Sabtu, Jun 16, 2012

Membebel Pasal "The Unhealthiness"


Assalamualaikum...
Terjaga dari tidur dek dahaga, tekak rasa kering tengah2 malam ni...
Hmmm...
Malam ni aku tidur agak awal jugak sebenarnya...
Dalam jam 9 ke 10 pm tadi rasanya aku dah lelap tapi terjaga balik plak...
Aku tidur lepas telan panadol sebijik (thanks naimah utk panadol tu), sebab aku rasa agak kurang sihat sikit sejak lewat petang tadi...

Oh ya, petang tadi ada briefing pasal Final Year Project (FYP) daripada Mr Gopal (Coordinator for FYP Biotech) selama hampir 3 jam lah jugak lamanya...
Huhuhu...
Masa sejam dua yang pertama aku ok lagi...
Tapi bila lepas break sekejap, aku berdiri dari kerusi terasa semacam plak kepala ni...
Dia punya denyut tu bukan main lagi, risau jugak aku kalau2 vertigo ku ni datang mengada-ngadanya mau melawat aku plak time2 aku busy macam ni...
Haissshhh...Jangan main gila lah wahai vertigo ku sayang oooiii...

So, aku just ambik langkah selamat untuk duduk jek padahal masa break tu aku berhajat untuk ke bilik air tapi terpaksa batalkan niat tu...
Dapatnya aku jatuh atau apa2 jadi dalam toilet tu, memang naya aku...
Sebab sakit kepala tulah, bila tadi Sir Gopal buka cabutan untuk undi Supervisor aku tidak berdiri untuk cabut (cabutan ada 5 tapi kami ada 6 orang)...
Alih2, aku seorang jek lah lagi kena tunggu sampai hari Isnin untuk dapat tau siapa Supervisor ku untuk FYP ni, so belum boleh start apa2 sangat lagi lah...

Dijadikan cerita, lepas dari briefing tu memang rasa dahaga yang sangat drastik...
Balik bilik, nasib baik OK jek semua sepanjang jalan balik tu...
Masa aku mau ambik wuduk untuk Asar, aku tengok cermin d toilet tu, tengok2 MATAKU MERAH SEBELAH!!!
Tapi tiada gatal2 atau pedih2 lah, merah jek...
Cuma kepala asyik nyut2 jek lah...
Menghadap laptop pun tidak larat sebab kepala rasa berat...
Sakit kepala yang aku rasa ni, rasanya macam kalau kita stay-up untuk study final exam...
Rasa macam orang yang tidak tidur sehari semalam...
Tapi tidurku ok jek, normal jek cukup2 antara 5-8 jam aku tidur sekarang ni sejak2 pencen...
Hehehe...

Bila aku belek2 berita hari ni, aku termasuk dalam link portal Jabatan Alam Sekitar...
Sebab ada nasihat untuk menjaga kesihatan dengan lebih lagi serta minum banyak air masak...
Rupa2nya, KL tengah jerebu teruk sangat2 akibat kemarau di Sumatera sekarang ni...
Kalau kemarau tu, mesti ada pembakaran lagi rasanya...
API atau IPU (Indeks Pencemaran Udara) di KL jek untuk hari ni di antara 86 hingga 105 yang mana dikategorikan sebagai "Unhealthy" sama juga dengan Shah Alam dan Pelabuhan Klang...
Pastu aku tengok bahagian Tawau, sejuk jek hati ku bercampur jeles sikit sebab di sana antara yang paling rendah IPU nya sekitar 30-40 sahaja iaitu kategori "Good"...
Lepas jek tengok indeks tu, aku baru teringat memang agak tebal jerebu petang tadi...
Rasa macam berkabus di Kundasang plak...
Hahaha...

So, mungkin aku boleh simpulkan di sini yang vertigo ku masih lagi baik sebenarnya...
Dia duduk jek diam2, tidak kacau aku lagi buat masa ni...
Jadi yang sakit kepada, mata merah dan tekak asyik dahaga ni mungkin berpunca daripada masalah cuaca sekarang lebih specific lagi sebab masalah jerebu di KL ni...
Hmmm...
Insya Allah, mudah2an tiada apa2 yang teruk atau melarat plak sebab aku sangat2 lah malas mau p klinik atau cuti sakit lagi...
Cukup2lah hampir setahun aku cuti sakit tu dulu...
Untuk semester ni, aku tidak boleh tinggal satu kelas pun kalau boleh, sebab subjek2 ku sangat2 lah tough dan memerlukan komitmen 99.99% dari segi kehadiran dan kefahaman...

Yang pasti, aku sudah berjaya habiskan air masak ku yang 4 Litre tu dalam masa 5 jam disebabkan asyik dahaga jek...
Padahal sebelum ni, biasa sehari 2 Litre jek aku mampu consume...
Huhuhu...
Dan yang leceh nya, asyik kena melawat bilik air tu yang tidak best tu...
Apakan daya, layankan sajalah...

Apa2pun, sapa2 yang baca post ni diharapkan jagalah kesihatan selalu, minum air masak banyak2 bak kata atok aku, prevent better than cure...
Tapi, jika ditakdirkan juga dapat sakit tu, kita hadapi dengan redha jek lah...
Sesungguhnya kesakitan itulah penghapus dosa2 kecil...
Namun perlu aku pesankan juga, tiada kesakitan yang rasanya indah dan best...
As the conclusion, sama2lah kita elakkan sedaya upaya daripada membuat dosa d samping giat tingkatkan usaha untuk mendapatkan rahmat serta kasih sayang Allah...
Hehehe...


p/s: so called "kononnya-the sweetest-kapel-5sains-2007-smk kunak" mau datang lawat aku besok petang! dorang ni turut merangkap classmate se'argument' dan se'planner activities' aku dulu...elkie and juvita!!! nasib lah mr hyde sorang tu tiada, kalau dia ada memang ajak begadoh jak lah kerjanya...hahaha...


Tiada ulasan: