Ahad, Jun 19, 2011

Road To Broga Hill


Alhamdulillah, tercapai juga impian untuk daki Bukit Broga...
Huhuhu...
Yalah, kalau sebagai insan yang tip top punya kesihatan apa jak lah Broga tu kan...
Tapi bagi aku, sangat2 bermakna...!!!~
Penghidap Vertigo macam aku, memang akan berasa puas bila dapat menawan satu tempat yang tinggi...
Kalau 3-4 bulan yang lalu, naik tingkat 2 pun aku sudah terhuyung hayang, apatah lagi mendaki Broga...
Tapi, berkat kasih sayang Allah yang tidak pernah menghampakan harapan hamba-Nya, Alhamdulillah dapat juga aku merealisasikan impian ku masa sakit dulu...
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan sahabat2 yang tidak putus2 memberikan sokongan motivasi untuk aku melawan kesakitan itu sehinggalah aku sampai ke tahap yang aku boleh katakan 80% sihat berbanding 3-4 bulan yang lalu...

Berbalik kepada cerita Broga Hill ini...
Hehehe...
Walaupun pada dasarnya, aku insan yang mudah berkecil hati...
Agak tersentuh dengan rakan2 yang terlebih dahulu menawan Broga tanpa aku...
Namun, apa sajalah kecil hati itu jika hendak d bandingkan dengan persahabatan yang terbina sekian lama...
Ok, Andi Rosnita dah tak tacing...!!!~
Sory, adik2 dan rakan2 sekalian...
Biasalah, orang tua ni cepat pulak tacingnya...
Hahaha...

18 Jun 2011, pukul 8 malam...
Keputusan telah d muktamad kan...
Destinasi menebus rasa kecik hati untuk tetap mendaki Broga Hill...
Hahaha...
Tapi sebelum itu, perlu menempuhi satu malam kerana pendakian hanya akan dimulakan pada subuh hari esoknya...
Oleh itu, our Master Planner, Bro Ammar Hafiz telah buat plan untuk kami menikmati MidNite Movie di The Mines cerita Green Lantern...
Setelah recruit bberapa orang rakan lain...
Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan..

Agak terharu dengan Zai, Aman, dan Naufal yang sudi sekali lagi turut bersama menuju ke Broga walaupun hari sebelumnya mereka telah pun pergi...
Katanya, "Kesian kat nek, nak naik dgn ktorg tapi ktorg dah naik dulu...Jadi ni nek nak naik, ktorg follow jelah lagi...Setakat Broga, takde hal lah..."
Huhuhu...
Thanks, guys...!!!~
Saaayang kamu smua...!!!~

Oh ya, mereka2 yang ada bersama2 aku ke Broga ialah...
Ammar Hafiz, Atikah Md Jani, Aqilah, Aliff Hayqall, Abdullah (Dullang), Zolhairee, Atiqah Iffah, Muhamad Aman, Huzaimi, dan Naufal Che Hamid...
(Siap bagi nama penuh lagi, hehehe...)
Ni belum list lengkap lagi ni...
Sbb sebenarnya ada ramai lagi yang tidak dapat join atas sebab2 tertentu...
Insya Allah, memang ada perancangan untuk pergi lagi...
Hehehe...

19 Jun 2011, kami 3 kereta menuju ke Broga...
Oh, sebelum tu...
Happy Bday Aqie...!!!~
Hehehe...
Pendakian bermula seawal pukul 6.00 pagi...
Jalannya tidak sesukar mana pun, hanya jauh sikit berbanding Bukit Tengkorak di Semporna...
Cuma masa kawasan atas2 sikit tu, mula lah perlu sedikit merangkak untuk mencapai batu2...
Pada satu tahap, aku rasa ketinggian 200 meter mgkin...
Aku hampir give up bila pening dan rotation tu berlaku lagi...
Aku bagitau kwn2 yang lain utk keep going tapi tiada seorang pun yang bagi aku tinggal d situ sendiri...
Ammar pula terus2 offer aku minyak angin dan air...
Katanya, mgkin aku hnya penat...
Terharu dengan kata2 semangat dari mereka, akhirnya aku nekad untuk teruskan jugak langkahan kaki ku...
Alhamdulillah, sampai lah juga satu tahap yang penuh angin dan nampak view kawasan sekitar Broga...
Masa tu, telinga memang sangat2 berdesing dan agak tidak stabil buat aku...
Seriously, aku tidak penat langsung cuma kondisi yang kurang mengizinkan...
Huhuhu...
Masa sampai tahap tu, barulah kawan2 yang lain bagi aku berehat dan stay d situ...
Zai bagitau yang itu bukanlah puncak lagi, tapi kira oklah tu...
Aku biarkan yang lain meneruskan perjalanan mereka hingga ke puncak smentara aku menunggu dan menghayati tiupan angin pagi dan keindahan ciptaan Allah dari sudut pandangan tempat yang tinggi...
Subhanallah...
Aku ni memang gayat orangnya...
Tidak habis2 lutut ku bergegar dan rasa berdebar bila tengok orang berlari2 turun...
Takut2 dorang terterus, Na'uzubillahi Min Zalik...

Duduk2 d kawasan tu, rasa hampir tertidur...
Nyaman sangat2...
Broga dibanjiri dengan orang ramai...
Dari segenap usia ada...
Samada kanak2 hinggalah yang dah agak berusia sekitar 70-an mungkin...
Aku hanya tersenyum melihat gelagat masing2...
Pelbagai cerita dan telatah yang dibawa bersama naik ke Broga tu...

Setelah menunggu hampir stgh jam...
Turun jugak bdk2 ni...
Ambik2 gambar dan mengambil masa sedikit untuk menikmati suasana matahari terbit...
Masa mau turun tu...
Allah jak lah yang tau betapa gayatnya aku bila tengok bawah...
Apa2pun, terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat Ammar dan Dullang sebab guide aku untuk menuruni kawasan curam tu...
Hahaha...
Malu lah plak sbb terpaksa susahkan ramai orang...
Then thanks jugak Zai sbb tunggu dan follow belakang kot2 org tua ni terjatuh ke hape...
Huhuhu...
Tapi bila sampai area bertanah dan aku tidak perlu tengok kecerunan...
Wah, laju jak aku turun...
Siap berlari2 pulak tu, hepi lah katakan sbb sudah mampu lompat sana sini...
Sampai satu tahap tu, orang slow2 melangkah untuk trun, aku terus lompat jek...
Then, ammar cakap dari belakangku...
"Amboi, Andi...Mentang2 dah sehat, main lompat2 plak dia...Inilah baru Andi yang dlu...Hang betul2 dah sehat dah ni..."
Hehehe...

Sungguh aku bersyukur dikembalikan nikmat kesihatan walaupun belum sepenuhnya...
Namun aku tetap berterima kasih pada-Mu Yaa Allah...
Sungguh aku bersyukur kerana dikurniakan ramai rakan2 yang sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan dorongan tidak kira waktu dan suasana...
Setiap rakan, berlainan ketika peranan yang dimainkan...
Sungguh aku bersyukur yang tidak terhingga kerana ada keluarga yang tetap ada dalam keadaan suka mahupun duka dan tidak pernah sekali2 biarkan aku terkapai2...
Sungguh aku bersyukur kerana aku adalah aku...

Terima kasih Broga dan semua yang terlibat...
Insya Allah, sekali lagi pasti akan ku tawan kembali hinggalah ke puncaknya...
Hanya perlukan sedikit lagi masa dan usaha menuju 100% kesihatan yang terbaekkk...!!!~

19 Jun 2011, Hello BROGA HILL...!!!~

*Extra marks buat tongkat kesayangan ku sebab banyak membantu dalam pendakian dan menyeimbangkan keadaan ku...Huhuhu...




Tiada ulasan: