Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, 26hb September 2013 satu tarikh yang menggembirakan ramai pihak...
Terutamanya mem besar tu lah...
Apa tidaknya, awal2 pagi lagi sudah terima panggilan telefon yang mengatakan aku telah diterima untuk bekerja sebagai QA (Quality Assurance) di Ladang Mostyn...
Ya, Ladang Mostyn milik Sime Darby Plantation Sdn Bhd...
Tempat aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dan kini peroleh kerja tetap pertama juga di ladang ini...
Aku cuma keluar daripada ladang ini pada hujung tahun 2008 hingga pertengahan 2013...
Hanya lima tahun waktu aku diperuntukkan untuk mengutip pengalaman di tempat orang...
Akhirnya, setelah tamat pengajian diploma, mem besar memaksa aku untuk pulang...
Keinginan, cita-cita, serta matlamat itu masih tertinggal di Tanah Semenanjung...
Namun, kehendak orang tua jugalah yang perlu diutamakan selagi mereka masih ada...
Pelbagai offer interview dan kerja aku terima, tapi semuanya terpaksa ditolak...
Sebab ikutkan cakap mak...
Semua interview dan tawaran kerja yang sebelum ni masing-masing jauh (bagi mak lah)...
Di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, dan pelusuk-pelusuk ladang kawasan pedalaman...
Lingkungan kehendak mak hanyalah dalam daerah Kunak ni sahaja, yang dekat dengan rumah...
Mau tunggu ruang kerja ada di daerah kecil Kunak ni, ibarat menunggu burung cenderawasih turun ke tanah rasanya...
Mulut orang sudah mula bercerita, aku sudah mula bosan terperuk dalam rumah, tansri sudah start membebel, semuanya kerana aku belum mula kerja...
Dilabel sebagai pemilih kerja pun ada jugak...
Tapi apa boleh buat, kalau ikut kemahuan ku biar di hujung dunia pun aku pergi, tapi cakap mak jugalah yang lebih berkuasa dalam hidupku sekarang ni...
Mau tidak mau, tunggu sajalah sambil memekakkan telinga dan mengeraskan hati dengan apa juga kata-kata orang sekeliling...
Bila aku mula mengeluh, mak hanya akan cakap sabarlah, pasti akan ada juga kerja yang dekat-dekat...
Sampaikan aku sudah penat untuk penat menunggu kerja ni...
Tapi, betullah bak dikata, Redha Allah Fi Redhaul Waalidain...
Akhirnya penantian semua pihak berakhir, apabila aku dipanggil untuk melapor diri ke pihak pengurusan Sime Darby Ladang Mostyn pada 26/09/2013...
Sebenarnya, aku sudah hampir putus harapan untuk menunggu jawapan interview jawatan QA ni...
Sebab aku di interview di HQ Sime Darby Bombalai untuk jawatan ni, pada 2hb Ogos 2013...
Sudah hampir 2 bulan, tiada jawapan apa-apa...
Mungkin jawatan ini dapat kepada orang lain, fikirku...
Namun sudah takdir Allah, rezeki itu terbuka untuk ku berkat kehendak mak dan juga keluarga...
Soal nilai gaji, belakang cerita...
Yang penting aku sudah tunaikan kehendak orang tua ku untuk aku kerja dekat dengan diorang...
Syukur Alhamdulillah...
Semoga langkah hari-hari ku di hadapan kelak semakin cerah dan diberkati oleh Allah SWT...
Semoga juga aku dapat bekerja dengan sebaik mungkin serta dapat mengumpul seberapa banyak pengalaman sebagai QA di Ladang Mostyn ini...
Semoga juga semua pihak atasan mahupun seluruh warga ladang ini mampu memberikan kerjasama yang terbaik kepada ku sebagai orang yang bekerja...
Kerana sebelum ni, aku hanya dikenali sebagai Andi Wiwi, anak Puang Nahri...
Tapi sekarang, aku sudah jadi sebahagian daripada mereka...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mak, Etta, dan Uncle Zai serta abang-abang dan kakak-kakak iparku kerana tidak putus-putus mendoakan serta melayan karenah ku sebagai orang yang bambong selama berbulan-bulan ni...
Ucapan istimewa buat Indo Nanna selaku pemandu setia yang sanggup menghantar aku juga TanSri yang sudi menemani aku untuk interview jawatan QA ni jauh di Bombalai, Tawau walaupun masa itu dalam bulan puasa...
Aqie, yang nun jauh di KL dan juga Mardiyana yang telah menyumbangkan khidmat sebagai penyalur informasi yang berguna sebagai persediaan aku untuk menjawab soalan interview...
Serta semua saudara mara terutama Pak Andi Dolar, semua makcik pakcik sepupu-sepupu, sahabat handai dan para kenalan yang sentiasa mendoakan kesuksesan buat ku...
Alhamdulillah, satu lagi langkah baru sudah bermula dalam hidupku...
Bismillahir rahmanir rahim...
Semoga langkahku semakin bererti dan diberkati oleh-Mu, Ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan