Khamis, November 07, 2013

Malam Terakhir FunFair Di Kunak


5hb November 2013...
Salam Maal Hijrah dan Happy Bday, Zai...!!!~
Hehehe...
5hb tu juga merupakan malam terakhir adanya FunFair di Kunak ni...
Seingat aku, inilah FunFair yang paling lama pernah ada...
Ada dalam dua bulan rasanya...
Tempoh nya sentiasa dilanjutkan dek permintaan yang memberangsangkan daripada warga kunak...
So far, aku ke FunFair dengan family sudah tiga kali termasuk yang malam terakhir ni...
Sekali ada mak dan Balqis, dua kali tiada mak dengan Balqis tapi ada TanSri...
Selebihnya mesti ada Uncle, Etta, dan Izan...
Ini antara FunFair yang acceptable sikit lah berbanding yang sebelum ini...
Tahniah pihak pengurusan!

Aku macam biasa, tukang beli token...
Tapi yang habiskan Izan, Uncle, dengan Etta...
Izan suka naik yang Swinging Ship tu dengan main dart belon...
Uncle dengan Etta suka main dart belon dengan lempar tin...
Tapi malam last ni, TanSri pun join the club, dia addict dengan Bingo sebab etta yang mulakan...
Hahaha...

Lepas pusing-pusing habiskan duit beli token sampai RM40...
Untuk malam pertama dengan kedua, Etta yang spend makan...
Tapi untuk malam terakhir ni, TanSri pula yang belanja...
Hehehe...

In short, menunggu untuk FunFair yang akan datang!
Hope lebih best!
Hehehe...

Ready to go...Uncle driver setia...


Etta yang ter'miss target...


Usha game mana lagi nak main...


The gentlemen and gentlekid...Hahaha...


Uncle dan Izan bersama hasil buruan pertama...


Hasil buruan pertama TanSri main Bingo...


Hasil buruan bertambah!


We are family! (mak tinggal, ngantuk katanya)


Bersama hasil buruan!


Makan time!


SELAMAT PENGANTIN BARU MARDIYANA & SYAHRUM


Assalamualaikum...
Sabtu lalu bersamaan 2hb November 2013, seorang sahabat baik aku sejak kecil telah selamat diijab kabul kan dengan lelaki pilihannya...
Walaupun mulanya aku agak kecil hati sebab tidak mendapat jemputan walimah daripada dia sendiri, tapi semuanya kembali reda setelah Mardiyana sendiri yang call dan menjelaskan semuanya...
Yalah2, aku mengaku aku cepat merajuk dan kuat tacing!
Huhuhu...

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dengan lancar rasanya...
Aku tidak berkesempatan untuk hadir membantu membuat persiapan dek komitmen kerja...
Tapi aku berhasil untuk datang pada malam persandingan bersama beberapa rakan-rakan lain...
Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dengan warna tema pilihan, Warna Ungu...

Ucapan untuk Mardiyana...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, hingga ke jannah...
Semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah...
Diharapkan akan tetap ada masa yang diluangkan untuk rakan-rakan lepas ni walaupun sudah bergelar isteri...
Kami semua akan tetap doakan yang terbaik buatmu...
Insya Allah...

Gadis-gadis yang masih menunggu giliran...Hehehe...

Ibu-ibu yang sudah lepas giliran...Hahaha...

Jejaka-jejaka klasik...

Belum ready!

Sudah ready!

Classmates yang dapat hadir...


p/s: aku bulat balik lepas kerja...huhuhu...kuat lapar! hahaha...


Jumaat, September 27, 2013

Ladang Mostyn...Takdirku Di Sini...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, 26hb September 2013 satu tarikh yang menggembirakan ramai pihak...
Terutamanya mem besar tu lah...
Apa tidaknya, awal2 pagi lagi sudah terima panggilan telefon yang mengatakan aku telah diterima untuk bekerja sebagai QA (Quality Assurance) di Ladang Mostyn...
Ya, Ladang Mostyn milik Sime Darby Plantation Sdn Bhd...
Tempat aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dan kini peroleh kerja tetap pertama juga di ladang ini...

Aku cuma keluar daripada ladang ini pada hujung tahun 2008 hingga pertengahan 2013...
Hanya lima tahun waktu aku diperuntukkan untuk mengutip pengalaman di tempat orang...
Akhirnya, setelah tamat pengajian diploma, mem besar memaksa aku untuk pulang...
Keinginan, cita-cita, serta matlamat itu masih tertinggal di Tanah Semenanjung...
Namun, kehendak orang tua jugalah yang perlu diutamakan selagi mereka masih ada...

Pelbagai offer interview dan kerja aku terima, tapi semuanya terpaksa ditolak...
Sebab ikutkan cakap mak...
Semua interview dan tawaran kerja yang sebelum ni masing-masing jauh (bagi mak lah)...
Di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, dan pelusuk-pelusuk ladang kawasan pedalaman...
Lingkungan kehendak mak hanyalah dalam daerah Kunak ni sahaja, yang dekat dengan rumah...
Mau tunggu ruang kerja ada di daerah kecil Kunak ni, ibarat menunggu burung cenderawasih turun ke tanah rasanya...

Mulut orang sudah mula bercerita, aku sudah mula bosan terperuk dalam rumah, tansri sudah start membebel, semuanya kerana aku belum mula kerja...
Dilabel sebagai pemilih kerja pun ada jugak...
Tapi apa boleh buat, kalau ikut kemahuan ku biar di hujung dunia pun aku pergi, tapi cakap mak jugalah yang lebih berkuasa dalam hidupku sekarang ni...
Mau tidak mau, tunggu sajalah sambil memekakkan telinga dan mengeraskan hati dengan apa juga kata-kata orang sekeliling...

Bila aku mula mengeluh, mak hanya akan cakap sabarlah, pasti akan ada juga kerja yang dekat-dekat...
Sampaikan aku sudah penat untuk penat menunggu kerja ni...
Tapi, betullah bak dikata, Redha Allah Fi Redhaul Waalidain...
Akhirnya penantian semua pihak berakhir, apabila aku dipanggil untuk melapor diri ke pihak pengurusan Sime Darby Ladang Mostyn pada 26/09/2013...
Sebenarnya, aku sudah hampir putus harapan untuk menunggu jawapan interview jawatan QA ni...
Sebab aku di interview di HQ Sime Darby Bombalai untuk jawatan ni, pada 2hb Ogos 2013...
Sudah hampir 2 bulan, tiada jawapan apa-apa...
Mungkin jawatan ini dapat kepada orang lain, fikirku...
Namun sudah takdir Allah, rezeki itu terbuka untuk ku berkat kehendak mak dan juga keluarga...
Soal nilai gaji, belakang cerita...
Yang penting aku sudah tunaikan kehendak orang tua ku untuk aku kerja dekat dengan diorang...

Syukur Alhamdulillah...
Semoga langkah hari-hari ku di hadapan kelak semakin cerah dan diberkati oleh Allah SWT...
Semoga juga aku dapat bekerja dengan sebaik mungkin serta dapat mengumpul seberapa banyak pengalaman sebagai QA di Ladang Mostyn ini...
Semoga juga semua pihak atasan mahupun seluruh warga ladang ini mampu memberikan kerjasama yang terbaik kepada ku sebagai orang yang bekerja...
Kerana sebelum ni, aku hanya dikenali sebagai Andi Wiwi, anak Puang Nahri...
Tapi sekarang, aku sudah jadi sebahagian daripada mereka...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mak, Etta, dan Uncle Zai serta abang-abang dan kakak-kakak iparku kerana tidak putus-putus mendoakan serta melayan karenah ku sebagai orang yang bambong selama berbulan-bulan ni...
Ucapan istimewa buat Indo Nanna selaku pemandu setia yang sanggup menghantar aku juga TanSri yang sudi menemani aku untuk interview jawatan QA ni jauh di Bombalai, Tawau walaupun masa itu dalam bulan puasa...
Aqie, yang nun jauh di KL dan juga Mardiyana yang telah menyumbangkan khidmat sebagai penyalur informasi yang berguna sebagai persediaan aku untuk menjawab soalan interview...
Serta semua saudara mara terutama Pak Andi Dolar, semua makcik pakcik sepupu-sepupu, sahabat handai dan para kenalan yang sentiasa mendoakan kesuksesan buat ku...
Alhamdulillah, satu lagi langkah baru sudah bermula dalam hidupku...
Bismillahir rahmanir rahim...
Semoga langkahku semakin bererti dan diberkati oleh-Mu, Ya Allah...