Rabu, Oktober 25, 2017

Satu Blog Post Satu Hari


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu blog post satu hari?
Mampukah aku?
Dengan komitmen yang bakal bertambah, macam mana tu?
Aku sering menyalahkan masa, komitmen dan tiada idea...
Stop it now, Wiwi...!!!

Aku perlu mulakan semula dari sekarang...
Dek usia yang semakin beranjak ke Asar...
Terkadang aku lupa ilham anugerah Tuhan yang datang tidak kira waktu...
Aku juga semakin samar akan beberapa pengalaman manis yang terpahat...

Justeru, aku perlu pahatkan semua di sini...
Blog ini sajalah diari yang aku ada dan masih kekal...
Diari bertulis di buku telah lama berkubur...
Entah, sejak tinggalkan zaman pembelajaran formal aku jadi semakin malas...
Malas untuk menulis...
Malas untuk berfikir dan menyusun madah serta kata-kata...
Aku tidak sepuitis dulu...

Tidak tahu bilakah kerajinan bermain dengan bahasa ini akan tiba semula...
Wallahu alam...
Harap-harap inilah titik permulaannya...
Aku rindu untuk berkongsi cerita seharian dan apa saja yang bermain di benak fikiranku...
Mungkin tiada pembaca yang berminat atau ianya tidak memberi manfaat langsung...
Tapi kalau bukan untuk orang lain, pasti harus ada buat diriku sendiri di masa depan...
Yang kini semakin dimamah usia dan mula dirisik sesuatu yang digelar LUPA...

Aku tidak mahu hari-hariku berlalu tanpa pengajaran untuk peringatanku sendiri...
Every second counts sepatutnya...
Semoga niatku ini disusuli dengan usaha yang istiqamah...
Insya Allah...

Image result for write your thoughts


Isnin, Oktober 23, 2017

Pengalaman Kena Cacar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lebih sebulan yang lalu (Raya Haji), aku terpaksa berkurung di rumah selama dua (2) minggu sebab kena cacar...
Jujur cakap, cuti memang lama tapi kena cacar ni bukan sesuatu yang best...
Sangat-sangat menyiksa jiwa dan raga...
Huhuhu...

Dimulakan dengan demam panas tiba-tiba selama tiga (3) hari...
Disusuli pula dengan munculnya bubble bubble air di badan...
Mula-mula sangka bubble air biasa sebab badan panas dek demam...
Lepas saja minum air kelapa, terus berlumba-lumba bubble cacar tu keluar...
Bila sudah confirm cacar, minum pula air kelapa lagi kali ni campur ralle (safron) dan masa itulah bubble cacar ni memenuhi segenap ruang yang ada di badan dan muka...
Aku kira kurang bernasib baiklah, sebab cacar keluar banyak di muka...


Bubble cacar yang pada awalnya hanya berisi air...
Masuk hari ketiga jadi bubble berisi air pekat, macam nanah...
Tengok muka di cermin, memang mengerikan...
Ibarat gunung berapi yang tunggu masa mau meletus gamaknya...


Masa inilah badan ni rasanya berada di tahap kelemahan yang paling lemah...
Mau bercakap pun tidak larat, inikan pula mau bergerak ke sana sini...
Makan memang kena berpantang...
Tidak boleh makan kicap, yang berminyak, yang boleh buat gatal, dan macam-macam lagi...
Pendek kata, sepanjang kena cacar aku hanya makan sup sayur/ikan/ayam dan bubur saja...
Yang paling tidak best bila bubble cacar sudah mula masak...
Wooo masa ni jangan buat main wooo...
Dia punya gatal, Allah saja yang tahu betapa seksanya...
Sudah sapu ubat gatal pun, tetap juga kuat kick gatal cacar ni...
Huhuhu...

Masa cacar, mood sentiasa di tahap menakutkan, bad mood saja...
Mak cakap lagi senang jaga baby cacar daripada orang tua bangka yang baru kena cacar ni...
Disebabkan bubble cacar memenuhi seluruh badan, memang merimaskan...
Mahu baring tidak selesa, mahu duduk tidak selesa, serba serbi tidak selesa...
Baju dengan seluar memang tidak digalakkan pakai...
Kena berkain sarung sajalah...
Sebab bila bubble cacar tu terkena baju dan pecah, baju akan melekat di bubble tu...
Masa tarik baju dari bubble, memang satu hal lagi dia punya azab...
Pedih wooo...

Melayan cacar ni berlanjutan sampai lebih kurang dua minggu...
Tidur tidak nyenyak terutamanya yang kena cacar tumbuh di muka...
Berdenyut-denyut rasanya...
Memang seksa yang amat, makan ubat apapun sakitnya tidak hilang...
Sampaikan Raya Haji pun tidak beraya aku dibuatnya...
Berkurung saja dalam bilik...
Juadah raya lagilah tidak dijamah, berpantang katanya...

Alhamdulillah...
Lepas dua minggu cacar sudah beransur sembuh...
Cuma parut bekas bubble cacar tu masih kekal sampai sekarang...
Ada yang sudah mula hilang tapi masih banyak yang masih ada...
Terutamanya di muka, berbintik sana sini...
Ikut petua sana sini, parut tu masih ada cuma sudah berkurang sikit...
Oklah tu daripada tidak hilang langsung, kan? Hehehe...

So, kesimpulannya ada beberapa pesanan untuk yang kena cacar ni...
Pertama, bila nampak ada bubble air muncul tiba-tiba segera minum air kelapa bagi keluar semua bubble tu, jangan simpan-simpan...
Petua bugis, tambah ralle (saffron) biar keluar smuanya...
Kedua, makan kena berpantang terutamanya kicap...
Ketiga, mesti mandi jangan tidak mandi pula untuk buang panas tu...
Keempat, jangan sesekali pecahkan bubble cacar tu, nanti jadi lagi teruk dan parut akan kekal...
Kelima, banyakkan minum air masak...
Kalau ada "air tawar" yang orang-orang tua tolong buatkan tu, minum saja...
Keenam dan paling penting, MA pesan jangan ambil antibiotik untuk matikan cacar...
Cacar memang akan hilang dan bubble tidak akan keluar tapi di lain masa lain hari dia akan datang balik, mungkin lagi teruk sampai tahap kayap. Haaa...

Itu saja pesanan yang terfikir buat masa ni...
Lain-lain tu, kena google sendiri lah ya...
Hehehe...
Selamat beristirahat kepada yang kena cacar tu...
Jangan marah-marah...
Hahaha...

Rabu, Oktober 18, 2017

Selamat Berehat, Uncle Haris...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Uncle Haris Herman atau lebih dikenali dengan panggilan Mister Haris R&D...
Telah kembali kepada Allah pada 16hb Oktober 2017, sekitar 11.00 malam...
Seorang penyelia R&D, seorang ayah, seorang suami, seorang sahabat dan seorang jiran yang sangat-sangat baik...
Tidak hairanlah kenapa ramai yang akan terkejut dan bersedih sewaktu menerima berita pemergian beliau...

16/10/2017, 10.51 malam...
Tidur-tidur ayamku dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Kak Peni...
Bertanyakan aku ada baca khabar daripada MA Nordin dalam group whatsapp atau tidak...
Jawapanku mudah, tidak sebab aku sudahpun mula menaikkan sauh untuk berlayar ke alam mimpi...
Kak Peni kata MA Nordin maklumkan yang Uncle Haris, ayah kepada adik Hafizul dikejarkan ke Hospital Kunak menaiki ambulan ladang sebab pengsan di rumah...
Tanpa berfikir panjang dan melayan mamai, aku terus salin pakaian dan capai kunci kereta...

Aku sama-sama dengan Kak Peni meluru menuju ke Hospital Kunak yang jaraknya lebih kurang 10 minit daripada rumah kami...
Sepanjang perjalanan, hanya rasa cemas yang menyelubungi kami berdua...
Dalam fikiranku, aku terus-terus terbayang akan anak-anak Uncle Haris yang mana tiga orang daripadanya merupakan anak-anak murid tuisyen dan mengajiku...
Ya Allah, janganlah ada apa-apa yang buruk jadi pada Uncle Haris, bisik dalam hatiku sepanjang jalan...

Namun, belum sempat tiba di hospital, Kak Peni yang duduk di kerusi penumpang sebelah ku, tiba-tiba buat suara sebak...
Aku yang tengah drive, tanya berkali-kali pada Kak Peni, kenapa?!
Pertanyaan kenapa yang ntah ke berapa kali baru dijawab oleh Kak Peni...
Di dalam group whatsapp, telah dimaklumkan oleh mereka yang sudah terlebih dahulu tiba di hospital bahawa Uncle Haris sudah tiada...
Aku tidak percaya! Aku tekan pedal minyak sekuatnya sehingga tidak sedar berapa km/j keretaku telah pergi waktu itu...
Jangan! Jangan! Jangan! Itu jeritku!

Tiba di hospital, suara tangisan kedengaran olehku yang masih berada di kawasan parkir dari arah wad kecemasan...
Aku disambut oleh Mr Johari yang sedang tenangkan diri d halaman hospital dengan khabar yang sama, Uncle Haris sudah tiada...
Aku berlari menuju ruangan kecemasan...
Di sana semua yang ada sedang bermuram sedih, anak-anak Uncle Hari sudah mula mengalirkan air mata penuh kesedihan, ada yang meraung ada yang hanya tercungap menahan sebak kehilangan...

Aku langsung memeluk dua orang anak Uncle Haris (Pija & Tutu), keduanya anak muridku...
Aku cuba tenangkan kedua-duanya walhal aku sendiri tidak tenang...
Kelihatan Auntie Nordia, isteri Uncle Haris mencuba untuk tenang bagi selesaikan urusan yang diperlukan oleh pihak hospital serta dibantu dan ditemani oleh MA Nordin dan jiran-jiran kami yang ada...
Sanak saudara Uncle Haris juga sudah dihubungi pada ketika itu...

Aku bertanya pada MA Nordin akan perkara ini untuk kepastian...
Ya, memang Uncle Haris sudah tiada...
Hospital mengesahkan bahawa Uncle Haris sudah meninggalkan kami sewaktu beliau dalam perjalanan menuju ke hospital lagi sebenarnya, brought in dead kata mereka...
Punca kematian tidak dapat dipastikan tanpa bedah siasat...
Kami hanya mampu meneka, ini mungkin berpunca daripada tekanan darah tinggi yang telah dialami oleh beliau setelah sekian lama...
Kesannya mungkin pada jantung Uncle Haris...

Selang beberapa minit kemudian...
Tunangku (my TanSri), En. Yusari pun tiba...
Setibanya dia, jiran yang lain minta tolong temankan Auntie Nordia untuk buat laporan polis di IPD Kunak...
Mr Johari, aku dan Yusari pergi IPD Kunak temankan Auntie Nordia...
Dalam perjalanan, Auntie Nordia cerita detik cemas Uncle Haris...

Pukul 10 malam, Uncle Haris mengarahkan semua anak-anak masuk tidur...
Uncle Haris yang sudah baring bersiap untuk tidur tiba-tiba tersedak sesak nafas...
Hafizul, anak Uncle Haris kejutkan ibunya, Auntie Nordia dan meminta bantuan daripada jiran terdekat, Mr Mansur & Mr Johari...
Mr Mansur & Mr Johari tiba dan cuba membantu, disusuli oleh MA Nordin dan Pakcik Basir beberapa minit kemudian...
MA Nordin memberi bantuan kecemasan awal sementara menunggu ambulan ladang...
Mr Mansur juga sempat bantu menukar pakaian Uncle Haris...
Setibanya ambulan, Uncle Haris terus dihantar ke Hospital Kunak ditemani oleh isteri, anak-anak, MA Nordin serta jiran-jiran yang ada pada waktu itu...

Cerita Auntie Nordia terhenti untuk menjawab panggilan ahli keluarganya yang bertanya khabar...
Kemudiannya Auntie Nordia menelefon anak sulung mereka yang berada di semenanjung...
Auntie Nordia yang pada awalnya nampak tenang, sudah tidak mampu menahan sebak sewaktu menyampaikan berita sedih itu kepada anaknya...
Aku hanya mampu sapu belakang Auntie Nordia, mencuba menenangkan walaupun hakikatnya aku sendiri sedang menahan sebak...

Setiba di IPD, Auntie Nordia membuat laporan polis dengan tenang memberikan semua maklumat yang diperlukan...
Aku salute ketabahan beliau, aku sendiri rasanya mustahil untuk menjadi setenang itu apabila mendapat perkhabaran pahit yang berlaku pada orang yang aku sayang...

Selesai buat laporan polis, kami kembali semula ke hospital untuk prosedur selanjutnya...
Di hospital, adik beradik Uncle Haris sudah pun sampai dan beberapa lagi rakan-rakan warga Mostyn...
Bertambah-tambahlah suara meraung dan suasana sedih menyelubungi hospital...
Hmmm...

Selesai urusan menuntut jasad Uncle Haris dan pengesahan tidak mahu lakukan bedah siasat, maka secara official barulah aku blh admit yang jasad di hadapanku itu ialah jenazah arwah Uncle Haris...
Jenazah Uncle Haris dibawa masuk semula ke dalam ambulan ladang untuk dihantar ke rumah keluarganya di Tawau...
Di sanalah jenazah arwah akan diurus dan dikebumikan...
Bergeraknya ambulan dan keluarga arwah menuju Tawau, barulah satu per satu kami tinggalkan perkarangan hospital kembali ke rumah masing-masing...

Aku sampai di rumah jam menunjukkan sudah hampir 2 pagi...
Bersiram dan ambil air wudhuk...
Cuba untuk tidur namun tidak mampu terlelap sampailah ke pagi...
Dalam fikiran hanya terbayang anak-anak arwah Uncle Haris...
Aku whatsapp Hafizul, bagi kata-kata takziah dan nasihat untuk terus menerus kirimkan doa dan sedekah buat arwah bapanya...
Semoga Allah memelihara Auntie Nordia dan anak-anak seperginya Uncle Haris kepada-Nya kerana Allah lah sebaik-baik pelindung dan penjaga...


Uncle Haris & Auntie Nordia (kredit kepada keluarga arwah untuk gambar ini)

Dear Uncle Haris...
Selamat berehat dan selamat jalan...
Semoga tenang di sana dalam dakapan Allah SWT...
Insya Allah kita jumpa lagi kelak dalam syurga Allah...
Kami di sini akan sentiasa mencuba dan berusaha untuk menjaga Auntie Nordia dan anak-anak uncle...
Innaalillaahi Wainnaa Ilaihi Raajiun...
Al-Fatihah buat Allayarham Haris Bin Herman...

p/s: terima kasih uncle haris, sudi tolong kaitkan satu tandan buah kelapa masa aku kena cacar dan untuk etta yang kurang sihat baru-baru ni, walaupun kami tidak minta...