Sabtu, Mei 07, 2011

Selangkah Meninggalkan Tanah Semenanjung Utk 3 Minggu...


7hb Mei 2011, kaki ini meninggalkan Tanah Semenanjung utk bercuti dan juga menjalani rawatan di kampung halaman...
Alhamdulillah, dari proses packing, pjalanan ke LCCT, check in dan juga boarding byk dibantu oleh Abg Lan...
Kalau mau harapkan aku sepenuhnya, agak bmslh dgn kesihatan yang kurang memberangsangkan pada masa ini...
Terima kasih kepada Abg Lan, Kak Anor, dan Dylan sbb banyak berkorban masa dan kudrat demi aku dan mak...

Sejuta penghargaan buat rakan-rakan yang setia menemani diri ini hingga ke langkah terakhir ku d Tanah Semenanjung...
Atikah, Aqilah, Huzaimi, Aman, Arif Zaim (Tempe) dan Sayid...
Yang sanggup bersusah payah datang LCCT semata-mata ingin menemankan aku...
Masa yang kami luangkan sangat singkat, hinggakan tiada cerita yang sempat aku kongsikan bersama mereka...
Yang sempat, hanyalah minum pagi bersama dan menyakat Zai seketika...

Apa2pun, aku pasti rindukan kalian semua...
Berat sungguh langkah kaki ini meninggalkan kamu...
Kerana terlalu banyak jasa dan budi kalian semua telah lakukan terutamanya semasa masalah kesihatan ku memuncak...
Bukan setakat mereka ini sahaja, malahan ramai lagi...
Tidak terhitung ramainya insan2 yang menyayangi ku seperti keluarga...
Mereka lah keluarga ku di tanah semenanjung ini...

Walaupun hanya 3 minggu peninggalan ku...
Namun hati ini tetap merasakan langkah ini seberat 3 tahun lamanya...
Insya Allah, semoga ada jodoh dan rezeki untuk kita bertemu lagi...
Aku rindukan kalian semua...!!!~
Kerana kamu lah teman, kamu lah saudara...

Tidak lupa, inginku titipkan kerinduan buat seorang insan...
Yang tidak pernah hilang daripada ingatan...
Teristimewa buat dirimu, insan 16 Disember 2010...
Semoga ada sinar yang terang hari esok...
Insya Allah, jika diizinkan oleh-Nya...


















p/s: thanks aman for all the pictures at the LCCT airport...


2 ulasan:

InvaderZim berkata...

pergh.... sedihnye..^^..

Andi Rosnita Kandi berkata...

huhuhu...agak sedih lah jugak nak berangkat tu...sejak kurg sehat ni, cpt tacing lah...huhuhu...