Isnin, Ogos 25, 2014

Al-Fatihah Buat Sahabat, Tengku Muhd Nazri...


Assalamualaikum...
Pagi ini aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan...
Whatsapp yang diterima daripada Safra menyatakan bahawa seorang sahabat telah kembali kepada-Nya...
Tengku Muhammad Nazri...
Satu nama yang tidak asing bagi aku...
Walaupun sekadar tiga tahun perkenalan semasa di TPMC sebelum masing-masing bawa haluan... 
Namun agak banyak kenangan yang telah kami kongsi bersama...

Tengku Muhammad Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Nas...
Seorang yang berpesonaliti ceria dan sentimental...
Cara berfikiran yang matang tetapi bersifat manja membuatkan dia senang untuk didekati...
Keceriaannya telah berjaya menyembunyikan kesakitan yang dialami...

Tumor otak yang dihidapi oleh Nas sengaja dirahsiakan pada awalnya...
Kerana dia tidak mahu simpati orang...
Dia hanya mahu menghabiskan kehidupannya sama seperti manusia normal lain...
Dia tidak suka dilayan seperti orang sakit...
Selagi boleh buat orang ketawa dan tersenyum, selagi itulah dia akan rasa yang dia sihat...

Tapi semenjak dua tahun lepas, kesakitannya makin jelas...
Malah telah ramai yang mengetahui dan meluahkan rasa simpati...
Tapi bukan itu yang dia harapkan...
Baginya, jika ada 100 alasan untuk kita bersedih...
Mengapa tidak mencari 1001 alasan untuk gembira dan ketawa...
Itulah Nas, menghiburkan hati sendiri dengan cara menghiburkan orang lain...

Sebelum aku kembali ke Sabah...
Aku sempat menerima khabar pembedahan pertama Nas untuk buang tumor...
Yang mengakibatkan Nas tidak mampu untuk bercakap untuk seketika...
Selepas itu turut menyusul beberapa lagi pembedahan lain...
Namun takdir jua yang menentukan, manusia hanya mampu berusaha...
Tumor tetap juga masih ada...

Dan semalam, 24 Ogos 2014 pukul 10.20 malam...
Allayarham Tengku Muhammad Nazri telah dijemput kembali kepada Allah...
Buat selama-lamanya...
Penderitaan akibat tumor akhirnya berhenti dengan panggilan Illahi...
Semoga diberikan ketabahan buat ahli keluarga dan sahabat Allayarham...

Innalillahi Wainnaa Ilaihi Raaji'un...
Al-Fatihah buat sahabatku, Tengku Muhammad Nazri...
Terima kasih untuk segala ukiran senyuman dan gelak ketawa yang telah diberikan...
Terima kasih untuk semua kenangan yang indah-indah semasa kita bersama...
Selamat jalan, Tengku Muhammad Nazri...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kamu...
Semoga kamu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Insya Allah...

Masih terngiang-ngiang di telinga ini suara Nas memanggil ku "Nenek"...
Masih aku teringat segala lawak spontan yang sangat menghiburkan...
Masih segar kedengaran sedapnya suara Nas menyanyikan lagu "Saat Kau Jauh oleh ST12"...
Seperti baru semalam semua kenangan itu...

Dear Tengku Muhammad Nazri aka Nas...
I'll be always missing you... :'(







Al-Fatihah turut aku sedekahkan buat seorang lagi insan yang juga banyak memberikan keceriaan kepada kami Geng T-Rex dan Red Panther...
Pemergiannya dua tahun lalu akibat kemalangan motosikal turut dirasai kepiluannya...
Syed Ahmad Kasyidi atau lebih mesra dengan panggilan Chip...
Juga telah pergi dulu dijemput oleh Allah SWT...
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya...
Terima kasih untuk segalanya, perkenalan yang singkat tapi mampu untuk mengukir kenangan yang indah-indah belaka...




p/s: Al-Fatihah buat semua ahli keluarga, sahabat, kenalan, jiran-jiran, para pejuang negara, mangsa MH17, MH370, serta semua saudara seakidah yang telah kembali kepada Allah SWT...

Tiada ulasan: