Khamis, Oktober 06, 2016

Aidil Adha 2016 & Aqiqah Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan


Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha...
Walaupun hampir sebulan berlalu, aku ucapkan saja...

Alhamdulillah...
Aidil Adha kali ini aku dan keluarga masih lagi diberi peluang untuk merayakannya bersama-sama...
Berbanding tahun lalu, kali ini syukurlah korum keluarga basic kami penuh...
Terima kasih, Ya Allah...

Aidil Adha atau Raya Korban tahun ini kami sekalikan dengan Majlis Aqiqah anak saudara baru ku, anak kepada abangku iaitu Andi Muhammad Akhyar Harraz Bin Andi Mazlan...
Majlisnya dijalankan dengan sederhana, syukurlah semua keluarga dapat berkumpul bersama-sama...

Terima kasih kepada semua warga Ladju Clan dan sanak saudara yang sudi datang dan membantu dari awal hingga akhir majlis...
Terima kasih juga kepada jiran-jiran, rakan-rakan keluarga, para kenalan dan semua yang hadir mendoakan kesejahteraan buat our little Andi dan kami sekeluarga...

Bersempena dengan kepulangan Abang Lan sekeluarga, aku bawalah diorang jalan-jalan sekitar Mostyn saja atas faktor cuaca dan masa yang terhad...
Cukuplah rasanya, sekadar melakarkan memori dan mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan aku sekaligus bagi peluang kakak ipar dan anak-anak saudara kenali Mostyn ni...
Hehehe...























Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Aku kembali lagi setelah lama menyepikan diri di blog ini...
Maaf, maaf, maaf...

Update kali ini tentang Ekspo Merdeka Sekolah Kebangsaan Mostyn...
Telah diadakan pada 25hb September 2016 yang lalu...
Satu projek berkonsepkan mini karnival ala-ala Jom Heboh begitu...
Ekspo ini sesuatu yang asing di Kunak ini, Mostyn khasnya...
Projek fund rising untuk sekolah dalam misi membina dewan mini untuk memudahkan warga sekolah mengadakan aktivti terutamanya perhimpunan...

Projek ini asalnya, ramai yang meragui kejayaannya untuk diadakan...
Namun, atas tekad dan sikap positif beberapa orang guru terutamanya Cikgu Firman dan Cikgu Yaakob serta dorongan rakan-rakan guru yang lain dan para ibu bapa...
Alhamdulillah, angan-angan akhirnya berjaya direalisasikan...
Sambutan yang sangat mengagumkan, lawatan daripada pengunjung yang sangat ramai dijangkakan lebih 1,000 orang yang telah hadir...
Satu rekod baru buat kami di sini...
Tahniah, SK Mostyn!!!

Aku???
Walaupun aku bukanlah kakitangan sekolah...
Tapi aku turut menyumbangkan kudrat yang ada untuk membantu...
Mewakili pihak ladang pun ya, mewakili Alumni SK Mostyn pun ya juga...
Peranan yang aku mainkan lebih kepada Pertandingan Motosikal Berhias, Gimik Perasmian Ekspo dan Pertandingan Bola Tampar Amal...
Kepenatan ke hulu dan ke hilir rasanya berbaloi dengan kejayaan yang diraih...
Aku bukanlah AJK Pelaksana utama dalam projek ini...
Tapi menjadi sebahagian daripada AJK kecil sudah cukup buat aku bangga dengan sekolah lamaku ini...

Insya Allah, semoga hasrat dan niat murni warga SK Mostyn untuk membangunkan fasiliti di sekolah menjadi kejayaan...
Berkat komitmen dan kerjasama seluruh warganya...
Kami, baik para alumni mahupun pihak pengurusan ladang akan cuba memberikan sokongan yang diperlukan...

Tahniah sekali lagi buat semua AJK Pelaksana, terutamanya Project Manager!!!
Two Thumbs Up!!!

Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Gimik Perasmian - Pertunjukan oleh Polis Bantuan Sime Darby Kunak
Antara peserta motosikal berhias tema kemerdekaan Malaysia
Sesi penjurian sedang berjalan - Uncle Zai
Sesi penjurian sedang berjalan - Mr. Johari
Etta bersama motosikal johan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan
Bergambar bersama AJK dan peserta motosikal berhias
Ridwan Hamsa - Johan Pertandingan Motosikal Berhias Ekspo Merdeka SK Mostyn 2016
Me with Sasa, the most talkative alumni of SK Mostyn


Khamis, Jun 09, 2016

Musim Kahwin Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al Mubarak...
Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda...
Insya Allah...

Minggu terakhir sebelum kita masuk ke bulan Ramadhan merupakan pecutan terakhir bagi kebanyakan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga...
Hehehe...
Betapa indahnya suasana berpuasa dengan berstatus tidak lagi bujang...
Kawanku yang cakaplah...
Aku hanya mampu gulp kan sajalah...
Hahaha...

Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis...
Daripada yang beberapa tu, hanya tiga saja yang ada kenangan diabadikan dalam bentuk gambar...
Apa-apapun...
Barakallahu lakuma wabarakah 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair...
Kepada semua pasangan pengantin baru...
Semoga sentiasa menjadi sebuah keluarga yang dipenuhi kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT hingga ke jannah-Nya...
Insya Allah...
Doakan yang baik-baik juga, semoga aku dan pasangan serta beberapa saudara dan sahabat yang masih solo segera bernikah...
Amin...

Majlis Amree & Fazielah

Penganting jauhhh... So, kami bertiga sajalah...


Majlis Caca & Ridzal





SK Mostyn + Satu orang budak SK Pekan


With our lovely mom, Cikgu Galita (ibu penganting perempuan)
Semoga kami berdua segera bertukar status, tapi mesti aku duluanlah. Hahaha...
Kendin... Sahabat dari zaman bogel-bogel lagi. Hahaha...


Rakan sepertugasan. Yang baju purple ambil aura pengantin tu
Bagi hilang kempunan katanya. Hahaha...
Pengantin perempuan masih di make up, so culik pengantin lelaki sajalah sebelum balik

Majlis Zulfikar & Emon (aku lupa nama betulnya) 


With my beautiful mom


Bersama mempelai dan keluarga


Rabu, Jun 08, 2016

Hey, Sport! I'm Back! Errr... Almost. Hahaha...


Assalamualaikum...
Ini adalah backdated punya post...
Kejadiannya berlaku sekitar beberapa minggu yang lalu...

Aku ter 'come back' tanpa sengaja ke dunia sukan...
Lebih spesifik, bola sepak...
Setelah sekian lama dan hampir lupa rupa padang tu macam mana...
Hahaha...

Ringkasnya begini...
April yang lalu, Mostyn FC (Kelab Bola Sepak Mostyn) ada anjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Tampar Terbuka...
Tujuannya, dijadikan platform untuk SAFA Kunak cari bakat-bakat baru...
Aku secara tidak langsung terjadi setiausaha lantik sendiri...
Pihak Mostyn FC perlukan orang yang boleh buat kertas kerja seperti permintaan pihak ladang sebagai salah satu keperluan untuk menganjurkan pertandingan di ladang ini...
So, aku yang perasan rajin ni hulurkanlah kerajinan...
Alhamdulillah, pendek cerita kertas kerja diterima dan masa yang sama pihak pengurusan ladang pula mengamanahkan aku untuk tolong Mostyn FC sebab penganjuran ini merupakan salah satu CSR ladang dan secara tidak langsung melibatkan kerjaku jugalah...
Kesimpulannya, aku mainkan dua peranan serentak...
Bermula daripada awal perancangan, semasa penganjuran hinggalah hari post moterm... 

Duduk di meja urusetia tidak seindah rupa...
Nampak MACAM senang, sebab duduk saja tapi Ya Allah...
Istighfar banyak kali tahan tension...
Sangat tension tapi addictive, fun!
Haaa... Macam mana mau explain perasaan tu?
Hahaha...

Semasa penganjuran, banyak kerja Ad-Hoc yang aku buat...
Tapi yang paling terasa bahangnya, tugas buat jadual perlawanan...
Dia punya bingung, stress dan sakit kepala tu Allah saja yang tahu...
Ada yang sudah cantik-cantik susun, team pula minta tunda minta awalkan...
Macam-macamlah...
Pendek kata, bukan senang untuk puaskan hati semua orang...
Tukang buat jadual ni mau banyak sabar dengan perangai pemain dan pengurus pasukan...
Tapi best, satu lagu skill aku dapat develop dan ini satu ilmu baru bagi aku...
Dapat juga kenal orang baru dan perbaiki communication skill sedia ada...

Apa-apapun, aku salute dengan team penganjur...
Semuanya profesional belaka...
Alhamdulillah, berkat sokongan semua pasukan, para penyokong dan izin daripada Allah, selesai juga penganjuran ni dengan jayanya...
Walaupun ada hiccup here and there, tapi aku boleh berpuas hati...
Terima kasih otai-otai Mostyn FC semua...

Bacaan doa perasmian...Muka-muka urusetia hardcore...Pida & Anca...
Ucapan wakil SAFA Kunak, Uncle Zai (En. Rahim Resar)
Bergambar bersama Perasmi, YB Datuk Haji Nilwan Bin Kabang serta rombongan
Perlawanan sumbangsih, persahabatan perasmian Mostyn FC Veteran vs Eksekutif Sime Darby Kunak
Volleyball Game
YB Datuk dan rombongan
Team YB Datuk main sekali, simbolik perasmian bola tampar katanya...
YB Datuk serve bola
Perlawanan 1 Mei dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku. Selamat Hari Pekerja!
Serius nyanyi Negaraku :p
Cabutan bertuah... Tumpang glemer sampaikan hadiah...
Pengurus pasukan paling agresif. Hahaha... My big bro, Abang Mail...
Our cheerleaders
Perlawanan akhir, Sungang A vs Jeleta Bumi
Penghargaan daripada Penaung Penganjur (Mr Max - kiri) kepada Pengurusan Ladang Mostyn (SA Comel - kanan)
Penghargaan daripada Pengerusi Penganjur (Abg Mahiudi - kiri) kepada SAFA Kunak (Uncle Zai - kanan)
Gambar kenangan team penganjur bersama Pen. Pengurus Kanan ladang
Gambar kenangan team penganjur di malam post mortem (ada yang tidak dapat datang)
Al-kisah bola sepak tidak berakhir di situ...
Selang beberapa minggu, khidmat ku diperlukan lagi...
Lebih kepada menyibukkan dan offer diri sendiri sebenarnya...
Yalah, minat punya pasal...
Hahaha...
Tambahan pula, Uncle Zai antara anchor pasukan ni jadi bolehlah menyelit-nyelit offer kemahiran yang ada...
Hehehe...

Panjang ceritanya, tapi dipendekkan...
Aku satu-satunya bunga yang mengiringi pasukan bola sepak daerah Kunak (SAFA Kunak) untuk ke Kejohanan Piala Ketua Menteri Sabah 2016...
Hahaha...

Aku pernah jadi atlet, aku pernah jadi fisio, aku pernah jadi fitness trainer, aku pernah jadi coach tanpa sedar, dan aku pernah jadi pengurus pasukan... 
Tapi perasaan duduk di kerusi pegawai kali ini bahangnya lain macam...
You can feel the heat dan aura pasukan tu direct ke dalam jiwa raga...
Chewahhh...

Tapi, serius cakap walaupun kalah, hahaha...
Walaupun kalah, rasa bangga tu tebal sebab menjadi sebahagian pasukan ni cukup-cukup sesuatu pengalaman yang berharga...
Kalah tu, adat pertandinganlah kan...
Lebih-lebih pula majoriti barisan pihak pengurusan dan pegawai-pegawai pasukan terdiri daripada muka-muka baru (termasuk aku)...
Hehehe...
Pemain-pemain pun 50% yang belum ada pengalaman ikut pasukan daerah...
Jadi, normal lah kan?
Insya Allah, sekiranya muka-muka ini juga yang dibagi peluang lagi untuk bawa pasukan daerah di tahun-tahun akan datang, sekurang-kurangnya prestasi itu dapat dinaikkan sedikit demi sedikit...
Insya Allah...
Akhir kata, terima kasih SAFA Kunak... :)

Piece of sharing knowledge session with Coach Citra
Session with Coach Polo and the pegawai-pegawai
Tengok aku tu, buat-buat sibuk. Hahaha...
Training petang-petang. Friendly with Ulindo FC
Session with The Mastermind, Coach Max
Refresher first aid training oleh MA Nordin
Warming up
Ready untuk kena belasah. Huhuhu...
Supporter tegar, sanggup datang malam-malam dari Kunak
Scoreboard
Kunak vs Semporna
Team Kunak
Team Reserve. Hahaha...
Team Pegawai...
Team Pegawai lagi. Abaikan bajuku kaler lain...
Team Reserve lagi
Kami bangga
Players with Coach Justin Ganai
Kami SAFA Kunak

p/s: tengok budak-budak training, aku pun naik semangat mau buat fitness balik... tapi sudah masuk bulan puasa lah pulak (alasan) ;p

p/s lagi: jangan tanya aku kenapa baju pegawai SAFA Kunak semua merah, aku saja yang maroon...aku sayang bajuku tu, sengaja tidak pakai...aku tidak sampai hati mau biar dia koyak dibadanku...eja, sin mim pa ya ta...hahaha...