Sabtu, September 22, 2018

Air Panas Tawau, Munafik 2 dan Six Stars Steamboat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekali lagi, ini backdated punya posting...
Hehehe...

10/09/2018...
Hari kedua aku bawak budak Cellen ni jalan-jalan...
Dijadikan kisah, hari kedua ni aku bawak dia mandi lagi...
Hahaha...
Dimulakan dengan mandi seawal pagi di Air Panas Tawau...
For those yang ada masalah kulit atau kudis-kudis degil tu, sesuailah datang berendam di sini...
Kandungan sulphur dalam kolam ni memang tinggi, sampai sekarang baju yang aku pakai berendam belum hilang-hilang bau sulphur nya walau sudah cuci 3 kali...
Hahaha...

Dia ada lima (5) urutan kolam mengikut kadar kepanasan siap berbumbung jadi tidak terdedah dengan teriknya matahari, ecehhh...
Tapi kolam yang paling panas tu sekarang tidak dibenarkan mandi...
Mungkin ada yang pernah melecur dalam tu kali...
Hehehe...

Kami mandi di kolam yang ketiga panas, itupun masa masuk tersangatlah berhati-hati...
Panas bhaiii...!!!
Hahaha...
Tapi bila sudah di dalam kolam, aaahhh legaaa dan nyaman...
Muka yang tidak berendam pun berpeluh-peluh, macam dalam sauna gituuu...









Di tepi kolam-kolam ni ada sungai yang tidak berapa mau jadi sungailah...
Air terjun jauh sekali...
Hahaha...
Yang sudah lepak dalam kolam panas, bolehlah lepak di "sungai" tu untuk rasa air sejuk plak...
Tapi kami agak bad luck masa tu, sedang syok-syok feel air sungai, ada sekor anjing (rasanya owner punya), selamba terjun masuk dalam sungai tu...
Aduuuhhh... Spoil mood betul lah...
Laju jak kami berlarian keluar dari "sungai" tu...
Hahaha...







Lepas berendam dalam 2-3 jam begitu...
Kami beransur untuk berbilas, baguslah pihak management ada sediakan tujuh (7) bilik untuk berbilas dan salin pakaian...
Bagi aku, harga RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak untuk masuk tu...
Hmmm...
Mungkin patut turunkan sikitlah sebab sakit jooo kalau bawak keluarga ramai-ramai tengok not RM100 tu solo-solo pergi meninggalkan wallet...
Hahaha...



Usai berendam di kolam air panas...
Kami ke Eastern Plaza untuk beli tiket wayang Munafik 2 pulak...
Tapi orang punyalah ramai...
Penuh!
Kami beratur untuk beli tiket saja dalam sejam lebih!
Penangan cuti umum, Munafik 2 dan The Nun...

Lepas berjaya harungi badai beli tiket...
Kami singgah makan tengah hari di Restoran Titingan Fajar...
Lunch sekali Solat Zohor...


Lunch, solat, beli belah sekejap di Giant...
Lepas tu barulah patah balik ke Eastern untuk tengok Munafik 2...
Alhamdulillah, adalah juga filem Malaysia yang padat dengan pelbagai elemen...
Elemen seram, elemen sedih dan yang paling penting elemen Islamik...
Kau ndak payah lah mau rate dan bandingkan kualiti dengan filem Hollywood...
Bagi aku, untuk level Malaysia piece Syamsul Yusof ni sudah ditahap yang patut dapat standing ovation...
Itu aku punya point of view, kau jangan kecam aku pulak sebab ndak sama dengan kau...
Aku tampar kau nanti...
Hahaha...
*joke*




Lepas Munafik 2...
Kami beralih ke Six Stars Steamboat pulak...
Bila sudah namanya ke steamboat, mana ada lain kan???
Makan, makan dan makan sampai pengsan!
Hahaha...
Tapi sayangnya si budak Cellen ni kurang makan...
Kesian pulak aku tengok dia, sepapan jak...
Hahaha... Sorry, Len...



So, that's all untuk hari kedua dalam "Misi Bawa Cellen Jalan-Jalan"...
Hehehe...



Selasa, September 18, 2018

Pantai Payang dan Menara Kayangan, Lahad Datu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ini semua cerita backdated...
Hahaha...

Minggu lalu, bermula 8hb hingga 12hb September 2018 aku dilawati oleh salah seorang rakan daripada TPMC iaitu Fatin Hanani aka Cellen...
Tujuan asal Cellen ni datang Sabah hanya untuk bertemu dengan suaminya yang kebetulan singgah berlabuh di Pelabuhan Lahad Datu...
Memandangkan ada cuti umum berderet, sekalilah dia isi jadualnya untuk "melawat nenek TPMC" nya ni yang kebetulan juga tinggal dekat dengan Lahad Datu...
Hehehe...

Dipendekkan cerita, aku dan suami pun plan jadual harian ke mana mahu bawa budak Cellen ni jalan-jalan area Kunak, Sabah...
Rancangan hari pertama dimulakan dengan menyerang kawasan Lahad Datu...
Untuk menghangatkan suasana, kami ajak sekali family kepoh dan kaki jalan juga...
Iaitu Family Kak Peni dan Family Kak Norma...
Baru best jalan ramai-ramai, kata suami...

Masa ni mama, etta dan Uncle Zai tidak dapat join sekali...
Sebab ada jiran kahwin dan mama pula kurang sihat...
Huhuhu...

09/09/2018, Cuti Umum Birthday Agong...
Jelajah Lahad Datu asalnya plan mahu ke Air Terjun Sepagaya...
Sampai sana, kawasan tu sudah dikunci siap berkawat elektrik lagi tu...
Rupanya sudah ada tragedi kematian di kawasan tu sampaikan pihak berkuasa terpaksa tutup kawasan tu untuk orang awam...


Lencongan saat akhir, kami teruskan ke lokasi yang tidak dirancang iaitu Pantai Payang...
Terletak di dalam kawasan tanah persendirian yang sudah di'modified' daripada kawasan curam menjadi kawasan pantai buatan...
Cantik dan nyaman airnya, tapi agak sesak dengan orang ramai disebabkan oleh cuti umum...
Disinilah detik permulaan pemanggangan muka tahap maksima...
Cuaca panas terik tapi masih sedap berendam dalam air tidak mahu balik...
Memang hanguslah muka ni...
Hahaha...

Sebelum mandi. Inilah dia budak Cellen tu...




























Usai menghitamkan muka di Pantai Payang...
Dalam perjalanan balik kami singgah pula di Menara Kayangan...
Untuk ke sini, kenderaan kena fit lah sebab kena mendaki kalau tidak silap dalam 7 KM dengan jalan berliku-liku...

Sampai di tempat parkir, orangnya pula yang kena mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke puncak Menara Kayangan tu...
Lutut agak tewas waktu mendaki anak-anak tangga tu ya...
Tapi tewas-tewas pun, alhamdulillah sampai jugalah..
Hehehe...