Khamis, September 06, 2018

Family Time!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Aku kembali lagi...
Kembali mencuba untuk menukilkan sesuatu...
Walau jari terkadang rasa kaku dan curahan idea mula membeku...
Namun aku cuba...
Demi blog tercinta yang semakin lama semakin terbiar...
Maaf...

Memandangkan aku sekarang diserang kemalasan tahap Ultraman Taro...
Jadi aku hidangkan saja beberapa gambar 'random' sejak beberapa menjak ni...
Bukan apa, aku tersangat jarang ada Family Time sekarang...
Busy kerja dan kalau cuti pun, prefer untuk ZzzZzz saja...
Huhuhu...

So...
Here we go...

Raya, Raya, Raya
Our first Raya as husband & wife
Raya with our little family (family abg lan tiada)
Berjumpa kawan chipsmore di majlis kahwin sepupu
Ladju Clan!
With loves at Mabul Island
Kesayangan beta di Pulau Mabul
Pulau Gusungan
Tumbuk & Buras Time!
Anak bajau/suluk dipaksa buat tumbuk
Doa kesyukuran Aidil Fitri
Attending SDP Raya Open House
At KGTI
Ala-ala Zaman Hang Tuah kita
Barakallah Ima & Husband
Wishing to have kids like them
Final World Cup 2018

"Family is a unique gift that needs to be appreciated and treasured, even when they're driving you crazy. As much as they make you mad, interrupt you, annoy you, curse at you, try to control you, these are the people who know you the best and who love you."
-Jenna Morasca-


Jumaat, Mei 11, 2018

PRU-14 Kami Berlapang Dada Demi Malaysia Tercinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah lama aku tidak bermadah...
Fasa hidup baru membuatkan time management ku sedikit kalut...
Insya Allah, masih dalam penambahbaikan...

Setelah lima (5) tahun...
Kini ia kembali lagi, Pilihan Raya Umum...
PRU kali ini ialah yang ke-14...
Ini merupakan PRU yang kedua aku mengundi...
Alhamdulillah, sokongan masih tetap sama untuk keduanya...

Kita bercerita kini soal kemenangan bergaya Pakatan Harapan...
Satu kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia...
Yang selama ini mengimpikan untuk terlepas daripada genggaman kerajaan GST di bawah pemerintahan Pengerusi Barisan Nasional...

Umum tahu, aku sekeluarga sememangnya jentera di bendera biru tua...
Tapi ini tidak bermakna kami bersetuju dan berkenan dengan pemerintahan kerajaan GST...
Terlalu banyak salah laku dan ketidakpuasan hati kami kepada pemerintah itu...
Cuma kami mengambil pendekatan kekal di bendera biru tua ini atas dasar kasih sayang kepada parti yang terlalu banyak berjasa sebelum ini...
Sekaligus berharap jika diizinkan memerintah semula, si bapak GST itu akan kami singkirkan dengan cari demokrasi dalam parti sewaktu pemilihan Presiden UMNO kelak...

Namun, kami akur dan redha...
Ini pilihan rakyat yang sudah jelak dengan tekanan kerajaan GST...
Termasuk kami...
Berdirinya kami di bendera biru tua ini...
Bukan bererti kami tidak mahu perjuangkan nasib rakyat yang tertindas...
Kami hanyalah menjalankan tanggungjawab atas dasar terhutang budi kepada parti pemerintah yang sudah banyak berjasa kepada kami di PDM Mostyn, khususnya masyarakat Bugis...
UMNO melayan kami seumpama saudara kandung, tiada sentimen perkauman dihidupkan macam segelintir parti dalam Sabah ini...

Perjuangan kami hanya kerana sayangkan parti keramat ini...
Jadi janganlah kami dilabel sebagai pejuang kerjaan GST kerana kami juga sama seperti kalian yang setia pada parti...
Jangan disalahkan parti ini, kerana UMNO/BN lah yang telah dinaungi oleh Tunku Abd Rahman dalam memerdekakan Malaya serta parti ini jugalah yang dipacu oleh YAB Perdana Menteri kita yang baru, Tun Dr. Mahathir dalam memodenkan Malaysia...
Mohon jangan salahkan kami yang setia pada parti, mohon jangan disalahkan parti ini...

Punca kesesakan hidup kita semua bukan sebab parti, tapi sebab pemerintah yang gagal...
Menunggang parti untuk kepentingan peribadi dan membuat keputusan terburuk dalam Malaysia dengan implementasi GST atas kapasiti parti...
Kalau dia bukan anak mantan Perdana Menteri Malaysia, rasanya sejak awal lagi tiada siapa yang mahu calonkan dia untuk menduduki kerusi empuk itu...
Mungkin dia pun terpaksa terkapus-kapus untuk naik ke atas memandangkan sebelum bergelar Perdana Menteri lagi sudah pelbagai skandal memalitkan namanya...

Apa-apapun...
Sekali lagi kami memohon jutaan kemaafan kepada parti lain yang tidak seperahu dengan kami...
Perjuangan kita sama, mahu melihat Malaysia kekal sejahtera...
Perjuangan kami bukanlah perjuangan individu, tapi lebih kepada perjuangan parti keramat ini...
Jadi jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
Anggap sajalah kami ini di belanga yang lain, tidak terpalit dengan nila tersebut...

PDM Mostyn menyumbang kemenangan kepada calon-calon BN...
Tapi tidak menjamin kemenangan secara menyeluruh buat DUN dan Parlimen...
Kedua-duanya tumbang di peti undi PDM-PDM lain...

Berlinang air mataku saat melihat kesedihan Etta dan Uncle Zai saat mengetahui BN tewas di daerah Kunak...
Sayang kami kepada calonnya, Datuk Nilwan Kabang bukan kerana balaci...
Tapi beliau telah memberi personal touch kepada kami sekeluarga...
Beliau seumpama abang sulung kepada Etta dan Uncle Zai...
Sangat humble dan bersederhana sewaktu membuat kunjungan ke rumah...
Duduk makan bersila di lantai tanpa sebarang protokol...
Itulah Datuk Nilwan...
Namun apakan daya, pilihan rakyat terpaksa kami akur...
Walaupun Datuk Nilwan bukan lagi pemimpin Kunak, kami sekeluarga tetap menganggap beliau sebagai sebahagian keluarga besar kami...

Dengan kekalahan UMNO/BN di kunak yang diwakili oleh Etta dan Uncle Zai...
Amat ditangisi oleh mereka berdua...
Bukan kerana kedudukan, tetapi mereka tidak dapat lagi memberikan khidmat bakti buat masyarakat yang memerlukan...
Terutamanya anak-anak Bugis yang ingin melanjutkan pelajaran...
Etta tidak tahu macam mana mahu jawab kalau ada ibu bapa yang datang untuk minta cop dan tandatangan pengesahan pada borang anak-anak mereka...

Sungguh, perjuangan Etta dan Uncle Zai adalah perjuangan masyarakat, sangat murni...
Sampai ke saat ini, air mataku pasti bergenang saat mengenang wajah sugul keduanya yang ibarat kehilangan kudrat untuk berkhidmat buat masyarakat setempat...
Aku cuma mampu menasihati keduanya...
Mungkin ada hikmah buat kita, sama seperti Tok Mat Negeri Sembilan...
Tiba masa untuk kita berehat setelah berpuluh tahun berkhidmat buat masyarakat...
Ini waktunya untuk bagi peluang pula orang lain berkhidmat buat kita...

Tahniah buat Pakatan Harapan, selamat bekerja buat Rakyat Malaysia...
Welcome back Asian Tiger, Tun Dr. Mahathir Mohamad...
A new history has been made in Malaysia...
Hebatkan semula Negaraku, we have trust in you...


Rabu, November 29, 2017

Kini Aku Bergelar Seorang Puan AKA Isteri Orang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kini aku dan En. Yusari telah sah diijab kabulkan...

11 November 2017, sekitar 10.00 pagi...
Dengan dua kali lafaz (Tok Kadi saja menyakat) aku telah selamat menjadi isteri orang...
Hehehe...

Ramai yang bertanya, kahwin ni best?
Hahaha...
Jujur cakap, yesss! Memang best!
Zaman kau bercinta yang hai hai bai bai tu, dengan kau tiba-tiba kena tinggal sama-sama di bawah satu bumbung dan tidur satu katil dengan dia...
Memang satu anjakan paradigma yang tak tercapai dek akal...
Hahaha...

Walaupun aku berkawan/bercinta sudah lama dengan En. Suami ni...
Still masih banyak benda baru untuk diselami dan di discovery channel kan...
Ibarat macam baru mahu berkawan...
Masa bercinta, dia introduce pe'el dia sikit jek...
Lepas kahwin saja, zuuuppp!!!
Dari senarai likes & dislikes dia ibarat kertas A5 sekarang sudah jadi banner!!!
Hahaha...

Tapi itu semua takda hal lah...
Insya Allah, sama-sama boleh hadapi dan terima seadanya...
Tu baru dia punya senarai untuk aku...
Aku punya senarai? Haaa... Billboard terus!
Hahaha...

Bila sudah jadi bini orang ni...
Baru aku alami dan rasa sendiri apa yang mamaku pernah rasa...
Kena bangun awal pagi, lagi awal dari suami...
Alhamdulillah, setakat 2 minggu lebih ni aku masih juara bertahan bangun lebih dulu...
Solat Subuh, Alhamdulillah suami jenis tidak perlu aku buat gempa bumi baru mahu bangun...
Cukup cuit sikit, boleh sudah dia angkat kaki pigi bilik air...
Hehehe...

Sarapan pula, aku tahu dia jenis sarapan berat...
Tapi dek kerana memahami office hour aku lebih awal dari dia...
Dia kata cukup buatkan minuman panas dan biskut saja...
Bila weekend lah, aku akan buat heavy breakfast...
Kesian plak anak orang ni malar makan biskut setiap hari...
Huhuhu...

Tapi jaga-jaga, lunch dan dinner aku buat bukan alang-alang...
Hahaha...
Setiap masa lunch aku akan balik rumah dan masak...
Since rumah kami ni sangatlah dekat dengan tempat kerja masing-masing...
Jadi senang sikit mahu balik lunch di rumah...

So far, lunch dan dinner tidak pernah menghampakan (rasanya lah)...
Sebab aku 100% turuti seleranya, which lebih kurang dengan seleraku...
Tumis menumis lah kita...
Sampaikan nasi bertambah-tambah...
Suami jenis suka hidangan fresh from the oven gituuu...
So aku kena masak cukup-cukup hanya untuk sekali makan...
Supaya tidak membazir...
Dalam masak cukup-cukup tu...
Baru dua minggu rasanya badan kami masing-masing semakin menDoraemon...
Rezeki Allah, terimalah seadanya kan...
Hahaha...

Syukur juga, aku dapat suami yang memang datang dari keluarga super duper pembersih...
Sikap mak dan kakak-kakak dia yang pembersih tu diwarisi oleh suami aku ni...
Jadi agak ringan sikitlah tugasan rumah setakat ini...
Aku masak tung tang tung tang...
Suami akan tolong basuh pinggan dan kemaskan dapur lepas siap makan...
Bukan aku suruh paksa rela ya...
Dia sendiri yang insist untuk buat, kesian katanya tengok isteri penat kerja seharian di opis, balik rumah penat pula urus dia dan rumah...
Hehehe...

Cukuplah dulu kan cerita pasal newlywed ni...
Nanti kencing manis plak orang membaca sebab kami ni suwiiittt sangat...
Hahaha...
Apa-apapun, melalui hari-hari dengan gelaran baru ni...
Terkadang aku masih tidak percaya yang aku sudah jadi isteri orang...
Bila bangun pagi tengok ada orang temankan tidur di sebelah, ya aku kena kembali ke realiti hidupku yang baru...


Aku bukan bujang lagi, aku bukan hidup solo lagi...
Jadi banyak benda selfish yang aku kena let it go! Let it go! Eh, terFrozen plak...
Hahaha...

Semoga perjalanan kami berdua semakin hari semakin direstui...
Semoga juga Allah sentiasa pelihara rumah tangga kami dalam kebahagiaan hingga ke Jannah-Nya serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...
Insya Allah, Amin...

Last but not least...
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan kami baik di pihak perempuan mahupun pihak lelaki...
Jasa semua ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran-jiran kedua belah pihak tidak mampu dibalas dengan kata-kata mahupun wang ringgit...
Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua...

Kepada mak, etta, uncle, abang mail, kak icah, abang lan dan kak anor...
Mamakiah, abang jali, kak rafeah, kak saerah, kak pidang, kak juraidah, kak ija, abang sapar, abang isai...
Dan seluruh ahli keluarga kami berdua...
Terima kasih banyak-banyak...
Tanpa kalian, siapalah kami dalam penyatuan dua hati ini...
Huhuhu...

Kepada sahabat-sahabat yang hadiri majlis perkahwinan kami...
Ada yang sanggup datang dari KL, JB, KK, Tawau dan sekitar Kunak...
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih...
Saaayang kalian semua!