Isnin, Ogos 04, 2014

Salam Lebaran 2014

Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Kepada semua saudara-mara dan rakan taulan yang mengenali diri ini...

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan...
Untuk merasai nikmat menjalani Ibadah Ramadhan dan meraikan keriangan Syawal...

Raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah...
Bezanya, aku sudah bergelar seorang pekerja...
Persiapanku sangat-sangatlah tiada...
Baju raya tiada, tudung raya tiada, semua serba tiada sokmo...
Hahaha...

Nasiblah ada mama tolong belikan jubah hitam + ungu...
Bolehlah dipakai masa Raya Pertama...
Ni first jubah yang aku ada...
Sebab sebelum ni mesti mak tidak setuju kalau aku mau pakai jubah...
Yalah, orang gempal dan pendek...
Katanya dah macam nangka kena bungkus...
Hahaha...

Kesibukan dengan tanggungjawab kerja membuat aku tidak begitu beri perhatian pada persiapan raya, my bad...
Huhuhu...
Dari pakaian, hiasan rumah, kuih-muih, lauk-pauk, semualah...
Semua mak yang sediakan dibantu oleh etta dan uncle...
Aku plak hanya ulang-alik opis dan rumah...
Sampailah ke malam takbir...
Barulah aku full blast menolong yang patut...
Dekat jam 3 pagi baru tidur...
Tolong buatkan kuih bahulu gulung dan juga siapkan rempah lauk...

Mula saja Raya Pertama saaampailah ke Raya Keempat...
Aku tidak pergi beraya langsung...
Raya dan cutiku aku habiskan hanya di dapur bersama pinggan mangkuk dan air...
Hehehe...
Jadi pelayan tetamu dan tukang basuh pinggan yang setia...

(kami yang comel - kak ati tolong aku cuci piring sekejap)

Aku hanya berjalan Raya Ketiga itupun ke padang Ladang Mostyn untuk sertai rumah terbuka Ex-Mostyn...
Rumah terbuka yang mengumpulkan anak-anak Mostyn lama dan baru...
Yang diisi dengan pelbagai acara terutamanya perlawanan Bola Sepak...
Ringkas tetapi meriah dapat jumpa pakcik-pakcik abang-abang makcik kakak sekampung...

(otai mostyn fc dahulu kala)

(otai vs otai)

(otai vs otai lagi)

(game habesss! makan dan santai...)

Yang paling beraya sakan tahun ni sama macam raya sebelum-sebelum...
Sepupu-sepupu dan keluargaku yang lain...
Yang sudah bersuami beristeri beranak-pinak tulah yang paling enjoy beraya...
Semua rumah ditapaknya...
Akuuu juga yang tertinggal, orang bujang kesian...
Hahaha...

(sumber - whatsapp group ladju clan)

(sumber - whatsapp group ladju clan)

(sumber - whatsapp group ladju clan)

Apa-apapun...
Beraya atau tidak yang penting Silaturrahim antara keluarga, jiran, dan sahabat tetap terjalin erat...
Terima kasih kepada semua yang sudi datang beraya dengan hidangan yang tidak seberapa daripada kami sekeluarga...
Terima kasih juga kepada rakan sekerja dan jiran yang buat rumah terbuka...

Dalam kita bergembira meraikan Syawal...
Tidak dilupakan saudara kita yang diuji dengan hebat pada ketika ini...
Para penduduk Gaza Palestine serta beberapa wilayah Islam yang bergolak...
Dan juga ahli keluarga para mangsa nahas MH17 dan kehilangan MH370...
Sentiasa dalam penghargaan, para anggota keselamatan yang sentiasa bersedia menggadai nyawa demi memastikan keamanan dan keselamatan negara tercinta...
Semoga semuanya diberikan ketabahan dan kecekalan dalam menempuhi segala dugaan...
Insya Allah janji Allah itu pasti, segala kehilangan akan digantikan dengan yang jauh lebih baik...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Minal Aidil Wal Faizin...
Maaf Zahir dan Batin...
Daripada Andi Rosnita Kandi Sekeluarga...

(my mom with family abg mail, my eldest bro)

(my anak-anak fruit main buih-buih...hahaha...)

(ni bukan adjust pelita. tapi orang tua tidak sedar diri main mercun...hahaha...)

(geng polis bantuan mostyn datang berziarah)

(antara judah yang disediakan. tepi sekali ni aku masak! ayam madu. hahaha...)

(nasik beriyani bugis. hahaha...)

(kunjungan daripada otai yang sentiasa berbisa. abang-abang tsh-wilmar yang paling dirindu)

(as usual, dari dulu lagi edit mengedit ni memang kerjaku)


p/s: gambar saaangat lah kurang. almaklumlah busy memanjang lah katakan...huhuhu...

p/s lagi: tahun ni abang lan (2nd bro) sekeluarga beraya di melaka, giliran kak anor...

p/s kali ketiga: bila plak giliranku mau beraya rumah mertua ni? hahaha...


Tiada ulasan: