Jumaat, Ogos 08, 2008

PENAWAR SI PATAH HATI

Adakah anda pernah putus cinta? Sedang dalam putus cinta? Atau sudah terasa bahang-bahang akan putus cinta? Normal... Perkara seperti ini sudah normal berlaku sekarang....

Tapi bagaimana pula dengan cara cinta tu boleh putus dan siapa yang jadi penyebab yang memulakan dulu?

Jika anda mempunyai keadaan seperti itu tetapi tidak tahu untuk selesaikan atau hadapinya, bolehlah kirimkan ulasan atau email anda kepada saya d andirosnita1902@gmail.com agar saya mempunyai pecahan-pecahan masalah untuk diselesaikan secara sistematik sebab konsep dan penawar putus cinta bagi orang yang patah hati ni, terlalu banyak dan luas. jadi kena perlukan respon permintaan daripada anda semua... Saya akan tunggu ulasan anda.

Khamis, Ogos 07, 2008

AL FATIHAH BUAT DATUK TERSAYANG

Al Fatihah...

Khas buat datukku yang tersayang, Ladzaju Bin Salimun yang telah pergi menemui Allah SWT baru sahaja selepas waktu maghrib tadi. Datuk pergi akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba setelah membuat pembedahan kemarin. Selama ini aku tidak tahu yang datuk ada penyakit jantung. Yang aku tahu cuma sakit batu karang yang dideritai setelah sekian lama lebih sepuluh tahun. Tetapi batu karang tersebut telah berjaya dikeluarkan pada pertengahan tahun ini melalui pembedahan.

Dalam tempoh penderitaan datuk di saat-saat akhir sebelum pembedahan batu karang tersebut, datuk telah ditahan di wad hospital Kunak selama beberapa malam. Masih segar dalam ingatan, terdapat satu malam aku secara sukarela mahu menjaga dan memberi perhatian kepada datuk memandangkan aku dalam tempoh kelapangan selepas SPM. Kesian aku tengok datuk, setiap minit datuk mahu buang air kecil dan air besar. Datuk terpaksa berulang alik ke bilik air dan tidak pernah tidur entah untuk berapa malam. Datuk sangat baik, pada pukul 2 hgga 3 pagi waktu itu, aku terlelap. Tapi datuk sedikit pun tidak menggerakkan aku untuk membawanya ke bilik air, datuk hanya biarkan aku tidur di kerusi tepi katil. Mungkin penat sangat, datuk kesian tengok aku.

Dalam tempoh menjaga datuk, aku banyak belajar pelbagai benda. Aku belajar menghargai orang tua, penderitaan mereka, aku betul-betul dapat bayangkan macamana mereka terpaksa melayan karenah kita masa kecil. Datuk mengajar ku banyak perkara dalam hanya beberapa masa yang singkat.

Selepas pembedahan, datuk hilang selera makan dan mula menjadi terlalu cerewet. Kalau tiada yang dapat tahan dengan perangai datuk, sudah lama datuk tidak dipedulikan tapi kami semua sayangkan datuk. Memang begitulah perangai seseorang yang telah lanjut usia, mereka akan kembali ke alam jiwa seperti kanak-kanak. Namun kami bersyukur, datuk yang telah mencecah umur 73 tahun, tidak nyanyuk seperti kebanyakan orang-orang tua yang lain.

Pada 16hb Julai, kira-kira jam 7 stgh pagi, aku meninggalkan kampung halaman dan juga datukku untuk meneruskan pengajian di TPM ini. Aku sempat menyalam dan mencium tangan datuk. Satu saja kata-kata datuk yang aku ingat, "Belajar bagus-bagus ya nak. Kasi senang orang tua nanti." Itu saja yang terlafaz dari mulut datuk dan aku akan ingat sampai bila-bila. Sebelum melepas tangan datuk, aku ada bagitau datuk, "Insya Allah, tok. Doakan jak aku selalu ya. Tunggu aku balik, ada aku mau tunaikan."

Tapi ajal dan maut di tangan Allah. Datuk pergi tanpa aku sempat tunaikan janji ku dengan datuk. Tapi aku akan cuba cari jalan untuk dapat tunaikan janjiku. Pasti ada cara dalam Islam. Apa-apa pun, semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas roh datuk. Semoga datuk berada dalam golongan insan-insan yang soleh. Amin...

TIPS BELAJAR (AMALAN SISWAZAH AL-AZHAR)

Berikut saya sediakan buat tatapan dan panduan anda semua terutamanya yang bergelar pelajar, khusus bagi pelajar-pelajar PMR, SPM, STPM, dan juga pelajar IPTA/IPTS. Difahamkan, jika tips ini diamalkan, Insya Allah semuanya akan berjalan seperti yang diinginkan.

Tips ini diperolehi daripada Pensyarah Pengajian Islam (LAN1004) saya di Technology Park Malaysia, beliau ialah Ustaz Mohd. Norizan. Beliau merupakan salah seorang siswazah lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir. Tips ini merupakan amalan beliau dan rakan-rakan di Al-Azhar dan ia diberikan oleh beliau kepada kami, pelajar-pelajar LAN1004, TPM sesi Julai 2008. Jutaan terima kasih diucapkan buat Ust. Norizan.

Menurut beliau:

Waktu yang paling sesuai untuk belajar ialah pada waktu malam iaitu selepas tgh malam sekitar pukul 1.00 pagi. Waktu ini keadaan sunyi sepi dan kedinginannya menyegarkan minda. Namun begitu, kita hendaklah tidur terlebih dahulu selepas solat Isyak agar tidak mengantuk dan kepenatan pada keesokan hari.

Jika bangun pada pukul 1.00 pagi begitu, tetapi mata masih mengantuk dan masih dalam lena, untuk menghilangkannya, tutup mata dan tekan dengan menggunakan ibu jari secara songsang. Maksudnya, ibu jari kanan tekan mata kiri, ibu jari kiri pula tekan mata kanan. Sambil tekan, baca selawat ke atas Rasulullah SAW sehingga terasa pedih pada mata. Insya Allah, mengantuk itu akan hilang dan pergilah ambik air wudhu' sebelum belajar agar syaitan kurang mengganggu. Biasanya suasana yang sejuk, bolehlah dihilangkan dengan merendam kaki di dalam besen yang berisi air suam ketika duduk belajar.

Sesi belajar disarankan sehingga sejam sebelum waktu subuh untuk berehat sebentar sebelum solat subuh. namun begitu, sebelum berehat amatlah elok jika kita membuat Solat Hajat agar apa yang kita pelajari dapat lekat dalam ingatan dan hati serta berkekalan untuk kegunaan di saat diperlukan.

Selepas solat Subuh tidak digalakkan tidur semula kerana pada waktu tersebut, merupakan waktu turunnya (pembahagian) rezeki. Menjadi satu keuntungan bagi sesiapa yang mengambil peluang untuk menyambut rezeki yang diturunkan Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Sebelum melangkah ke sekolah, mengambil air wudhu terlebih dahulu membolehkan kita menerima pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan hati sentiasa berada dalam ketenangan. Salam itu, jangan lupa meminta restu kedua ibu bapa sebelum melangkah tinggalkan rumah. bagi yang berjauhan dari kelurga, cukup dengan mengingati mereka dalam hati dan bayangan wajah-wajah mereka yang penuh dengan harapan kepada kita.

Waktu yang paling tidak sesuai untuk belajar ialah pada waktu petang iaitu selepas waktu Asar. Waktu tersebut juga tidak elok untuk tidur kerana ia boleh melembabkan otak. Hal ini kerana waktu tersebut dikhaskan sesuai untuk mencergaskan otak. Kita hendaklah memanjakan tubuh badan kita dengan aktiviti sukan, rekreasi, mahupun riadah. hal ini bersangkut paut untuk kebaikan otak kerana "AL AKLUS SALIM, FIL JISMUS SALIM.." Akal yang cerdas lahir daripada tubuh yang cergas.

Setelah hampir waktu maghrib, kita hendaklah membersihkan diri dan menyegarkan badan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib. Semasa menunggu masuk waktu Isyak, disunatkan membaca Al-Quran ataupun berzikir kepada Allah. Selesai solat Isyak, samada mahu berehat dengan menonton televisyen dan lain-lain ataupun terus tidur kerana kepenatan selepas bersukan. Sesudah itu, barulah habit seperti mula-mula diteruskan.

Jika cara kehidupan seperti ini diamalkan, Insya Allah tiada yang mustahil.

Masa saya berada dalam Tingkatan 5, saya diberi sebuah fakta yang menyatakan bahawa tidak tidur malam mampu mengubah keadaan biologi seseorang seperti peredaran darah bertukar haluan dan sebagainya (kononnya lah) serta memendekkan umur. Namun semua itu hanyalah fakta hasil kajian, ajal dan maut di tangan Allah. Kita berjaga malam kerana menunaikan tuntutan Allah iaitu mencari ilmu dan mendalami ilmu di muka bumi Allah. Sama maksudnya dengan kita berjaga malam kerana Allah. Oleh itu, tidak akan pernah sesekali Allah menzalimi hambaNya yang melakukan sesuatu demi Allah. Asalkan niat kita suci dan bertujuan baik kerana Allah, Insya Allah semuanya akan baik-baik saja.

Sabtu, Ogos 02, 2008

MASALAH REMAJA SEKARANG

Memang tak dapat dinafikan lagi, di setiap penjuru dunia ini kita dapat lihat ramai pasangan2 bercinta yang tidak lagi memandang soal halal haram dalam berhubungan. Majoriti dan rata2ya menjadikan cinta sebagai aset untuk memenuhi nafsu. Orang ramai kini sudah mula menganggap itu sebagai satu kebiasaan.

Berjalan berdua berpegangan tangan, pegang pinggang, belai sana sini sesuka hati, tanpa ada sedikit rasa malu berbuat demikian depan orang ramai. Depan orang sudah macam tu, tak tahu lagi di belakang. Yang paling menyedihkan, wanita2 Melayu pun masuk carta. Pakai tudung, tutup aurat tapi tangan tetap tergenggam erat dalam geggaman lelaki bukan muhrim. Susah nak cakap, samada fenomena ini hasil daripada pengaruh TV atau umat kita yang membutakan mata, memekakkan telinga.

Memang betul sabda Rasulullah SAW bahawa manusia Akhir Zaman akan kembali kepada Zaman Kejahilan. Zaman Kejahilan di sini bermaksud jahil tetang agama. Tau tu memang tau tapi tidak mengamalkannya. Saya bukanlah orang yang alim sangat, mahupun kira boleh dipanggil Ustazah, tapi saya cuma manusia manusia biasa yang tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.

Tapi pengalaman dan masa silam banyak mengajar saya betapa kita sekarang terutamanya remaja berhadapan dengan masalah besar. Nafsu sudah merajai hati para remaja kini. Ramai orang menilai seseorag berdasarkan masa silam. Yang berlalu biarkan berlalu, apa yang perlu kita buka mata sekarang ialah untuk hari ini dan masa2 akan datang. Kalau hanya mau menunding jari salahkan masa silam orang, kita hanya akan terus berundur ke belakang. Saya tidak sampai hati melihat wanita zaman sekarang hanya diperalatkan lelaki yng hanya bermodalkan manis mulut berkata2 untuk mendapatkan yang diinginkan. Saya bukan mahu menasihat, hanya luahan hati. Saya dah tgk bayak kes pengkhianatan. Masa dah kena, barulah mahu saman malu, gunakan orang balas dedam dan yang lebih teruk, gunakan khidmat syaitan.

Satu saja yang saya faham, "CINTA ITU INDAH DAN SUCI JIKA, BERPAKSIKAN KEJUJURAN, BERBEKALKAN KEIKHLASAN, DIPENUHI KEPERCAYAAN, DISULAMI KESETIAAN, SERTA MENJADIKAN KASIH SAYANG KERANA ALLAH SEBAGAI ASAS PERHUBUNGAN. BUKAN CINTA KERANA NAFSU DAN JUGA BUKAN CINTA KERANA HARTA." Tapi apa yang berlaku kini, cinta yang suci sudah tak bermakna lagi.

Tetapi yang berlaku sebaliknya. Cinta hanya untuk nafsu semata2 serta membelakangkan hukum halal haram Islam. Itulah apa yang berlaku dan yang membimbangkan kepada remaja zaman sekarang. Saya tidak pandang jauh, saya hanya pemerhati di tengah2 rakyat Malaysia.