Selasa, September 18, 2018

Pantai Payang dan Menara Kayangan, Lahad Datu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ini semua cerita backdated...
Hahaha...

Minggu lalu, bermula 8hb hingga 12hb September 2018 aku dilawati oleh salah seorang rakan daripada TPMC iaitu Fatin Hanani aka Cellen...
Tujuan asal Cellen ni datang Sabah hanya untuk bertemu dengan suaminya yang kebetulan singgah berlabuh di Pelabuhan Lahad Datu...
Memandangkan ada cuti umum berderet, sekalilah dia isi jadualnya untuk "melawat nenek TPMC" nya ni yang kebetulan juga tinggal dekat dengan Lahad Datu...
Hehehe...

Dipendekkan cerita, aku dan suami pun plan jadual harian ke mana mahu bawa budak Cellen ni jalan-jalan area Kunak, Sabah...
Rancangan hari pertama dimulakan dengan menyerang kawasan Lahad Datu...
Untuk menghangatkan suasana, kami ajak sekali family kepoh dan kaki jalan juga...
Iaitu Family Kak Peni dan Family Kak Norma...
Baru best jalan ramai-ramai, kata suami...

Masa ni mama, etta dan Uncle Zai tidak dapat join sekali...
Sebab ada jiran kahwin dan mama pula kurang sihat...
Huhuhu...

09/09/2018, Cuti Umum Birthday Agong...
Jelajah Lahad Datu asalnya plan mahu ke Air Terjun Sepagaya...
Sampai sana, kawasan tu sudah dikunci siap berkawat elektrik lagi tu...
Rupanya sudah ada tragedi kematian di kawasan tu sampaikan pihak berkuasa terpaksa tutup kawasan tu untuk orang awam...


Lencongan saat akhir, kami teruskan ke lokasi yang tidak dirancang iaitu Pantai Payang...
Terletak di dalam kawasan tanah persendirian yang sudah di'modified' daripada kawasan curam menjadi kawasan pantai buatan...
Cantik dan nyaman airnya, tapi agak sesak dengan orang ramai disebabkan oleh cuti umum...
Disinilah detik permulaan pemanggangan muka tahap maksima...
Cuaca panas terik tapi masih sedap berendam dalam air tidak mahu balik...
Memang hanguslah muka ni...
Hahaha...

Sebelum mandi. Inilah dia budak Cellen tu...




























Usai menghitamkan muka di Pantai Payang...
Dalam perjalanan balik kami singgah pula di Menara Kayangan...
Untuk ke sini, kenderaan kena fit lah sebab kena mendaki kalau tidak silap dalam 7 KM dengan jalan berliku-liku...

Sampai di tempat parkir, orangnya pula yang kena mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke puncak Menara Kayangan tu...
Lutut agak tewas waktu mendaki anak-anak tangga tu ya...
Tapi tewas-tewas pun, alhamdulillah sampai jugalah..
Hehehe...


















Tiada ulasan: