Ahad, Mei 26, 2013

Badi PRU-13


RACISM! RACIST!

Terima kasih kepada pencetus fenomena ini...
Dengan aku aku sekali terlibat untuk melalui situasi jelek tersebut!
Huh!!!

Situasi 1:

Pakcik Melayu: "Kenapa awak masuk? Awak dah potong queue!"

Aku: "Maaf, saya tidak tahu. Uncle yang cikgu saya tu suruh masuk."

Pakcik Melayu: "Yang engkau pegi ikut cakap Cina tu kenapa? Kalau dia suruh kau *beeep beep* mesti kau ikut je kan?!" 
(aku terpaksa censored kan maki hamun dia tu. yang pasti ada perkataan ba alif ba ya)

Aku: "Maaf..." 


Situasi 2:

Uncle Cina: "You mau balik mana?"

Aku: "Bukit Jalil, kat TPM College. Sebelah Highway Seremban-KL."

Uncle Cina: "Saya tak tau mana, you tunjuk jalan."

Aku: "Ok."

*Sampai simpang bercabang KL-Serdang.*

Aku: "Uncle, simpang depan belok kiri, tapi stay line kanan yang menghala ke KL ye."

Uncle Cina: (Drive belok kiri, stay line kiri, naik lah ke Serdang.)

Aku: "Uncle, bukan sini tapi yang line kanan tu lah, keluar ke Highway nak ke KL."

Uncle Cina: "You lain kali cakap siang-siang! Sudah naik atas baru mau cakap, sudah tidak boleh pusing. Aiyaaa... Ini melayu cakap selalu tidak betul, serupa kel*ng!"
(lepas tu, dia terus sambung membebel dalam bahasa Cina)

Aku: "Saya dah cakap pun tadi. Sorry, Uncle..."

Kedua-dua situasi berlaku dalam masa 2 jam pada hari yang sama, tadi...
Mula-mula Melayu maki Cina, kemudian Cina maki Melayu...
(nota: uncle cina tulah yang dalam situasi 1 yang buat pakcik melayu marah tu, so memang padanlah diorang berdua. dua-dua memang racist)

Aku juga yang tersepit, hanya mampu terus bersabar dan senyum sahaja...
Walau aku salah sekali pun, rasanya tidak perlu untuk marah atau menegur dengan melibatkan unsur PERKAUMAN atau RACIST tu...
Dua-dua sudah berumur, yang Melayu mungkin lingkungan 50-an...
Yang Cina lingkungan 60-an...
Tapi tidak menunjukkan contoh teladan yang sewajarnya sebagai orang yang lebih tua...
Atas dasar hormat dan sabar, hanya kata "Maaf" dan "Sorry" yang tidak putus-putus dari mulut ku buat diorang...

Hmmm... 
Aku harap bila balik Sabah nanti, aku tidak akan alami lagi situasi sebegini...
Yang membezakan bangsa di sini hanyalah Melayu, Cina, India...
Tapi hidup sudah serupa berlainan negara...
Di Sabah buka saja ada berlainan bangsa, tapi berpuluh-puluh lagi suku kaum yang berbeza namun masih mampu untuk hidup lebih harmoni daripada di Kota Metropolitan ni...

I hate RACISM!!!
Lebih-lebih lagi bila orang yang racist tu libatkan aku dengan sikap perkauman diorang!
Huh!!!
Dalam situasi ini, aku tidak salahkan Bangsa Melayu, aku tidak salahkan Bangsa Cina...
Tapi aku salahkan dua-dua individu yang bersikap Racist tu!


p/s: ini bukan isu politik, tapi isu negara dan bangsa!!! hentikan RACISM segera!!!

p/s lagi: bagi yang kurang faham, perkataan ba alif ba ya dengan kel*ng tu sangat-sangat berkait rapat sebagai istilah berbaur racism bila diucapkan ye. harap maklum.


Tiada ulasan: