Alhamdulillah...
PRU-13 telah pun melabuhkan tirainya...
Pilihan Raya yang sarat dengan pelbagai aksi dan debaran...
Pilihan Raya yang menyaksikan kemenangan dan mandat masih berpihak kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan...
Begitu juga di kawasan kampung halaman ku...
Dun N51 Kunak masih diterajui oleh penyandang daripada BN, Datuk Nilwan Kabang...
Parlimen P188 Silam juga dimenangi oleh calon daripada BN, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur...
Sekali lagi aku menemui PRU, yang mana sebenarnya aku sudah terlibat secara langsung dengan jentera pilihan raya bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mostyn sejak PRU-11 lagi...
Cuma kali ini, senario nya sedikit berubah...
Yang mana aku bukanlah merupakan kerani atau petugas tetap PDM lagi...
Hanya sekadar membantu di saat akhir dek kerana tanggungjawab lain yang kurang mengizinkan...
Namun aku tetap pulang untuk memberikan sedikit sokongan dan bantuan...
Dan pada PRU-13 ini jugalah, aku menjadi pemilih atau pengundi buat pertama kalinya...
Alhamdulillah, pengalaman yang cukup bermakna...
Hanya dengan pangkahan, boleh menentukan kelegaan atau sesalan bagi tempoh 5 tahun...
Ramai yang sedia maklum...
Dari latar belakang, cara, dan pendirian sudah tahu aku berpihak kepada mana...
Namun aku bukan lah jenis yang fanatik atau terlalu tinggi ketaksuban pada parti mahupun pemimpin...
Hanya sekadar tahu jelas untuk membezakan matlamat dan hala tuju sebenar bagi tiap-tiap parti atau perjuangan...
Sejarah telah membuktikan naik turunnya Malaysia adalah bersama-sama dengan parti dacing ini...
Sejarah juga membuktikan bahawa sentimen dan sensitiviti senantiasa dimainkan oleh pembangkang tegar sejak bertahun-tahun lamanya...
"Over My Dead Body", katanya sejak dulu, kini, dan selamanya...
Mereka berkata Malaysia tiada kemajuan sejak merdeka, aku tidak tahu apa yang mereka maksudkan...
Adakah buta atau pura-pura tidak melihat sekeliling apa yang kita nikmati kini?
Terlalu tamak atau kufur nikmat dan hakikat mungkin?
Wallahu 'alam...
Semakin hari, permainan politik semakin kotor dan menjijikkan...
Kerana keinginan peribadi...
Masih belum lihat?
Buka mata luas-luas, cukup-cukuplah memekakkan telinga menggelapkan mata hati...
Sejujurnya, aku menyokong perjuangan sebuah parti untuk menegakkan Islam dan perjuangkan Islam di Malaysia...
Tapi hanya sampai setakat Mac 2008 sokongan ku buat mereka...
Aku bukan rasist, tapi tindakan mereka untuk bergabung telah menarik mereka jauh daripada landasan perjuangan yang sebenar...
Double standard, itulah hasilnya mereka kini...
Aku harapkan parti berbendera hijau itu segera keluar daripada pakatan dan teruskan saja perjuangan secara solo seperti dahulu andai tiada hasrat mahu bergabung dengan parti keris...
Biar tiada kekuatan pengaruh, asalkan tidak terikat dengan kemunafikan...
Aku akui, Barisan Nasional juga tidak terlepas daripada kepincangan dan keburukan...
Tetapi inilah satu-satunya parti komponen yang diterajui oleh orang Islam dan Melayu...
Aku tidak tahu apa yang penyokong opposition mahukan...
UBAH dan REFORMASI...
Apakah itu???
Mahu keluar dari keselesaan mungkin...
Mahu mencuba hidup penuh cabaran mungkin...
Ataupun sekadar terikut-ikut dan mahu menegakkan seorang individu berkepentingan sahaja, mungkin...
Generasi Y, generasi ku...
Jangan malas, jangan hanya jadi tukang angguk dan tukang tingkah tanpa panduan...
Selidik dan jangan mudah terpengaruh...
Semoganya, bukan Generasi Y ini yang menggadai negara dan bangsa sendiri...
Nauzubillahi Min Zalik...
Kepada YAB Perdana Menteri dan pemimpin lainnya, teruskan perjuangan untuk memacu Malaysia lebih jauh kehadapan dengan kemajuan tanpa meninggalkan walau seorang pun di belakang...
Perkukuhkan Islam tanpa mengabaikan kaum lainnya...
Kemampuan kita untuk hidup harmoni bersama dalam masyarakat majmuk menjadi kekaguman buat masyarakat di luar sana...
Jangan dicantas kemakmuran itu...
Kepada Datuk Ketua Menteri Sabah, juga kepada Datuk Nilwan dan Datuk Nasrun, manfaatkan mandat yang diberikan untuk perbetulkan serba serbi kekurangan di Sabah...
Lima tahun waktu yang sekejap sahaja...
Justeru, manfaatkan kepercayaan yang diberikan untuk memajukan Daerah Kunak, kawasan Silam, juga Sabah secara amnya...
Bangunlah daripada buaian mimpi indah yang penuh keselesaan...
Pertambahan kerusi pembangkang di Sabah sebagai satu petanda, loceng amaran awal telah dibunyikan...
Jika masih terlena lagi, alamatnya dacing akan hilang pengaruh di Bumi Bawah Bayu ini...
Kepada para pemimpin yang berkepentingan sendiri...
Yang memenuhkan poket keluarga atas tiket Barisan Nasional...
Sila bertaubat dan laksanakan sumpah mandat yang telah diangkat...
Harta rakyat dan negara bukan harta peribadi...
Segala ketamakan dan kerakusan ni cuma sedap di dunia sahaja...
Laksanakan tanggungjawab yang diberi, bukan hanya tahu mengaut kenyangkan perut sendiri...
Ingat, kita akan dipersoalkan di akhirat nanti...
Jadi tolong sedar diri, berhenti jadi parasit dan duri...
Buat Saudara Kasman Karate, calon PAS N51 Kunak...
Juga kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabatku di bendera hijau...
Teruskan perjuang, teruskan membangkang dengan sihat dan bertamadun...
Jika perjuangan kalian ikhlas kerana Allah...
Pasti akan ada jalannya, perjuangan kalian akan menemui kemenangan...
Tapi jika kalian terus-terusan berjuang dalam pakatan...
Maaf, sokongan ku tiada buat perjuangan kalian...
Bangkangan kalian, hanyalah bangkangan dari longkang cuma...
Insya Allah, jika dipanjangkan usia diberikan keizinan daripada-Nya...
Semoga kita bertemu lagi di PRU-14 dengan perjuangan yang lebih sihat demi negara yang tercinta...
Kepada yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13, inilah takdir...
Sila terima dengan redha...
Tiada guna pergi mensesakkan LDP dan Federal Highway demi kepentingan perjuangan individu tertentu semata-mata...
Kalau betul SPR tidak telus, sudah lama Selangor, Pulau Pinang, dan Kelantan dacing sapu bersih...
Cuba berfikir ikut logik akal, bukan menonong mengikut kata hasutan dan emosi...
Jika mahu tegakkan yang hak bagi kalian, cuba lagi di PRU akan datang...
Akhir kalam...
Jangan UBAH tapi MANTAPKAN...
Bukan Ini Kalilah tapi Lain-lain Kalilah...
Adios! Assalamualaikum...
Mempengerusikan Majlis Kempen PRU di PDM Mostyn |
Bersama Etta, Tuan Hj. Ridhwan Daud, Kak Baidah, Datin Maizatul Akmam, dan Pak Andi Dolar Yakim...
Ucapan daripada Pak Andi Dolar, Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM)
Ucapan daripada Etta, En. Kandi Basoh selaku Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mostyn
Pengalaman mengundi buat pertama kali, 05.05.2013
Keputusan PRU13 Dun N51 Kunak - Sumber SPR
Keputusan PRU13 Parlimen P188 Silam - Sumber SPR
Keputusan keseluruhan kerusi DUN Negeri - Sumber SPR
Keputusan keseluruhan kerusi Parlimen - Sumber SPR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan