Jumaat, Julai 29, 2011

Songs For My Speechless Friday Evening

Missing someone???
Jadah memang aku xda kerja rindu2 ni laaa...
Kalau En Labu, YA...
Hahaha...
Apa2pun, aku isi petang yang terasa kosong ni dengan lagu2 berikut...
Layannn...!!!~











Untuk korang2 yang sudah 3 hari menghilang tinggalkan aku dek urusan MARA korang tu...
Sampaikan terpaksa balik kampung berhari2...
Pesananku, simple dan mudah jek...
Sebelum puasa, dah janji nak Iftar sama2kan???
So guys, please...

One new Message..View..Read..And WHAAATTT???!!!~


Bismillahirrahmanir Rahimmm...
Ehem2...
Testing mic, 1 2 3...
Hehehe...

Entry aku kali ini, aku tulis (taip actually) dalam keadaan yang sangat segar dek kerana masih mengalami kejutan alam yang sangat membuat daku teruja dan sukar untuk percaya...
Senang enak daku melabuhkan diriku yang seberat 76kg ini ke atas katil hostel yang kucintai...
Setelah bertungkus lumus menyusun atur serta mengemop licin lantai bilik yang pada hari sebelum ini sangat sinonim dengan stor di belakang rumahku...
Agak2 berpuas hati kerana aku rasa telah berjaya mengalahkan kebersihan dan kekemasan rumah 18-19 SkyVilla...
Hahaha...
Lepas ni Zai sudah tidak boleh bangga lebih2 dengan aku...
Hehehe...

Ok, sambung cerita balik...
Tepuk2 bantal menandakan aku bakal berlayar ke alam mimpi...
Saat itulah henpon Samsung ku yang ber'sim card' kan Maxis berbunyi minta mesej yang sampai itu aku baca...
Jam menunjukkan pukul 2.55 pagi, jadah sapa plak mesej tengah2 waktu nak peralihan ni???
Dalam kepala ni hanya tertera 4 nama...
Kalau bukan Zai, Aman, En Labu, atau Maxis yang mesej ni...
Hahaha...

Oh, sangkaan ku meleset...
Ternyata Che Hasliza yang menghantarnya...
Tekan button 'view' dengan mata yang kuyu membaca isi SMS yang aku terima...
Perkataan 'GOSSIP' dieja sebesar2nya sebagai mukaddimah mesej tu...
Menarik perhatianku, sejurus kemudian membuat aku yang berbaring terus terduduk apabila baca keseluruhan mesejnya...
"TAUFIQ NAK TUNANG...!!!~"

And I was like, "WHAAATTT???!!!"
Aku capai botol air mineral yang aku standby tepi katil setiap malam sebelum tidur memang untuk kes2 kejutan mendadak di tengah2 malam seperti ini...
Setelah meneguk 2-3 kali, ok calm down Wiwi...
Aku reply lah mesej tu dengan perasaan curious yang tidak terhingga...
Aku kah yang bermimpi, atau Che Hasliza yang mimpi atau si Taufiq tu yang mimpi dan ngigau tetiba kata nak bertunang...
Akhirnya, semua terjawab satu per satu dan still sehingga saat ini pun aku masih tidak dapat percaya...
Atas kepala ku ni sekarang ada bubble2 awan yang mengatakan, "Betulkah Taufiq Shawfi yg aku di bgtau tu, Taufiq yang aku kenal???"
Huhuhu...
(Muka memang dah tua pun, stok ayah2 anak 5...Hahaha...)

Ok, here is the thing kenapa aku masih tidak dapat percaya...
Aku kenal dia, almost a year as a 'Really-Close-Opposite-Gender-Friend-I-Ever-Had' sehingga masuk tahap 'My-Top-Scandal-Of-The-Year' dalam kalangan student2 TPMC ni...
Sehinggakan sampai saat ni, masih ramai lagi student especially batch tua2 termasuk seluruh satff TPMC sangka kami ada apa2 yang special...
Sebelum ni, Encik Labu pun ada mind-set yang sama macam insan2 yang lain tu...
Payahnya aku kena yakinkan dorang2 ni, tapi tetap jugak ramai yang tidak mahu percaya...
Padahal, we have NOTHING SPECIAL RELATIONSHIP pun...!!!~
Just as a 'Great-Chemistry-Bond-Teammate' dalam SRC dan berkawan...
Kami tau bila nak berkawan dan kami tau bila nak bekerja...
And guess what??? Kami sangat Professional...
Hahaha...
Dialah kaki kiriku dalam SRC dan kaki kanan pula disokong oleh Che Hasliza...
Kehilangan keduanya sebab sudah habis pengajian membuatkan aku lumpuh seketika...

Enough about the introduction...
Aku tau aku sangat melalut sekarang sebab aku tidak tahu mahu start dari mana dan menuju ke mana pasal hamba Allah seorang ni...
Kerana hakikatnya, aku masih terkejut...!!!~
Ibarat baru kelmarin aku dengar susunan kata2 daripada dia tentang RelationSHIT yang ex dia pernah bagi dengan dia yang membuatkan dia tidak percaya perempuan buat masa ni...
Ibarat baru kelmarin dia nasihat aku dan Liza pasal komitmen dalam berhubungan antara dunia study dan bekerja...
Ibarat baru kelmarin dia kata dia masih belum puas hidup bujang dan single...
Ibarat baru kelmarin dia bagitau aku yang dia akan kawin bila umur dekat2 30 tahun...
Semuanya ibarat baru kelmarin dia kata 'honey' yang dia save dalam fon dia tu just untuk main2 jek buat hilangkan bosan dok atas kapal...
Rupa2nya, 'honey' tulah yang dia nak ajak kawen...!!!~
Alih2, dah nak bertunang...
Uwaaa...!!!~ Taufiq tipu aku dan Liza...!!!~

Untonglaaa nak kawen dengan ex pertama, satu sekolah dulu2...
Hahaha...
Apa2pun, mungkin hidup bekerja Taufiq telah banyak mengubah persepsi dia dalam konsep memerlukan seseorang dan menghargainya...
Dengan komitmen kerja untuk ke Jepun setahun, katanya lah...
Sebab tu dia mau bertunang terlebih dahulu...
Hmmm...
Finally, Taufiq Shawfi a.k.a Lagenda Budak Boncet atau Encik Panda dah BERUBAH...!!!~
Dah besar dan matang dah kawan aku sorang ni...
Huhuhu...
Tacing terharu bercampur gembira untuk dia...
Akhirnya dia temui jua jalan keluar daripada dunia kegelapan dan kesesatan dia yang dia bangga2kan selama ni...
Wahahaha...

Liza, tinggal kita berdua jek T-Rex sekarang ni...
Adik kita sorang ni dah nak blah dah...
Lepas ni lagi payahlah nak ajak dia lepak open table lagi...
Kang lepak2 jek, bini call sebab anak nanges susu dan pampers dah habis...
Hahaha...
I can't imagine when u become a father lah, Taufiq...
Hahaha...(Ketawa Guling2)...!!!~

Apa2pun, kami semua meliputi Geng T-Rex, Red Panther, SRC, TPMC dan semua rakan2 yang mengenali hang, ucapkan selamat bertunang dan semoga jodoh itu berkekalan hingga ke akhirnya...
Tanggungjawab makin berat, kena settle kan elok2 segala dugaan yang bakal mendatang...
Kalau dulu, ada problem study or tugas SRC, me as ur great chemistry teammate ada boleh cover dan tolong settle kan...
Tapi, bila dah masuk bab privasi dan peribadi ni...
Sendiri mau ingat lah, naaa...
Hehehe...

Pesanan khas buat my Encik Labu, hope you read this...
Hehehe...
Mulai saat ni, hapuskan segala syak wasangka...
ELIMINATE PERMANENTLY TAUFIQ SHAWFI FROM THE LIST...!!!~
Hahaha...
Finally, I'm Free From Hot Gossip Scandal dengan Panda Boncet tu...!!!~
Yehaaaaaa....!!!~
Thanks Cik Nabihah, u save me...!!!~
Hehehe...

Khamis, Julai 28, 2011

D'Santai & Downtown Cheras Mengikat Kasih


Rasanya selepas Grand E-Day terlalu lama jugak lah aku dan rakan2 tidak keluar makan malam bersama beramai2...
Hehehe...
Biasalah, masing2 back to study life balik lah...
Tapi bila masa yang ada dimanfaatkan untuk buat gathering sekali lagi bersama2...
Wahhh, hangat terasa kerinduan itu....
Huhuhu...
Walaupun aku selalu keluar dengan mereka, tapi tidaklah sekaligus seramai ini...
8 orang sekali jalan...
Dinner yang penuh gelak ketawa...
Diteruskan dengan Downtown Cheras yang pelbagai ragam...
Alih2, lain yang dicari lain yang dibeli...
Hehehe...

Aku hanya mahu simpulkan...
Dinner ni banyak mengingatkan aku keakraban aku bersama mereka dan juga rakan2 yang lain...
Bak kata Tika, masa yang paling dirindui ialah masa makan beramai2 bersama...
Tidak bermaksud kami kuat makan...
Tapi waktu makanlah segala perangai yang payah untuk di cover akan keluar secara automatik...
Dan itulah yang membentuk keakraban tanpa perlu cover2...
We are fren, and we really proud of it...!!!~
Thanks for the nite, everyone...!!!~
Really gonna miss a moment like this to be held again...
Especially yang akan fly ke US macam Aman, Zai dan Tika serta ada yang tidak dapat join dinner ni...
Juga yang akan sambung Ballarat iaitu Zol, Intan, dan En Labu...
Manakala aku dan Aqie ada plan tersembunyi...
Hahaha...
Apa2pun, thanks so much for this precious moments...
Looking forward untuk Iftar bersama lagi...
Oh Aidil, Ferry2 Boom2, Fazrin dan seluruh sanak saudara kembali lah kepangkuan kami puasa nanti, kita kenduri beramai2...
Hamparkan segala gelak ketawa dan gurau senda yang sekian lama terpendam...
Hehehe...


