1hb Disember baru-baru keluarga ku telah mengadakan majlis sambutan hari lahir serentak untuk Izan dan adiknya, Balqis...
Pada masa yang sama, juga ada majlis bacaan doa selamat atas kelahiran ahli keluarga baru iaitu Nur Syafirah Bahiyyah, adik kepada Izan dan Balqis...
Sekaligus menjadikan anak kepada abang sulung ku, Abg Mail ialah seramai tiga orang...
Secara ringkasnya, selepas Solat Zohor bacaan doa selamat telah diadakan serta dihadiri oleh jiran-jiran terdekat dan keluarga...
Manakala selepas Solat Maghrib pula diadakan sambutan hari lahir yang dihadiri oleh keluarga-keluarga rapat, jiran-jiran, serta kawan-kawan Izan dan Balqis...
Kenduri dan majlis yang sederhana berjalan dengan lancar, walaupun sangat memenatkan...
Apa-apapun, terima kasih atas doa dan kehadiran semua...
Aku bagi pihak keluarga terutamanya Abg Mail dan Kak Aisyah mengucapkan jutaan penghargaan bagi semua yang hadir, lebih-lebih lagi yang memberi doa dan hadiah...
Kepada Izan dan Balqis, Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
Semoga panjang umur serta menjadi anak-anak yang baik serta berjaya dunia akhirat berkat rahmat dan kasih sayang Allah SWT...
Kepada Nur Syafirah Bahiyyah, atau Yaya...
Selamat datang ke dunia dan selamat datang ke Keluarga Andi Nahri ini...
Semoga kita semua menjadi keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang Allah SWT...
Insya Allah, Amin...
Kek Izan (Chelsea) dan Balqis (Hello Kitty)
Antara yang hadir, depan sekali ni sepupuku Arif yang rajin
Etta dan para tetamu yang hadir
Bday boy and girl bersedia untuk potong kek
Uncle Zai suap Izan
Auntie Wiwi suap Balqis (p/s: akulah makcik yang paling ditakuti Balqis...hahaha...)
Makan time!
Mari makan!
Antara sepupu dan kawan-kawan Izan & Balqis yang datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan