Bismillahir Rahmanir Rahim...
Fuhhh...!!!~ I guess this might be my longest entry (maybe)...
Huhuhu...
Tak pun, it will take a long time for me to finish typing everything inside my head rite now...
Wah, speaking London sungguh Andi Rosnita kali ni sebab baru jek lepas tengok dua movie English back to back...
Hehehe...
Ok, back to the line...
Aku akan bercerita tentang salah satu filem yang aku tengok tadi...
Sebenarnya, fokus aku keluar tadi hanya untuk tengok filem ni...
Yang satu lagi tu (Movie Blitz) tu hanya selingan saja...
Hehehe...
Filem yang diletakkan dalam genre komedi, berdurasi 1 jam 45 minit...
THE INFIDEL (Kafir)...Satu Penghinaan, Kritikan, Teguran, atau Kebanggaan???
SINOPSIS:-
Cerita yang berkisarkan tentang Mahmud Nasir, seorang suami dan ayah yang baik juga Muslim yang sangat "rileks"...
Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak (Rashid dan Nabi)...
Kehidupan mereka berlatar belakangkan Muslim British...
Rashid ingin berkahwin dengan Uzma tetapi perlu mendapatkan restu ayah tiri Uzma iaitu Arsyad Al-Masri yang merupakan seorang pendakwah dan seorang Muslim yang disegani dalam kalangan umat Islam di kawasan tersebut...
Oleh itu, Rashid meminta agar ayahnya akan berkelakuan seperti seorang Muslim yang warak sewaktu Arsyad berkunjung ke rumah mereka kelak, untuk memenangi hati Arsyad...
Namun begitu, pada masa yang sama Mahmud telah menemui Sijil Anak Angkatnya semasa mengemas rumah tinggalan arwah ibunya...
Setelah membuat rujukan, Mahmud mendapati bahawa dia merupakan seorang Yahudi (Jewish) yang telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Muslim...
Nama sebenar Mahmud ialah Solly Shimsillewitz...
Mahmud yang sememangnya anti-semitic (anti-yahudi) sangat tertekan dalam mencari identiti dirinya yang sebenar selepas mengetahui kebenaran tersebut...
Sehinggalah pada suatu hari, Mahmud terlepas cakap bahawa dia adalah Jewish semasa bertengkar dengan seorang pemandu teksi yang menjengkelkannya, juga merupakan jiran kepada arwah ibunya, iaitu Lenny seorang Jewish American...
Pada masa yang sama, Lenny telah memberitahu Mahmud tentang Izzy Shimsillewitz iaitu ayah kandung Mahmud...
Ketika Mahmud hendak bertemu Izzy di rumah orang2 tua, seorang alim dalam Jew (Rabbi) tidak membenarkan Mahmud masuk dalam keadaan Mahmud yang serba tidak tahu tentang Jew, tambahan pula Izzy merupakan seorang yang kuat beragama...
Maka bermulalah perjalanan konflik hidup Mahmud yang terpaksa mempraktikkan cara hidup Jewish demi bertemu ayah kandungnya dengan bimbingan Lenny, dan Mahmud juga terpaksa mendalami ilmu Islam demi persediaan untuk bertemu dengan Arsyad...
Hidup Mahmud agak terumbang-ambing apabila dia tidak memberitahukan hal tersebut kepada keluarganya...
Mahmud cuba mendapatkan nasihat daripada Imam Masjid tetapi telah disalah tafsir oleh Imam tersebut tanpa Mahmud menceritakan hal yang sebenarnya...
Konflik menjadi tegang apabila Mahmud perlu menghadiri dua majlis dalam sehari...
Siangnya dia ke majlis demonstrasi menentang Israel dan malamnya ke majlis yang berunsurkan Jewish...
Dalam demonstrasi, Mahmud yang memakai kopiah di luar dan kippah (kopiah orang yahudi) di dalam secara tidak sengaja membuka kopiahnya kerana kepanasan...
Umat Islam lain yang hadir terkejut melihat Mahmud yang memakai kippah...
Demi menyelamatkan diri dan keadaan, Mahmud telah membakar kippah tersebut dengan tujuan simbolik anti-semitic dan kelakuan Mahmud telah dirakamkan...
Plot cerita berlaku apabila kehadiran Arsyad ke rumah mereka dan sifat keislaman yang ditunjukkan oleh Mahmud sekeluarga telah membuatkan Arsyad memberi restunya kepada perkahwinan Rashid dan Uzma...
Malangnya, berikutan video Mahmud membakar kippah tersebut telah tersebar meluas, dia telah diserang oleh beberapa orang Jew dan pihak media yang mendakwanya racist...
Dengan keadaan tertekan, Mahmud telah menjerit bahawa dia adalah Jewish...
Terkejut dengan kenyataan tersebut, Arsyad terus membatalkan persetujuannya, video pengakuan Mahmud telah tersebar meluas di media2, manakala keluarganya juga tidak mengendahkannya...
Hanya Lenny seorang saja yang memahami situasi Mahmud dan telah membawa semula Mahmud untuk bertemu dengan Izzy walau dengan keadaan paksa sekali pun...
Setibanya di rumah orang2 tua, Mahmud tidak lagi dihalang oleh Rabbi untuk bertemu dengan Izzy kerana Izzy telah pun meninggal dunia...
Semasa Mahmud duduk di dalam bilik Izzy, dia telah menemukan pita video tentang pengakuan yang dibuatnya sebagai seorang Jewish...
Video itu dihantar oleh Lenny kepada Izzy untuk menunjukkan bahawa Izzy masih merindukan anaknya, Solly...
Setelah sedar dengan maruah dan prinsip hidup keagamaan Mahmud yang tunggang langgang, dia telah membuat pelbagai rujukan di antara Al-Quran dan Taurat demi mencari kebenaran dirinya yang sebenar sekaligus untuk menebus kembali maruahnya yang telah tercalar...
Mahmud telah menghadiri majlis ilmu yang dibuat oleh Arsyad...
Jelas sekali, Arsyad hanya memperoleh pengaruh daripada dua orang pengikutnya serta memberikan hujah2 yang dusta tetapi menggunakan ayat2 Al-Quran yang telah dimanipulasikan untuk menipu Muslim "relaks" yang hadir di majlis ilmunya yang rata2 hanya menerima kata2 Arsyad bulat2...
Mahmud bangkit dan menegakkan kebenaran serta membidas dalil palsu yang dinyatakan oleh Arsyad untuk menunjukkan bahawa Muslim yang ada hanya menurut manakala golongan berilmu kebanyakan menipu demi kepentingan sendiri...
Dengan bangga, Mahmud mengumumkan bahawa dia hanya beriman kepada Islam dengan lafaz kalimah syahadah tetapi telah diperlekeh oleh Arsyad, lalu Mahmud membongkar identiti Arsyad yang sebenar...
Arsyad merupakan seorang artis Jewish yang racist dan kononnya telah mati 10 tahun lalu dan muncul untuk menyampaikan ajaran sesat kepada para Muslim...
Kesudahan cerita, Mahmud kembali mempraktikkan ajaran Islam tetapi masih berkawan baik dengan Lenny yang merupakan seorang Jewish...
Namun begitu, antara Mahmud dan Lenny tiada seorang pun memperakui tentang Israel...
Rashid dan Uzma tetap meneruskan perkahwinan dalam suasana adat pakistani...
MEH REVIEW SERIUS SIKIT:-
Pertama...
Satu teguran direct buat kita yang Islam hanya pada nama agama sahaja, tetapi langsung tidak mengamalkan kewajipan sebagai seorang Muslim...
(Scene Mahmud tidur semasa solat di masjid, tidak solat penuh dan tidak puasa)
Kedua...
Memandang terlalu mulia secara membuta tuli kepada mereka yang berilmu tinggi sehinggakan perlu menjadi hipokrit demi menambat hati mereka...
(Scene Mahmud terpaksa pura2 menjadi warak demi menambat hati Arsyad)
Ketiga...
Mudahnya pendirian keagamaan goyah dan sanggup beralih prinsip dalam beragama demi mendapatkan apa yang diinginkan...
(Scene Mahmud mempraktikkan amalam Jewish demi bertemu ayah kandungnya)
Keempat...
Amalan beragama yang tidak ikhlas mendorong kita kepada menjadi insan yang kasar dan mudah naik darah...
(Scene Mahmud yang asyik mencarut dan memaki hamun, juga Lenny yang kurang sopan serta kerap mabuk)
Kelima...
Mengenali agama hanya melalui cerita2 teladan yang terkenal dan kerap diceritakan, bukannya daripada beriman sepenuhnya kepada Allah dan kitab...
(Scene Mahmud yang bercakap tentang Rasulullah yang yatim sejak dalam kandungan, juga Lenny yang menceritakan cerita2 popular Jewish dalam majlis walhal hanya merujuk buku bacaan)
Keenam...
Mengakui diri itu Jewish lebih elok daripada mengikuti ajaran Syiah...
(Yang ni aku no komen, tapi Mahmud ada berkata tentangnya)
Ketujuh...
Melampau2 dalam beragama...
(Scene wanita berjogging di track dengan memakai jubah dan purdah)
Kelapan...
Agama dipandang rendah dan tidak sempurna...Kelemahan setiap agama bukan daripada ketidak sempurnaan agama itu, tetapi daripada kelalaian penganutnya yang melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya...
(Scene Mahmud yang suka berhibur dan Lenny dgn Jewish yang suka menari, minum arak, dan melihat video censored)
Kesembilan...
Orang berilmu lebih banyak berkata daripada mendengar yang akhirnya telah membuat kesimpulan yang salah...
(Scene Imam yang tidak mendengar dulu penjelasan masalah Mahmud dan terus berkata Mahmud mengalami masalah Gay, juga Arsyad yang memanipulasi ayat2 Al-Quran untuk disalah gunakan)
Kesepuluh...
Lebih kita memahami agama lain, maka lebih jugalah pengetahuan kita dalam memahami dan mencintai agama kita...
(Scene Mahmud membuat perbandingan tentang Al-Quran dan Taurat yang akhirnya membawa Mahmud kepada keyakinan dalam kalimah syahadahnya malahan mampu membuktikan bahawa Arsyad telah memberikan ayat Al-Quran yang salah)
Kesebelas...
Ramai orang menggunakan nama agama atau berilmu agama yang tinggi untuk mendapatkan pengaruh walau dengan cara menipu sekalipun...
(Scene Arsyad mempengaruhi umat Islam yang "rileks" untuk menyampaikan pengaruhnya dengan penggunaan ayat2 Al-Quran padahal salah surah dan ayat tidak lengkap)
*To be continued...(mengantuk)
p/s : Ini hanyalah review ku secara peribadi...Aku tau mungkin ada banyak kesilapan, sebab isu ini sangat sensitif dan sejauh manalah ilmu yang aku ada tentang beragama...Maafkan aku...Apa yang pasti, The Infidel perlu ditonton bagi mereka yang mahu membuka hati dan melihat sendiri bagaimana kita semakin lalai dalam mengenal Islam yang indah ini...Apa yang aku dapat tangkap dengan jelas sekali, filem ini bukan ingin menghina mana2 agama, tetapi mahu mengkritik para pengikutnya, juga dalam perasan atau tidak kemunculan nama Israel mahu membuka mata kita bahawa Israel merupakan dalang utama dalam pertelingkahan di antara mana2 agama...Wallahu 'Alam...
3 ulasan:
a'kum..tahniah...perkongsian yg menarik..pemikiran yg kritis dlm menilai pengajaran cerita..
erm,sepatutnye gunakan 'assalam' atau 'assalamualaikum' yg mengandungi maksud yg lebih baik. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran orang-orang Yahudi kpd orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.mean, kau,amirul, memanggil si penulis blog ni dgn panggilan 'binatang'..harap faham dan sedar. Syukran.REVIEW tntg cerita tu, memang menarik..
p/s: im waiting for the next continuation! ^^
Singkatan drpd AKUM td tu ialah ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’. =(
Catat Ulasan