(Sudah agak lama dan jarang ambik gambar guna fon Sony k770i ku, so agak blurrr plak semua gambar...Hehehe...)

Selasa, Julai 26, 2011

ORGANIZATIONAL MANAGEMENT TRAINING 2011


Sabtu lalu bersamaan 23hb Julai 2011...
Ad-Hoc dan Alumni SRC telah menganjurkan kursus sehari buat para majlis tertinggi kelab2 yang ada di TPM College ni...
Dengan kerjasama sepenuhnya daripada Student Affairs, Alhamdulillah program berlangsung pada hari yang telah ditetapkan...
Fungsi kursus ini diadakan ialah untuk mendedahkan ilmu2 asas dalam pengurusan, kepimpinan, serta semua yang berkaitan dengan ilmu berorganisasi...

Jutaan penghargaan buat semua rakan2 Fasilitator dan Management yang telah bertungkus lumus menyediakan modul2 dan compile kan info2 yang penting dalam setiap bahagian...
Perkongsian ilmu berkat bekerjasama lebih daripada setahun dua bersama mereka, tentunya menjadi kekuatan utama dalam menghasilkan modul yang terbaik...
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua rakan2 lama yang tetap memberikan perkongsian pengalaman mereka dan tetap menyokong dari jauh walaupun tidak dapat bersama untuk menjadi fasilitator...

Apa2pun, semua yang dirancangkan berjalan mengikut jadual...
Pesanan ku bagi pihak rakan2 fasi yang lain kepada para peserta kursus, manfaat kan lah ilmu yang kalian peroleh...
Bukan senang untuk mengumpulkan semua yang kami berikan itu dalam sehari...
Setahun lebih pengalaman daripada berpuluh-puluh individu yang berbeza, kami gabungkan demi membantu menyenangkan perjalanan hidup kalian semua selepas ini...
Bukan minta dihargai tapi cukup sekadar tidak mensia-siakannya...
Jika tidak, kami yakin kesakitan membuat sesuatu tanpa sokongan orang akan kalian rasakan lebih teruk daripada yang kami rasakan...
Bukan sumpahan, hanya peringatan awal daripada insan yang telah banyak menelan garam ibarat lautan...

(Sekali lagi, penghargaan buat Cameraman TERBAEKKK!!!~)

Jumaat, Julai 22, 2011

The Blues Always Super Cool...!!!~ CHELSEA, CHELSEA...!!!~

Welcome to Malaysia, The Blues...!!!~
My favourite team ni...
Sekali dengan Arsenal lah jugak...
Hehehe...
Sangat terasa bahang kehangatan gelombang the blues apabila stadium PENUH...!!!~
Wahhh, hebat sungguh sambutan buat Chelsea berbanding Arsenal...
Huhuhu...

PUJIAN aku ingin berikan buat pasukan Malaysia...
Keeper dan defend memang berani...
Walaupun agak bosan sebab tiada gol yang berbalas2 seperti Liverpool...
Tapi sayang Chelsea punya pasal, 1-0 pun cukup lah...
Hehehe...
Gol tu tidak penting...
Tapi kehadiran Chelsea dan menyaksikan rentak permainan mereka di padang secara live betul2 sangat memuaskan hati...

Di sini aku ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat Aman...
Sebab berjaya paksa aku p tengok game ni...
Hehehe...
Berkeras aku tidak mau p, berkeras jugak lah dia memaksa...
Alahai lah...
Siap beli tiket terus untuk orang yang tidak mau ni...
Bukan tidak mau p pun, just risau dengan pinggang ni haaa...
Sudah lah selalu buat hal, tidak mau lah susahkan dorang plak nanti...
Kesudahannya, aku p lah jugak tapi memang siap2 telan painkiller...
Alhamdulillah, betul2 lepas game habis barulah terasa balik sakit pinggang tu...
Kira sempat sampai hostel lah jugak sebelum dia meragam...
Hehehe...
Apa2pun, really enjoy the night with The Blues and Harimau Malaya Muda...
Juga bersama rakan2 seTPMC iaitu Aman, Tempe, Aqie, Atikah, Intan, Sayid, dan Zai...
Yang pasti, Terry hensem...!!!~
Hahaha...

Penghargaan sekali lagi buat Aman untuk gambar2 ni...
Tanpa kamera beliau, apalah ertinya kehadiran kami d stadium bukit jalil yang sebelah kolej ku ni jek jauhnya...
(Jadi jangan tanya aku kenapa gambar Aman banyak...Tuan kamera tuuu...Aku pinjam jek...)

Hahaha...
To Uncle Zai and family di Kunak atau di mana2 saja...
Selamat menatap semangat the blues kami...
Pesanan penting dariku yang comel ini...
JANGAN JELES...!!!~
Hohoho...