacirkan dunia semasa hayat...
Na'uzubillahi Min Zalik...
Allah lebih tahu mana yang terbaik, tapi Allah telah berikan akal untuk kita juga fikirkan sebaik mungkin demi kebaikan sejagat...
Ini hanyalah nukilan dari pandangan peribadi, segala kesilapan fakta dan emosi terluah, semuanya kerana kesilapan diri ini sendiri...
And NOPE, aku langsung tidak percaya dengan berita especially TV3 dan Berita Harian...
Ini hanya general opinion tanpa melihat provokasi mana2 pihak lain...
Cuma aku mau simpulkan, AKU ANTI-BERSIH...!!!~

(Sumber Gambar : Pakcik Google)

*Ni antara video terbaek pasal BERSIH 2.0 (Sbb ada lecturer kolej aku di situ)...
So, LAYANNN...!!!~*



Tiada ulasan: