Rabu, Februari 13, 2019

Kem Bina Insan Mostyn 2019


KEM BINA INSAN MOSTYN 2019 
25-27 JANUARI 2019, MASJID NURUL HIDAYAH LADANG MOSTYN 

KEM BINA INSAN MOSTYN diilhamkan oleh YDP PIBG SK Mostyn dengan hasrat yang sama daripada Pengerusi KAFA Ladang Mostyn. Ilham ini dicetuskan demi mengambil berat kepentingan pembangunan sahsiah dan jati diri murid-murid demi menjadi insan yang Cemerlang Dunia, Gemilang Akhirat. 

Hasrat murni tersebut diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama penuh daripada komiti-komiti besar Mostyn yang terdiri daripada Gender Committee Mostyn selaku pengelola aktviti-aktviti jati diri, KAFA Ladang Mostyn selaku pengelola slot-slot kerohanian, Kelab Belia Masjid (KBM) Masjid Nurul Hidayah Mostyn selaku penyelia logistik dan disiplin, serta tuan rumah program iaitu Sime Darby Plantation (Sabah) Sdn Bhd, Ladang Mostyn. Tidak ketinggalan, tunjang di sebalik kejayaan program ini adalah PIBG SK Mostyn serta Guru Besar SK Mostyn itu sendiri. 

Kerjasama daripada lima (5) organisasi besar ini, akhirnya berjaya menjadikan program Kem Bina Insan Mostyn 2019 sebuah program yang layak dilabelkan bertaraf kebangsaan kerana penganjurnya terdiri daripada team underdog yang tidak mempunyai kemahiran khusus dalam program seumpama ini tapi mampu mengisi penuh 3 hari 2 malam dengan slot-slot yang berguna kepada para peserta. 

Sesungguhnya, menguruskan murid sekolah rendah sehingga 100 orang bukanlah sesuatu usaha yang mudah. Pasukan sokongan juga amat diperlukan dalam mendekati anak-anak ini dalam satu kelompok yang kecil iaitu pecahan kumpulan. Fasilitator atas tiket Gender Committee Mostyn di bawah kendalianku juga telah membantu memudahkan lagi pengurusan para peserta, antara tugas mereka adalah: 

1. Membantu menjalankan slot Pembahagian Kumpulan, Pemilihan Ketua Kumpulan, Pemilihan Penghulu dan Penghuluwati serta Penyerahan Amanah Buat Ketua Kumpulan. 

2. Berkongsi buah fikiran dalam merangsang daya imaginasi para peserta dalam melaksanakan slot Pembentangan Kumpulan (Pemilihan Logo, Nama dan Kata-kata Semangat Kumpulan). 

3. Memberi khidmat nasihat kepada para peserta dalam kumpulan jagaan mereka perihal bentuk persembahan slot Malam Kebudayaan Islam. 

4. Bertanggungjawab dalam menjaga stesen-stesen pada slot Treasure Hunt sekaligus membantu penganjur dalam memastikan para peserta menyelesaikan tugasan di setiap stesen. Tidak ketinggalan, mereka turut memberikan sokongan dan semangat agar semua peserta mampu menyelesaikan slot Treasure Hunt tersebut dengan jayanya. 

5. Membantu pihak penganjur dalam melaksanakan tugas-tugas ad-hoc seperti menghidangkan makanan kepada para peserta, membersihkan kawasan program, merekodkan markah kumpulan, menyediakan kawasan program sesuai dengan keperluan slot dan pelbagai tugasan lain. Mereka turut menjadi sebagai sebahagian peserta dalam slot yang dirangka, terutamanya slot Malam Penghayatan dan Ceramah Motivasi serta turut menginap di kawasan program bersama para peserta.

Tahniah buat Team Kem Bina Insan Mostyn 2019...!!!

HARI PERTAMA
(Pembahagian Kumpulan, Kuliah Maghrib & Ice-Breaking)











HARI KEDUA
(Treasure Hunt, Tele-Match, Cultural Night & Malam Penghayatan)




















HARI KETIGA
(Solat Hajat/Dhuha, Ceramah Motivasi & Penutupan)














Jumaat, Disember 07, 2018

My Barney...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kita bersua semula setelah sekian lama aku memalaskan diri...


Si comel ku, Barney...
Kucing baka parsi yang menjadi penyeri hidupku...
Nama yang diambil sempena minatku pada watak Barney Stinson...
How I Met Your Mother...



17/12/2016, Barney aku bawa balik dengan usia hampir sebulan...
Dengan adanya Barney di rumahku, kucing sedia ada iaitu Memeng tidak lagi rasa kesunyian sebab sudah ada adik...
Pada mulanya, Barney rasa sangat insecure tapi dia tetap comel walaupun tengah marah...
Hehehe...
Hanya dua hari, Barney sudah boleh sesuaikan diri dan jadi bestfriend buat Memeng dan aku...










Bermula saat itu, kedua-dua kucing telah mewarnai hidup aku dengan keletah masing-masing...
Bukan saja aku, malahan seluruh keluarga dan kawan-kawan termasuk suami ku yang mula-mula geli dengan kucing, boleh jadi suka dengan kucing sebab Barney dan Memeng...
Lebih-lebih Barney, no wonder orang suka bela kucing Parsi sebab they have this kind of adorable attitude dan saaangat manja...
Parsi atau tidak, semua kucing memang istimewa bagi aku...














Girlfriend Barney, namanya NangNak (kucing MA Nordin). Sudah pergi dulu sebab sakit.

RIP to both... :(

23/12/2018, setelah dua tahun bersama...
Barney tinggalkan kami semua...
Dua hari aku menangisi pemergian Barney, tanpa henti air mata berjuraian...
Memeng pula beberapa bulan lalu sudah tidak pernah balik rumah sejak ada bini di rumah orang lain...
Memeng tidak balik, aku tidak begitu sedih sebab I know he's still out there taking care of his "wife"...
Tapi Barney lain, sebab Barney mati...
Tidak sakit, tidak digigit anjing, tidak keracunan, just mati tiba-tiba...
Dia keluar rumah malam, tidak balik macam selalu...
Puas cari, keesokan petangnya budak-budak jumpa dalam kebun sawit agak jauh dari rumah, Barney sudah tidak bernyawa...

Seminggu aku kemurungan, sebab mayat Barney aku sendiri yang dukung dan balut dengan salah satu baju aku yang Barney suka buat sandar tidur dulu...
Hmmm...
Sudah sampai ajalnya...
Semoga tenang di sana dalam dakapan Allah, ya Barney...
Jangan nakal-nakal sayang, kita jumpa di syurga nanti...
Aku sayang Barney, semua orang sayang Barney sebab Barney kucing yang baik...

Tiap masa aku berdoa semoga Mamut, Putih, Memeng, Barney dan semua haiwan yang pernah jadi peliharaan ku dulu dan akan datang, akan bersama aku semula di syurga Allah...


p/s: satu-satunya relative Barney yang masih hidup sekarang, hanyalah Catty (putih). kucing kepunyaan MA Nordin...