Sabtu, Disember 25, 2010

Sesi Dialog Bersama MQA & Timb Menteri Pengajian Tinggi


Khamis lalu, 23hb Disember 2010...
Aku bsama2 dengan Aidil Ibrahim dan Ferman Hidayat telah menghadiri sebuah sesi dialog yang dianjurkan oleh MQA di Menara PKNS, Petaling Jaya...
Jemputan yang dihadiri oleh beberapa lagi Wakil Pelajar daripada pelbagai IPTS lain menjadikan sesi ini nampak begitu eksklusif...
Hehehe...
Dialog ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah juga dimoderatorkan oleh CEO MQA, Dato' Syed Ahmad Hussein...


Pentas cadangan dan soalan dibuka untuk dua sesi dan akan dijawab oleh Dato' Saifuddin dan Dato' Syed...
Oleh kerana begitu ramai MPP lain yang masing2 bersemangat bertanyakan soalan, siap dengan soalan dari MPP kami pun terselit dalam soalan mereka...
Kami hanya take note dan mendengar dengan teliti jawapan2 yang diberikan untuk dibawa pulang...

Antara Q&A yang dapat dicatatkan dan yang berkaitan ialah:
  1. Bagaimanakah nasib pelajar2 dalam bidang kursus yang MQA belum luluskan? Pihak kolej menawarkan kursus2 tersebut, namun pelajar2 tidak mengambilnya kerana belum mendapat kelulusan daripada MQA.
  2. Mohon diadakan sidang parlimen buat para pelajar untuk memberi peluang kepada kami membuka minda dan berkongsi serta bertukar-tukar buah fikiran.
  3. Mengapa perlu ada perbezaan di antara IPTA dan IPTS? Mengapa tidak membuka ruang untuk kami duduk bersama dan berbincang bersama, seperti hari ini. Yang ada dalam ruangan ini hanyalah daripada IPTS sahaja.
  4. Benarkan mahasiswa berpolitik, mansuhkan AUKU.
  5. Dimana hak pelajar IPTS untuk mendapatkan peluang pekerjaan? Sedangkan pelajar IPTA lebih mudah untuk diterima bekerja.
  • Dijawab oleh Dato' Syed - Pihak MQA tidak mengambil masa yang lama untuk meluluskan sesebuah kursus yang ditawarkan. Kelewatan berlaku hanya apabila pihak IPTS gagal menyediakan syarat2 minimum yang telah ditetapkan oleh MQA. Tetapi, sebelum pelajar tersebut tamat pengajian sepatutnya program tersebut telah pun diluluskan.
  • Dijawab oleh Dato' Saifuddin - Pihak kementerian sebenarnya memang telah berhasrat untuk mewujudkan sebuah Senat yang mengumpulkan wakil-wakil pelajar daripada semua IPT, cuma sedang dalam kerangka untuk cara-cara melaksanakannya.
  • Dijawab oleh Dato' Saifuddin dan Dato' Syed - Sebenarnya dalam kementerian dan MQA sendiri, tiada membezakan di antara pelajar2 IPTA dan IPTS. Yang membezakan hanya institusi nya. Jika mahukan meja rundingan, silakan. Cuma fokus kita pada sidang dialog ini untuk meningkatkan kualiti pengajian IPTS memandangkan IPTS dijalankan oleh pihak korporat dan persendirian.
  • Dijawab oleh Dato' Saifuddin - Jika saya seorang mahasiswa, saya pun ingin berpolitik. Tapi pihak lain yang tidak bersetuju punyai alasan yang tersendiri. Seperti contoh, kamu boleh saja mendaftar di bawah mana2 parti tetapi jangan lah sertai demonstrasi kerana semua itu hanyalah membuang masa sebagai pelajar. Lebih elok masa pegi demonstrasi tu, digunakan untuk menelaah pengajian. Saya menyokong mahasiswa berpolitik tetapi saya ada juga 30 sebab kenapa mahasiswa tidak patut berpolitik. Sokongan penuh banyak diperoleh daripada ibubapa, orang yang paling berhak ke atas diri para mahasiswa itu sendiri. Just believe this, AUKU dilaksanakan atas alasan masa depan mahasiswa itu sendiri. AUKU mahukan para mahasiswa menamatkan dulu jaminan masa depan mereka, iaitu habiskan pengajian terlebih dahulu. Kemudian, fokuslah dalam bidang apapun jua yang kamu minati.
  • Dijawab oleh Dato' Syed - Sebenarnya, inilah keluhan yang sama kami terima daripada pelajar2 IPTA. Mereka pula berkata, pelajar IPTS yang mendapatkan peluang pekerjaan dengan lebih mudah. Apa yang menjadi masalah di sini, bukanlah sistem kelayakan MQA atau kementerian atau IPTA/IPTS. Yang menentukan pelajar itu mendapat kerja ialah sudah tentunya rezeki, kemudian kelulusan dan CGPA yang elok untuk pertimbangan syarikat-syarikat, juga ia bergantung kepada employer itu sendiri. Mereka yang menetapkan standard2 untuk pekerja2 yang mereka inginkan, bkn kementerian atau MQA. Pihak MQA dan kementerian juga institusi sentiasa memberikan yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang terbaik. Jika kamu tidak diterima, tapi mereka memberi alasan kamu dari IPTA atau IPTS memang tidak berkaitan sama skali. Hal nya hanya, mereka memang tidak mahu menerima kamu bekerja, tapi gunakan institusi kamu sebagai alasan.

Itulah sedikit sebanyak soalan dan jawapan yang mungkin berkaitan langsung dengan pelajar TPM dan MQA/Kementerian...
Aku hanya ingat point-point, selebihnya merupakan olahan ayat aku berdasarkan apa yang aku fahami dan mudah untuk aku sampaikan untuk difami...
Apa2pun, terima kasih buat semua sahabat2 MPP lain atas soalan2 yang bernas dan turut mengajukan soalan daripada pihak kami...
Hehehe...

Trima kasih juga kepada Dato' Saifuddin dan Dato' Syed atas jawapan2 yang memuaskan...
Sejuta penghargaan buat MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi atas usaha menganjurkan program seperti ini dengan tujuan untuk merapatkan hubungan dengan para pelajar IPTS dan kami sesama MPP juga dapat peluang mengenali sesama lain...
Terdapat juga beberapa nama institusi yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan baru diketahui dalam program tersebut seperti Orange College dan Putra College...
Tidak dilupakan, terima kasih utk cenderamata berupa payung, goodies bag, dan baju daripada MQA...

Tiada ulasan: