Isnin, Mac 10, 2014

MH370, Please Come Home...


Credit to Mytv Youth TV and Oh! Media

Terjemahan: 
"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."


"They Love You, We Love You..." 
Berjurai air mataku masa ayat terakhir tu...

Ya Allah, kami semua tahu ini tanda-tanda kebesaran-Mu. Jika ia masih di langit, turunkanlah ia. Jika ia masih di lautan, timbulkanlah ia. Jika ia di darat, bukakanlah mata kami untuk melihatnya. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Berkuasa di atas muka bumi ini...
Bantulah kami Yaa Allah...


Isnin, Februari 03, 2014

Get Well Soon, Etta!

Sudah lima hari etta ditahan di hospital...
Demam yang disangka demam biasa, rupanya Demam Denggi...
Hmmm...
Nasib baik awal dikesan oleh MA Mostyn...
Terus rujuk kes etta ke Hospital Kunak...

Etta mula ditahan dalam wad pada 29/01/2014...
Sekarang etta dalam proses tambah air dan rawatan...
Terima kasih kepada saudara mara, rakan sekerja, jiran-jiran, dan sahabat handai yang datang melawat serta mendoakan kesihatan etta...
Semoga etta cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala...
Insya Allah, Amin...



Sedikit info tentang rawatan Denggi...

Pastikan pesakit minum air mineral atau air masak dengan banyak...
Digalakkan untuk minum air/jus jambu batu pink...
Denggi tiada ubat khusus, hanya rawatan awal dan pengambilan air yang banyak mampu untuk membantu sembuhkan pesakit...
Apa-apapun, Allah jualah penyembuh segala penyakit...
Sakit atas kehendak-Nya, sembuh juga atas kehendak-Nya jua...


p/s: demam bukan mainan...segeralah dapatkan rawatan di hospital/klinik berdekatan...


Rabu, Januari 29, 2014

Some Call It Anniversary...But We Call It AndiVerSari



28/01/2014...
Tidak banyak untuk diucapkan...
Hanya rasa syukur dan berharap semoga perjalanan kami sentiasa diberkati Allah dan direstui keluarga...
Hingga ke akhirnya...
Insya Allah, Amin...