Sabtu, Disember 28, 2013

Baru Aku Tau Kenapa Ramai QA Cabut! Hahaha...


Salam perkenalan buat siapa-siapa yang berminat untuk jadi QA...
Quality Assurance Supervisor...
Merangkap Safety Officer dan Secretary OSH...
Dan ada lagilah lah merangkap beberapa nama yang di hidden kan...
Hohoho...

Kerja QA memang senang!
Sangat senang!
Saaangattt!

Lebih kurang macam inilah senangnya...
Hehehe...


Betapa senang dan heaven nya kerja QA...
Belum selesai satu, datang satu...
Satu lagi, lagi, lagi, dan lagi...
Audit plak datang bertalu-talu gitu...
Memang HEAVEN lah!!!

Selamat Tahun Baru 2014!
Hahaha...

p/s: aku akan tetap bertahan...alah bisa tegal biasa, bro! hahaha...


Sabtu, Disember 14, 2013

Majlis Sambutan Hari Lahir Izan & Balqis Serta Kelahiran Yaya


1hb Disember baru-baru keluarga ku telah mengadakan majlis sambutan hari lahir serentak untuk Izan dan adiknya, Balqis...
Pada masa yang sama, juga ada majlis bacaan doa selamat atas kelahiran ahli keluarga baru iaitu Nur Syafirah Bahiyyah, adik kepada Izan dan Balqis...
Sekaligus menjadikan anak kepada abang sulung ku, Abg Mail ialah seramai tiga orang...

Secara ringkasnya, selepas Solat Zohor bacaan doa selamat telah diadakan serta dihadiri oleh jiran-jiran terdekat dan keluarga...
Manakala selepas Solat Maghrib pula diadakan sambutan hari lahir yang dihadiri oleh keluarga-keluarga rapat, jiran-jiran, serta kawan-kawan Izan dan Balqis...
Kenduri dan majlis yang sederhana berjalan dengan lancar, walaupun sangat memenatkan...

Apa-apapun, terima kasih atas doa dan kehadiran semua...
Aku bagi pihak keluarga terutamanya Abg Mail dan Kak Aisyah mengucapkan jutaan penghargaan bagi semua yang hadir, lebih-lebih lagi yang memberi doa dan hadiah...
Kepada Izan dan Balqis, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
Semoga panjang umur serta menjadi anak-anak yang baik serta berjaya dunia akhirat berkat rahmat dan kasih sayang Allah SWT...
Kepada Nur Syafirah Bahiyyah, atau Yaya...
Selamat datang ke dunia dan selamat datang ke Keluarga Andi Nahri ini...
Semoga kita semua menjadi keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang Allah SWT...
Insya Allah, Amin...

Kek Izan (Chelsea) dan Balqis (Hello Kitty)

Antara yang hadir, depan sekali ni sepupuku Arif yang rajin

Etta dan para tetamu yang hadir

Bday boy and girl bersedia untuk potong kek

Uncle Zai suap Izan

Auntie Wiwi suap Balqis (p/s: akulah makcik yang paling ditakuti Balqis...hahaha...)

Makan time!

Mari makan!

Antara sepupu dan kawan-kawan Izan & Balqis yang datang


Ahad, November 17, 2013

Selamat Pengantin Baru Kak Kembar!


Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Kak Kembar (Kak Inor dan Kak Icah)...
Kakak sepupu ku yang kembar, melangsungkan majlis persandingan serentak pada 16 November 2013 di Dewan Tun Mustapha, Lahad Datu...

Semoga berkekalan hingga ke akhirnya...
Insya Allah...

Para mempelai

with my mom

with etta

with uncle zai

with my cousin, titti


my big family (bukan semua ada)


p/s: banyak lagi gambar mau di upload...tapi...internet slow!!!

Khamis, November 07, 2013

Malam Terakhir FunFair Di Kunak


5hb November 2013...
Salam Maal Hijrah dan Happy Bday, Zai...!!!~
Hehehe...
5hb tu juga merupakan malam terakhir adanya FunFair di Kunak ni...
Seingat aku, inilah FunFair yang paling lama pernah ada...
Ada dalam dua bulan rasanya...
Tempoh nya sentiasa dilanjutkan dek permintaan yang memberangsangkan daripada warga kunak...
So far, aku ke FunFair dengan family sudah tiga kali termasuk yang malam terakhir ni...
Sekali ada mak dan Balqis, dua kali tiada mak dengan Balqis tapi ada TanSri...
Selebihnya mesti ada Uncle, Etta, dan Izan...
Ini antara FunFair yang acceptable sikit lah berbanding yang sebelum ini...
Tahniah pihak pengurusan!

Aku macam biasa, tukang beli token...
Tapi yang habiskan Izan, Uncle, dengan Etta...
Izan suka naik yang Swinging Ship tu dengan main dart belon...
Uncle dengan Etta suka main dart belon dengan lempar tin...
Tapi malam last ni, TanSri pun join the club, dia addict dengan Bingo sebab etta yang mulakan...
Hahaha...

Lepas pusing-pusing habiskan duit beli token sampai RM40...
Untuk malam pertama dengan kedua, Etta yang spend makan...
Tapi untuk malam terakhir ni, TanSri pula yang belanja...
Hehehe...

In short, menunggu untuk FunFair yang akan datang!
Hope lebih best!
Hehehe...

Ready to go...Uncle driver setia...


Etta yang ter'miss target...


Usha game mana lagi nak main...


The gentlemen and gentlekid...Hahaha...


Uncle dan Izan bersama hasil buruan pertama...


Hasil buruan pertama TanSri main Bingo...


Hasil buruan bertambah!


We are family! (mak tinggal, ngantuk katanya)


Bersama hasil buruan!


Makan time!


SELAMAT PENGANTIN BARU MARDIYANA & SYAHRUM


Assalamualaikum...
Sabtu lalu bersamaan 2hb November 2013, seorang sahabat baik aku sejak kecil telah selamat diijab kabul kan dengan lelaki pilihannya...
Walaupun mulanya aku agak kecil hati sebab tidak mendapat jemputan walimah daripada dia sendiri, tapi semuanya kembali reda setelah Mardiyana sendiri yang call dan menjelaskan semuanya...
Yalah2, aku mengaku aku cepat merajuk dan kuat tacing!
Huhuhu...

Alhamdulillah...
Semuanya berjalan dengan lancar rasanya...
Aku tidak berkesempatan untuk hadir membantu membuat persiapan dek komitmen kerja...
Tapi aku berhasil untuk datang pada malam persandingan bersama beberapa rakan-rakan lain...
Majlis yang sederhana tapi cukup meriah dengan warna tema pilihan, Warna Ungu...

Ucapan untuk Mardiyana...
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, hingga ke jannah...
Semoga menjadi isteri dan ibu yang solehah...
Diharapkan akan tetap ada masa yang diluangkan untuk rakan-rakan lepas ni walaupun sudah bergelar isteri...
Kami semua akan tetap doakan yang terbaik buatmu...
Insya Allah...

Gadis-gadis yang masih menunggu giliran...Hehehe...

Ibu-ibu yang sudah lepas giliran...Hahaha...

Jejaka-jejaka klasik...

Belum ready!

Sudah ready!

Classmates yang dapat hadir...


p/s: aku bulat balik lepas kerja...huhuhu...kuat lapar! hahaha...


Jumaat, September 27, 2013

Ladang Mostyn...Takdirku Di Sini...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, 26hb September 2013 satu tarikh yang menggembirakan ramai pihak...
Terutamanya mem besar tu lah...
Apa tidaknya, awal2 pagi lagi sudah terima panggilan telefon yang mengatakan aku telah diterima untuk bekerja sebagai QA (Quality Assurance) di Ladang Mostyn...
Ya, Ladang Mostyn milik Sime Darby Plantation Sdn Bhd...
Tempat aku dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dan kini peroleh kerja tetap pertama juga di ladang ini...

Aku cuma keluar daripada ladang ini pada hujung tahun 2008 hingga pertengahan 2013...
Hanya lima tahun waktu aku diperuntukkan untuk mengutip pengalaman di tempat orang...
Akhirnya, setelah tamat pengajian diploma, mem besar memaksa aku untuk pulang...
Keinginan, cita-cita, serta matlamat itu masih tertinggal di Tanah Semenanjung...
Namun, kehendak orang tua jugalah yang perlu diutamakan selagi mereka masih ada...

Pelbagai offer interview dan kerja aku terima, tapi semuanya terpaksa ditolak...
Sebab ikutkan cakap mak...
Semua interview dan tawaran kerja yang sebelum ni masing-masing jauh (bagi mak lah)...
Di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, dan pelusuk-pelusuk ladang kawasan pedalaman...
Lingkungan kehendak mak hanyalah dalam daerah Kunak ni sahaja, yang dekat dengan rumah...
Mau tunggu ruang kerja ada di daerah kecil Kunak ni, ibarat menunggu burung cenderawasih turun ke tanah rasanya...

Mulut orang sudah mula bercerita, aku sudah mula bosan terperuk dalam rumah, tansri sudah start membebel, semuanya kerana aku belum mula kerja...
Dilabel sebagai pemilih kerja pun ada jugak...
Tapi apa boleh buat, kalau ikut kemahuan ku biar di hujung dunia pun aku pergi, tapi cakap mak jugalah yang lebih berkuasa dalam hidupku sekarang ni...
Mau tidak mau, tunggu sajalah sambil memekakkan telinga dan mengeraskan hati dengan apa juga kata-kata orang sekeliling...

Bila aku mula mengeluh, mak hanya akan cakap sabarlah, pasti akan ada juga kerja yang dekat-dekat...
Sampaikan aku sudah penat untuk penat menunggu kerja ni...
Tapi, betullah bak dikata, Redha Allah Fi Redhaul Waalidain...
Akhirnya penantian semua pihak berakhir, apabila aku dipanggil untuk melapor diri ke pihak pengurusan Sime Darby Ladang Mostyn pada 26/09/2013...
Sebenarnya, aku sudah hampir putus harapan untuk menunggu jawapan interview jawatan QA ni...
Sebab aku di interview di HQ Sime Darby Bombalai untuk jawatan ni, pada 2hb Ogos 2013...
Sudah hampir 2 bulan, tiada jawapan apa-apa...
Mungkin jawatan ini dapat kepada orang lain, fikirku...
Namun sudah takdir Allah, rezeki itu terbuka untuk ku berkat kehendak mak dan juga keluarga...
Soal nilai gaji, belakang cerita...
Yang penting aku sudah tunaikan kehendak orang tua ku untuk aku kerja dekat dengan diorang...

Syukur Alhamdulillah...
Semoga langkah hari-hari ku di hadapan kelak semakin cerah dan diberkati oleh Allah SWT...
Semoga juga aku dapat bekerja dengan sebaik mungkin serta dapat mengumpul seberapa banyak pengalaman sebagai QA di Ladang Mostyn ini...
Semoga juga semua pihak atasan mahupun seluruh warga ladang ini mampu memberikan kerjasama yang terbaik kepada ku sebagai orang yang bekerja...
Kerana sebelum ni, aku hanya dikenali sebagai Andi Wiwi, anak Puang Nahri...
Tapi sekarang, aku sudah jadi sebahagian daripada mereka...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mak, Etta, dan Uncle Zai serta abang-abang dan kakak-kakak iparku kerana tidak putus-putus mendoakan serta melayan karenah ku sebagai orang yang bambong selama berbulan-bulan ni...
Ucapan istimewa buat Indo Nanna selaku pemandu setia yang sanggup menghantar aku juga TanSri yang sudi menemani aku untuk interview jawatan QA ni jauh di Bombalai, Tawau walaupun masa itu dalam bulan puasa...
Aqie, yang nun jauh di KL dan juga Mardiyana yang telah menyumbangkan khidmat sebagai penyalur informasi yang berguna sebagai persediaan aku untuk menjawab soalan interview...
Serta semua saudara mara terutama Pak Andi Dolar, semua makcik pakcik sepupu-sepupu, sahabat handai dan para kenalan yang sentiasa mendoakan kesuksesan buat ku...
Alhamdulillah, satu lagi langkah baru sudah bermula dalam hidupku...
Bismillahir rahmanir rahim...
Semoga langkahku semakin bererti dan diberkati oleh-Mu, Ya Allah...



Rabu, September 11, 2013

Sabtu Lepas...Bongkar Pondok + Family + TANSRI...!!!


Sabtu lalu, bersamaan 7 September 2013...
Atas arahan pihak pengurusan ladang kepada semua pekerja...
Maka, pondok atau atap pangkin belakang rumah yang sudah berusia hampir 10 tahun itu pun dirobohkan...
Zink dibuka, kayu rangka-rangka nya dicabut...
Huhuhu...

Sedih pun ada, sebab di situlah tempat kami selalu duduk-duduk makan angin petang dan juga tempat untuk remmeng bila kenduri atau rewang bak kata orang johor...
Bila atap nya sudah dibuka, panas terik membahang...
Siang hari terpaksa hanya berkurung dalam rumah sahaja lepas ni...
Apa-apapun, sebagai orang yang mencari rezeki di ladang ini, maka arahan tetap kena dipatuhi walaupun arahan yang diberikan semenjak dua menjak ni agak ridiculous...
Selagi mampu bertahan, bertahan lah sampai etta pencen yang tinggal lagi 2 tahun...
Semoga cepat bertambah rezeki, supaya cepat jugalah siap rumah baru kami tu...
Jadi boleh tinggal di sana sudah, rumah yang lebih luas dan selesa...

Oh ya...
By the way, disebabkan projek bongkar-membongkar pondok ni...
Maka hadirlah juga Son-In-Law-Wanna-Be ni untuk membantu etta kemas-kemas barang di stor dan angkat-angkat zink dan kayu...
Hehehe...
Ringan sikit kerja ku...
Sebab kalau TanSri ni tiada, maka akulah yang terpaksa jadi anak lelaki tolong etta...
Huhuhu...
Selain TanSri, ada juga dua orang jiran dekat rumah ni yang sudi membantu...
Pakcik Lanika dengan Ijai, terima kasih sangat-sangat...

TanSri datang dari pagi hingga petang...
Dia sama-sama keluarga kami bersarapan, makan tengah hari sampai lah ke minum petang...
Alhamdulillah, nampaknya macam ok saja...
Insya Allah, doakan saja yang terbaik buat semuanya...
Hehehe...










Khamis, Ogos 22, 2013

Warna Warni Aidil Fitri 2013


Selamat Hari Raya daripada Negeri Di Bawah Bayu...
Khas buat seluruh keluarga dan sahabat handai di Tanah Semenanjung, di US, Australia, Indonesia, serta di mana sahaja berada yang mengenali diri yang comel ini...
Hehehe...
Dengan ucapan ringkas buat semua...
Minal Aidil Wal Faizin...
Salam Aidil Fitri...

Raya with friends @ Rumah Aki (Faizul, Aki, Nais, Elkie, Rohana, Aziemah, Me)

Raya with friends @ Rumah TanSri (Syukor, Faizul, Elkie, Aki, Nais, Rohana, Me)

Raya with friends @ Rumah TanSri (Rohana and Me)

Raya with cousins & anak2 buah @ My House (Asyraf, Ima, Syifah, Khai, Titti, Me, Zaim, Ika, Hafiy, Ica, Batrisyah, Erisyah, Syirah)

Wedding Basri & Fadilah (Me, Basri, Fadilah, and my long lost friend, Ellizan Dawi)


p/s: sory, kurang coretan...almaklumlah, busy bercampur aduk dengan faktor internet slow yang teramat sangat...apa2pun, miss you all...hehehe...



Ahad, Jun 02, 2013

Terima Kasih Adik-Adik Comel Sekalian!


Kepada adik-adik TPM ku yang comel belaka...
Hahaha...
Afiq, Naimah, Sabrina, Yusra, Fatin, dan SEMUA yang bakal ber'internship' mulai Jun ni...
Selamat berpraktikal semua...!!!
Masing-masing jauh tercampak berasingan, kan???
Hehehe...

Mungkin kita tidak sempat untuk berjumpa lagi dalam masa terdekat ni...
Kamu semua habis praktikal, Insya Allah saya pula sudah berada di kampung halaman...
Menabur bakti untuk masyarakat setempat pula, terutamanya keluarga sendiri...
Justeru itu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih sepanjang perkenalan saya dengan kamu selama ni...
Mohon halalkan makan minum temarah terpukul tergeletek dan semuanya lah...
Saya doakan semoga kalian dan kita semua berjaya di masa hadapan kelak...
Insya Allah, Amiiin...

Praktikal tu elok-elok...
Jaga maruah diri dan keluarga baik-baik dan jaga nama kolej juga...
Kerja sungguh-sungguh ya...
Gunakan 3 bulan praktikal tu sebaik mungkin untuk belajar perkara-perkara yang berharga di syarikat yang kalian praktikal tu...
Jangan malas-malas, jangan nakal-nakal, jangan gatal-gatal tau...
Kalau jumpa jodoh di tempat praktikal tu, jangan lupa roger-roger kak andi yeee...
Itulah bonus berpraktikal sebenarnya...
Hahaha...

Berikut merupakan gambar-gambar beberapa minggu terakhir keberadaan mereka di sini...
Jalan-jalan, makan-makan, ketawa-ketawa...
Terima kasih untuk segalanya, ada rezeki kita jumpa lagi...
Special credit buat Afiq Comel untuk gambar-gambar daripada henpon Sony Xperia barunya itu, sekaligus merangkap Tuan Empunya Motor...
Hehehe...
By the way, I'm gonna miss you all...!!! 
Hope we can meet again...
Take care! :)


Motor Ride with Sabrina @ TPM to Technoflex (credit to motor Afiq)

Motor Ride with Sabrina @ TPM to Technoflex (credit to motor Afiq)

Takoyaki @ The Mines (with Tokwan - p/s: lidah ku terbakar time ni, panas!)

Takoyaki @ The Mines (Fatin, Amin, Afiq, Tokwan)

Coolblog @ The Mines (Sabrina, me, Naimah, Fatin, Yusra)

With them @ The Mines (Tokwan, Yusra, Fatin, Naimah, Afiq)

Cruise @ The Mines (with Sabrina)

Cruise @ The Mines (with Afiq)

Lunch @ Murni Bkt Jalil (Naimah, Yusra, Ziera, Melah)