Jumaat, Mac 30, 2012

Apabila Title Manager Bertukar Menjadi Player!


Pencen tetap pencen!
Hahaha...
Setelah sekian lama, akhirnya raket dan gelanggang bersatu bersama ku semula...
Tapi seperti yang dijangka...
Come back ku buat kali ini hanya sekadar mengimbas kenangan...
Penuh dengan kekakuan dan kejanggalan...
Huhuhu...
Apa2pun, ini sesuatu yang lain buat aku sepanjang di TPMC...
Sebab biasanya aku akan pergi sebagai manager tapi kali ni sebagai player...
Thanks and sorry a lot kepada Destin, partner mixed double ku...
Thanks sbb bagi aku peluang...
Tapi sorry sebab tidak dapat bagi yang terbaik dalam game...
Huhuhu...









Khamis, Mac 22, 2012

Mungkin Tidak Lagi Seindah Semalam...Lilin Kehidupanku...


"Jelaga lilin kehidupanku...
Tidak ubah sama seperti api...
Yang marak membakar...

Panas, hangat, dan menyala...
Degil dan pantang disentuh...
Namun tetap lembut, jika menakluki sedalamnya...
Tenang, damai, dan dingin...

Sebilangan insan, berjaya sampai ke sana...
Sebilangan insan, datang dan pergi...
Sebilangan insan, bermain dan menyakiti...
Sebilangan insan, menjaga dan menyayangi; Tinggalkan...

Tetapi...Ada yang unik...
Sentuhannya ramah dan membuat ketagih...
Disukai dengan penuh keterujaan...
Selembut kapas, sehalus sutera kemuliaan sentuhan hatinya...

Yang ini...
Sumber penyambung lilin kehidupanku...
Oksigen untuk rongga pernafasanku...

Harus bagaimana untuk aku terus kekal jika tanpa ia...
Aku boleh membakar diri sendiri tanpa mengharapkan insan lain...
Jika hari ini tidak lagi seindah semalam...
Aku hanyalah lilin yang membakar dan terus terbakar..."



Biarku Menjadi Lilin


Rabu, Mac 14, 2012

Majlis Bacaan Yassin SRC 2012/2013


"Maha suci zat yang menghilangkan segala kehinaan, mahasuci zat yang menghilangkan segala kedukaan, maha suci zat yang memerintahkan, apabila menghendaki sesuatu hanya berkata “kun”maka jadilah ia. Wahai zat yang menghilangkan dukacita, wahai zat yang menghilangkan, hilangkanlah! Hilangkanlah daripada kami segala kesusahan dan dukacita kami. Wahai zat yang hidup! wahai zat yang berdiri dengan sendiri! wahai zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia!"





























Isnin, Mac 12, 2012

Handball UKM


Alhamdulillah, maka berakhirlah perjuangan dua hari pasukan Bola Baling TPM College...
Penyertaan yang julung2 kali d hantar ini merupakan satu pengalaman yang baru buat aku sebagai manager sukan TPMC...
Ini juga merupakan penyertaan yang mungkin kedua terakhir aku sebagai manager, kerana jawatan selaku Ketua Bahagian Kelab dan Persatuan telah pun diisi yang baru...
Kepada Alif dan Suriani, diharapkan dapat belajar banyak benda selaku team manager dan assistant manager kelmarin...
Lepas ni, harap dapat bawa nama TPM College dalam bidang sukan lebih jauh lagi...
Jauh daripada yang saya pernah bawa...


















Bola baling ini juga sesuatu yang baru bagi aku sebagaimana bola jaring dulu...
Apa yang berbeza, bukan dari segi permainan...
Tapi attitude player2 itu sendiri...
Pertama kali aku berasa malu sebagai manager, bila player team bertempik teriak mengamuk dengan kawan daripada team sendiri...
Di mana silapnya, apa masalahnya, aku pun tidak tahu...
Bila ditanya, tiada satu isi pun yang aku peroleh daripada jawapan yang diberikan...
Apa yang aku boleh katakan, aku malu dengan sikap player seperti itu...
Aku yang mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan keadaan, membawa pulang player yang diserang itu dengan penuh kemarahan...
Marah kerana malu sebab ada isu yang berlaku, tambah2 lagi bila pasukan daripada IPT lain semua memandang ke satu arah iaitu suara tempikan berbaur pergaduhan itu...
Yaa Allah...
Dimanakah silapnya???