Selasa, September 15, 2015

MSOSH Awards Dinner & Weekend With My "Kembar" And Adik-Adik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, Allah masih memberi keizinan kepada aku untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Semenanjung Malaysia...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Saifullizan, Pengurus Kanan kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk menguruskan Audit MSOSH tanpa keraguan...

Alhamdulillah, berkat usaha bersama rakan-rakan sekerja yang lain maka Ladang Mostyn telah berjaya mendapat Anugerah MSOSH Gold Class 2 Awards 2014...
Level Gold Class 2 sangat-sangat tinggi bagi penyertaan baru, yang sepatutnya bermula dengan Gangsa (Bronze)...
Tapi kami sahut cabaran, kami terus menjejak ke arah Gold Class 2, dan syukur kami berjaya...

Usai audit MSOSH dan peroleh keputusan, kami dijemput untuk menghadiri majlis makan malam MSOSH Awards untuk menerima sijil dan trofi...
Sekali lagi, syukur Alhamdulillah kerana Tuan Saifullizan memberikan peluang yang sangat berharga untuk aku turut bersama beliau hadir ke majlis tersebut untuk menerima anugerah...
Terima kasih, Tuan...
Terima kasih juga buat family yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti...
Jatuh bangunku, mereka sentiasa ada di sisi...
Alhamdulillah atas segalanya...

Bila tiket kapal terbang sudah dimuktamadkan, aku pun menghubungi beberapa orang junior ku masa di TPMC dulu terutamanya Afiq untuk tolong soal transportation ku nanti dan juga seorang kawan so called "my-kembar-lain-mak-lain-bapak"...
Hehehe...
Niat di hati ingin berjumpa semua, tapi akan daya waktu sangat terbatas...
Insya Allah, memang ada perancangan untuk bertemu yang lain di kemudian hari...
Termasuklah niat untuk berjumpa my new nephew, Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan terpaksa ditunda sebab Kak Anor sedang berpantang di Melaka...
Masa untuk aku berada di Tanah Semenanjung sangat-sangat singkat, maaf Abg Lan and family...

04/09/2015...
Syukur Alhamdulillah juga, Allah memberikan aku kawan-kawan yang sangat baik...
Bermula ketibaan aku di KLIA hinggalah aku kembali ke KLIA semula untuk penerbangan balik Sabah, segala perjalananku telah diatur dan diuruskan dengan baik...

Yang diminta tolong hanyalah kenderaan, tapi siap dengan segala itinerary untuk 3 hari termasuk makan minum diorang tolong arrange kan...
Bak kata Afiq, "3 hari ni hanya untuk Kak Andi..."
Terharu...
Terima kasih semua...
Terima kasih sangat-sangat...

Dihidangkan beberapa keping gambar yang sempat diambil dan diambilkan...
Hehehe...
Once again, thanks everyone!
Thank you, Allah... :)

Sempat lagi Wan Via snap gambarku sebelum ke dinner

Invitation Card MSOSH Awards Dinner

Suasana dalam Sunway Pyramid Convention Centre sebelum majlis bermula

Tn. Saifullizan naik ke pentas untuk menerima sijil dan trofi

Aku dan Bos (Tn. Saifullizan) bergambar kenangan bersama anugerah yang diperoleh

Ikea Meatballs...Ni lunch setibanya dari KLIA, kira lunch ni dulu barulah MSOSH Dinner

With my adik-adik yang gigih sanggup bercuti demi aku...Thanks...

Diorang ni lah racun, diorang jugalah penawar...

Sabrina, Afiq, Aku, Wan Via, dan Tok Wan...U guys the best...!!!

Me with Sab in front of Sun Inns Hotel Mentari...Get ready for my 2nd day...

The next day, on 05/09/2015 breakfast Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru pula

Nyum...Nyum...Nyummm...

Me with the food...

See afiq there? Sebesar mana saiz dia, sebesar tulah baik hati dia

Lepas sarapan, kembali ke tempat penuh memori 2010

They're patiently waiting for me choosing the best wordings for my Tan Sri

No words can describe our love...Tiga kali karang, tiga kali padam...Last2, tulis nama jek...Huhuhu...

Ronda-ronda tingkat atas CM


Yup! Here we were...Central Market...Tempat yang menyimpan seribu kenangan buat aku...

Oh! Panasnya KL...!!!

Lepak IOI Mall Putrajaya, lunch Subway Club, my fevret!

With Afiq...Oh ya, Tok Wan tak dapat join kami dah, atas komitmen kerja

With Sabrina...Wan Via camera shy plak time ni

Sab in action...Bowling Time!!!

Wan Via cuba dapatkan Spare

Afiq pun boleh tahan jugak lah

Budak bertiga tu syok main bowling, aku plak usha orang main ice-skating 

Finally they're here! Naimah and Yusra...

Afiq pun mau tumpang sekali tuh

Thanks sebab sudi drive jauh-jauh dari Bestari Jaya semata-mata untuk jumpa Kak Andi


Pre-Dinner at Murni Bukit Jalil...Pre-Dinner pun Spaghetti Meatballs kauuu


Memory pictures before I let them (Naimah & Yusra) leave me earlier sebab jauh untuk drive balik

Lps pre-dinner ronda2 downtown Jalan Reko Bangi...Ni jek gambar kenangan yg ada...Hahaha...

Jumpa minah ni di Downtown...Hahaha...Mmg berjanji pun jumpa sana...

This drink! The most memorable drink of all time...POISON & Zai... :D


Actual Dinner...Murni Discovery SS2...Hehehe...Naan Bombay & Spaghetti Arabiatta with Lamb Chop

3rd day, final day...Sebelum bertolak ke KLIA singgah BTS jumpa makcik ni...Hahaha...Ambil samosa yang order kat dia...Sedappp samosa dia, disyorkan utk repeat order!

Minah ni jek lah yang gigih setia hantar aku sampai KLIA dan tunggu sampailah aku masuk dalam...Budak2 lain ada hal, tp tdk mngapa aku cukup bersyukur dengan pengorbanan diorang layan aku kaw kaw punya special...

Masa perjalanan ke KLIA yang cukup berharga dengan minah ni...Semua kenangan terimbas kembali...Masalah tdk hilg tp skurang2nya kekusutan terlerai sedikit...People called her my twin lain mak lain bapak...Celah mana yg kembar, aku pun tdk tau... :p

These are the presents given by my adik-adik (plaque) and cik tika md jani (bear famous amos)...Rasa terhutang budi gila-gila dengan kamu semua... :')


So, that's all so far...
Once again, thank you so much kepada semua yang terlibat sepanjang tiga hari keberadaan ku di KL...
Tika, Tok Wan, Afiq, Sabrina, Wan Via, Naimah dan Yusra...
Thanks a lot, guys...
Allah saja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua...
Insya Allah jika diberikan keizinan oleh Allah, kita akan berjumpa lagi...
Begitu juga buat rakan-rakan yang lain...
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan berkati niat murni kita semua...
Insya Allah, Amin...

Tiada ulasan: